Ujian Yang Menguatkan

Assalamualaikum admin dan semua readers IIUM confession. Nama aku R. Umur aku dalam 20 an. Baru je habis belajar sekarang tengah cari kerja. Cukup kot intro pasal aku ni.

Dulu masa aku dibangku sekolah menengah, aku jenis yang tak hirau sangat pasal solat aku semua. Kiranya waktu ni aku memang tersasar jauh dari Allah. Family aku selalu nasihatkan aku tapi aku tak ambil peduli, kiranya macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Satu hari aku kemalangan waktu lepas balik dari sekolah. Waktu ni kaki aku patah. Dekat setahun aku tak sekolah. Sepanjang masa ni, family aku tak pernah tinggalkan aku dan dieorang selalu bagi semangat kat aku. Dieorang suruh aku kembali ke pangkal jalan. Yelah mungkin Allah nak aku kembali pada dia. Lepas dari tu, aku start lah solat sume sampai aku masuk universiti.

Lepas aku masuk universiti, perangai aku yang lama datang balik. Aku lalai. Mungkin sebab aku rasa hidup aku lancar, takde masalah sangat. Aku jenis solat bila aku rasa nak solat je.

Satu hari tu, aku dapat tahu aku terkena buatan orang. Aku pergi berubat dengan sorang ustaz ni. Alhamdulilah aku dah pulih. Cuma lepas dari berubat, aku rasa aku tak boleh duduk sorang2, bila aku nak solat, aku akan rasa berdebar2. Aku jadi takut nak solat. Waktu ni memang iman aku lemah. Aku jadi cepat takut. Lagi satu, dada aku kadang2 terasa sakit seolah tercucuk. Aku berdoa supaya Allah ampunkan dosa aku. Berikan aku kekuatan.

Nak dijadikan cerita, satu hari aku terjumpa satu artikel mengenai anxiety disorder, aku baca simptom2 dia. Banyak tanda dia ada pada aku. Salah satunye berfikir pasal kematian. Aku akui lepas berubat tu, aku selalu takut kalau aku pergi tinggalkan dunia ni saat aku banyak lagi dosa. Disebabkan perasaan ni, aku tak boleh duduk sorang2, kalau tido banyak kali terjaga, aku jadi menyusahkan orang lain disebabkan perasaan takut aku ni. Bila aku baca artikel ni, aku rasa seolah Allah nak tunjuk agar aku kuat. Selalu ingat pada dia. Lazimi zikir, selawat, baca Al-Quran. Alhamdulilah sekarang aku rasa aku dah semakin pulih. Kehidupan aku totally berubah lepas kejadian tu, aku yang dulu ambil sambil lewa je solat aku, alhamdulilah sekarang aku mula jaga solat aku. Aku yang dulu jauh dari Al-Quran, sekarang dah dekat kan diri dengan Al-Quran.

Aku bersyukur Allah beri kesempatan untuk aku berubah dengan dia beri aku ujian ni. Jangan mengeluh dengan ujian yang Allah beri pada kita. Sesungguhnya Allah sangat sayangkan hambaNya. Allah nak angkat darjat kita dan ampunkan dosa kita dengan semua ujian. Marilah sama2 kita jadi hamba yang sentiasa dekat kan diri pada Allah. Jangan sesekali lalai. Dunia ni sementara je tuk kita semua. Moga apa yang jadi pada aku dapat beri pengajaran pada korang semua.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit