Ujian Yang Sangat Berat Di Dunia Dan Akhirat

Allah hadiahkan aku dugaan paling besar. Dugaan bersama dosa. Ya, dugaan dan dosa jalan seiring. Aku takut, sesungguhnya aku terlalu takut sehingga saat aku menaip ni aku dah nampak aku di neraka jahanam. Aku takut. Aku melawan anxiety aku sorang-sorang.

Orang nampak aku kuat dari luaran tapi dalaman aku bergelora anxiety aku. Anxiety aku sentiasa attacks bila aku keseorangan

Aku tak tahu nak mulakan macam mana..

Tapi jiwa aku sangatlah sakit.

Dikhianati keluarga sendiri.

Aku ceritakan first part dulu di mana aku belum lagi bernikah. Aku seorang mualaf dan bekerja di seberang tambak dan berasal dari negeri utara.

Keluarga aku kecil saja. Aku datang dari broken family. Ayah aku seorang yang panas baran. Benda sikit ja boleh naik sepak terajang. Maki hamun sumpah seranah tu dah macam mantera. Mak aku pulak kadang-kadang suka provoke, abang aku pun sama ja.

Aku ni jenis pendiam tak banyak buka mulut di rumah, takut nak mulakan conversation. Tapi aku dapat rasakan ayah aku sayangkan aku. Bangga jugaklah ayah aku dengan result exam aku berbanding abang aku. Tapi aku tak terlepas jugak dari sepak terajang maki hamun sumpah seranah di khalayak ramai. Sebab tu aku jadi pendiam.

Watak aku kat sekolah sangat ceria. Tak ada kawan-kawan yang tau melainkan jiran-jiran aku. Sepanjang aku sekolah rendah sampai sekolah menengah aku “berkabung” untuk ayah aku. Hari-hari aku pakai baju seluar hitam. Aku tak suka ayah aku sebab pukul-pukul kami.

Abang aku selalu kena pukul teruk dengan ayah aku. Padanlah sebab dah dilarang tapi masih nak buat. Mak aku pulak back up abang aku, sekali dengan mak aku kena pukul. Bila jadi situation ni aku sangat takut, sangat stress

Mak dan abang aku pandang aku sebagai anak emas ayah tapi aku bukan. Aku tetap kena jugak walaupun aku tolong abang aku dari segi kerja sekolah dia.

Pernah aku withdraw duit ASB aku RM1K masa 20 tahun lepas sebab abang aku nak duit tu sebab nak beli buku katanya. Masa tu dia kat Politeknik. Dan tak terlintas langsung aku terfikir dia pun ada simpanan yang sama macam aku.

Disebabkan itu, aku kena sepak terajang dengan ayah aku sebab tolong cover abang aku sebab dia dah siap pesan jangan bagitau ayah dia yang nak duit tu. Aku jenis cepat kesian dan mudah tolong. Masak nasik lebih pun aku kena terajang. Aku terima seadanya. Kadang aku rasa macam aku ni anak pungut pun ada

Fast forward, masa aku kat Tingkatan 6 rendah masa tu ayah aku meninggal sebab asma. Masa tu aku dengan mendiang ayah ja kat rumah. Abang aku dah habis belajar dan dah kerja. Mak aku kerja. Saat-saat akhir ayah aku bersama aku. Aku yang nampak dia kejung, aku dah tolong semampunya tapi dah ajal.

Aku panggil jiran aku. Terus kami ke hospital dan doktor sahkan ayah aku dah meninggal. Ya aku sorang-sorang dengan jiran aku ja. Mak aku datang tanpa perasaan. Abang aku menangis macam orang gila

Lepas ayah aku meninggal, aku nampak jurang yang sangat besar antara kami bertiga. Macam aku dipulaukan. Bila mak dengan abang aku menyembang dan aku datang, terus dorang diam. Bukan kebetulan tapi banyak kali. Ya, aku terasa. Sangat. Jadi aku buat kerja aku, apa-apa aku seorang. Aku kena kuat hadap situasi ni

Lepas dari situ, aku tercari-cari figura seorang ayah tanpa aku sedar aku dahagakan kasih sayang seorang ayah. Dan aku kenal seorang yang lebih berusia, beza usia 14 tahun. Kami get along dengan baik. Aku selesa dengan dia. Kami pun get into relationship. Dia Melayu.

Hubungan kami terkantoi banyak kali. Ya macam biasa aku jadi punching bag abang aku pulak termasuk maki hamun sumpah seranah. Mak aku pun sama naik

Lepas result STPM keluar, aku sambung belajar kat IPTS jauh dari keluarga aku. Aku rasa sangat seronok. Ada kawan-kawan baru, environment baru.

Kalau cuti sem, aku hanya balik tak sampai seminggu, aku balik semula ke hostel. Sebab aku tak suka lama-lama kat rumah, tak selamat aku rasakan. Mak aku tetap aku hormat. Nak apa semua aku belikan dengan duit PTPTN aku

Aku dengan relationship aku tu masih steady. Banyaknya phone call ja. Zaman super savers bergayut kat phone. Aku dapat moral support dan luahan aku dia setiap kali aku down dia sentiasa bagi kata semangat. Aku namakan dia Z.

Aku nekad akan berkahwin dengan Z suatu hari nanti. Habis study aku jadi tenaga pengajar di salah sebuah sekolah elit dekat rumah aku. Dengan lebihan duit PTPTN tu aku beli sebuah skuter. Bayar 2× dan letak nama abang aku dalam geran sebab aku hanya bekerja sebagai pengajar contract saja so tak cukup kukuh.

Cukup setahun aku dapat rezeki mengajar di IPTS di Pantai Timur. Aku pergi sebab aku tak nak tinggal sebumbung dengan family aku sebab tak ada beza situasi pun, masih dingin, masih aku ni orang luar antara dorang 2 beranak

Dari sana aku masih contact dengan Z macam biasa. Jumpa jarang-jaranggg sangat sebab jauh tapi masing-masing trust each other

Lepas dari Pantai Timur aku cuba nasib ke seberang tambak di Selatan pulak. 2 tahun kat Selatan, aku convert. Setiap minggu aku ke kelas agama di bandar. Tak sampai setahun locked down C-19.

Masa locked down tu aku tinggal dalam negara singa. Alhamdullilah bosses aku memahami dan sentiasa bagi moral support

Oh ya, sebelum tu abang aku yang menentang gila aku in relationship dengan Melayu, dia terlebih dulu masuk Islam sebelum aku sebab nak kawen. Dia punya gah bercakap tu sampai sekarang aku ingat, “aku nak hang pi ambik test dara”.

Baru aku tau dapat kahwin dengan janda servis bagus padahal masa tu abang aku dah kahwin dengan sebangsa. Tinggalkan bini jadi janda untuk janda.

Aku malas ambik port sebab hati aku kadang-kadang mati tapi aku tetap tolong dari segi financial. Aku masih ingat walaupun sepuaka mana mulut mak aku selalu sumpah aku mati dilanggar tetap aku anggap dia mak aku. Aku sayang dia sebab dia lah akan jadi tiket aku masuk syurga nanti tapi rasanya lebih ke neraka sekarang ni.

Bermulalah kisah locked down penuh drama. Kak ipar aku yang janda Melayu tu try hard lah berbaik dengan aku. Aku ok ja, orang baik aku 10× baik. Dia buat aku trust dia. Dia jadi orang tengah kononnya antara aku dengan abang aku. Mak aku pulak sentiasa ada ja tak kena dengan isteri abang aku tu.

Aku kenal mak aku macam mana so aku banyak side isteri abang aku. Dia totally buat aku percaya kat dia. Setiap hari dia akan call/ video call. Bercerita itu ini pasal mak aku buat dia

Aku ni cepat kesian tambahan dia bagitau dia anak yatim piatu yang dibela keluarga angkat. Adik beradik angkat pun tak suka dia. Lagilah aku kesian. Dia nak apa, semua aku tunaikan. Duit poket bulan-bulan RM200 aku transfer. Tu belum termasuk yang dia mintak setiap 2 minggu RM200 – RM4K. Aku bagi sebab aku sayang isteri abang aku.

Ada ja kisah sedih dia.

Ada 1 ketika jadi pergaduhan besar dalam keluarga aku. Masa tu aku masih kat sana. Biasalah bila mentua dan menantu tak sebulu maka jiran-jiran dan mak cik pak cik aku tu batu apikan mak aku. Sampai mak aku ikut tinggal di rumah adik dia.

Aku tau pun sebab isteri abang aku cerita dan aku percaya semuanya. Ya lah aku kenal mak aku macam mana kan dari mendiang ayah aku hidup lagi. Report mak dengan abang aku kat balai polis macam lawan report siapa paling banyak

Masa tu border dah buka dan aku pun dah balik semula kat selatan. Masa ni aku tak pelik lagi bila mana isteri abang aku sentiasa keep track dengan period aku. Bila aku period, dia akan tanya aku period dah ke belum. Ada 1 malam tu dia call dan tanya pasal period aku dan ketika tu meremang bulu roma aku secara tiba-tiba.

Aku sentiasa solat on time. Isteri abang aku ni dia dah mula aggressive tapi pada aku, aku tak sedar yang dia api-apikan aku pasal mak aku. Dia kata mak aku sihirkan aku. Sentiasa cari bomoh untuk aku sebab aku in relationship dengan Z. Aku jadi semakin tak suka mak aku. Apa yang isteri abang aku cakap, semua aku percaya.

Dia pulak sentiasa mintak duit 2 minggu sekali beribu-ribu, aku bagi tanpa tanya. Adakalanya aku jual emas aku sebab nak bagi isteri abang aku. Oh ya duit poket bulan-bulan untuk mak aku sebelum ni pun dia sapu licin. Duit bank mak aku pun licin sebab dia curi kad mak aku.

Mak aku? Dia dah keluar dan tinggal di rumah adik dia. Dia tak mengaku aku dan abang aku anak dia. Masa ni relationship aku dengan abang aku agak baik.

Mak aku siap sign surat wasiat jual rumah nenek aku (belah ayah aku sebab ayah aku anak tunggal) kat tokong sebanyak RM10K ja. Value rumah tu dah cecah setengah juta weyyy. Ya lah anak-anak semua dah Islam. Orang sekeliling mak aku pulak memang sejenis batu api. Dia buang anak-anak untuk orang luar.

Adik-beradik dia siap cakap dorang boleh jaga kakak dorang. Jiran-jiran boleh jaga. Makan minum mak aku dorang boleh tanggung. Lepas tu mak aku tak halalkan air susu dia melainkan aku dan abang aku bayar sekian amount kat dia. So kami bayar sebab aku tengah mengandung takut apa-apa jadi kat kandungan aku nanti.

Sejak dari tu aku pun tak jumpa dah mak aku. Masa ni nampaklah belang isteri abang aku. Dialah punca segala-gala punca. Dia khianat kepercayaan aku. Dia gadai semua barangan kemas mendiang nenek aku (surat pajak atas nama dia 1 bag penuh). Barangan kemas nenek aku besar-besar dan padat.

Skuter aku dia jual tanpa pengetahuan aku sebab geran motor semua ada dengan dia masa aku kat Seberang tambak masa C-19 dan dia datang ambik barangan aku kat bilik sewa untuk dibawak balik. Copy geran kereta aku pun dengan dia.

Masa tu Z minta aku ambik balik skuter dan geran-geran termasuk kereta aku dari rumah sewa abang aku cuma aku macam percaya kat dorang dan aku kata nanti sajalah aku ambik

Hidup abang aku lingkup sekelip mata tapi dia tak ceritakan kat aku. Kereta abang aku yang dah habis bayar dijual kat orang towing kereta. Kereta 4 by 4 abang aku baru keluar, isteri dia pergi pajak kat orang towing kereta

Kereta aku pun hampir jadi mangsa cumanya selamat sebab hanya ada copy geran saja. Isteri abang aku memang menipu aku pasal background dia dari hari pertama jumpa lagi. Dia nampak jurang antara aku dengan abang aku maka dia ambik kesempatan.

Oh ya dia seorang pelacur walaupun bergelar isteri. Dia Islam sejak lahir. Abang aku keluar kerja ja bawak jantan-jantan buat project dan dapat duit. Hantar anak-anak dia ke rumah mentua aku supaya dapat project kononnya ada kerja luar yang urgent.

Dia tak kisah apa bangsa semua dia tibai. Sebab dia pernah ceritakan kat aku cuma watak tu dia kata sepupu angkat dia kononnya. Yang sebenarnya dialah orangnya

Anak-anak pulak dia tak mengaku anak dia. Dia bagitau semua jantan tu anak abang angkat dia. Abang angkat tu suami dia. Macam mana aku tau dia bawak jantan masuk rumah? Sebab security guard yang bagitau abang aku masa abang aku dah terkena dengan isteri dia.

Aku pulak?

Aku masih bodoh, masih kesian kat isteri abang aku. Dia datang banyak kali ke rumah mentua aku mintak barangan kemas aku, aku bagi semua tanpa bantah seperti dia suruh atas alasan ustaz minta buat pendinding aku.

Aku bagi ja tanpa tanya apa-apa. Aku bagi dengan kotak-kotak simpanan emas aku. Dia pulak fitnah aku kat mak mentua aku cuma aku tak tau.

Ada sekali dia datang minta tanah rumah mak mentua aku. Masa tu aku mengandung dah. Aku kata aku kena mintak izin suami aku dan suami aku tak izinkan. Sebab dia mintak tanah tu, dia kata mak aku tengah sihirkan aku nak bagi aku gugur. Ambik tanah tu sebagai pendinding kononnya. Rupanya aku yang dia sihirkan.

Sejak tu mak mentua aku jadi baran dengan aku dok tak dok walaupun sebelum ni mak mentua aku dah tak berapa nak suka aku

Oh ya, aku berkhawin simple ja. Tak ada hantaran, duit kahwin semua tu sebab nak mudahkan urusan kami. Nikah pun kat pejabat agama ja. Pergi pun berdua kami ja

Lepas isteri abang aku terkantoi, abang aku tinggal merempat dengan 2 anak lelakinya masing-masing umur 1 tahun dan 2 tahun bersama spender saja dan dikelilingi hutang ah long dan kredit kad yang isteri dia guna atas nama abang aku. Suami aku yang abang aku hina sebelum ni lah bagi dia tempat perlindungan sementara.

Anak-anak dia pulak berhimpit tidur dalam bilik kami. Isteri abang aku menipu orang sekeliling termasuklah abang aku dan aku kata dia bekerja sebagai pegawai atasan SPRM padahal jadi jalang ja. SPM pun ntah apa-apa.

Nama dia Syuhada. Dia selalu bagitau orang nama dia sofea dan dia bukan Melayu tapi orang Sabah. Dari dalam rahim mak dia dah Islam tapi tak mengaku.

Oh sebelum dia nikah dengan abang aku, dia dah janda tapi dengan aku dia kata dia anak dara. Aku tak kisah pun anak dara ka janda ka asalkan nikah cara elok dan hidup cara elok.

Anak dari hasil perkhawinan pertama pun dia tak mengaku anak dia, katanya anak angkat saja. Mak budak tu jual semua barangan kemas anak angkat padahal dia lah orang tu

Dengar kata bekas suami dia pun terkena macam abang aku terkena jugak. Sampai hutang keliling pinggang, sampai jual rumah. Bapak isteri abang aku tu yang kantoikan semuanya barulah aku tau aku ditipu hidup-hidup dari hari pertama jumpa dia.

Oh ya kahwin dengan abang aku pun sama-sama nak murtad sebab aku yang bagitau. Ya no ic dia sembilan tiga kosong sembilan kosong, hati-hati takut orang seterusnya yang jadi mangsa adalah awak atau keluarga awak.

Nampak gayanya itulah modus operandi dia sebab polis kata ada dalang belakang dia sebab cara dia sangat professional hacking dan tracing target dia termasuk abang aku.

Patutlah bila keluar dengan aku sentiasa dengan phone bagi code dan arahan kat seseorang and dia pandai cakap tamil. Dengan aku dulu dia mengelat tak nak bergambar. Kalau bergambar tak bagi aku post, so baru tau sebabnya

Sorrylah baca luahan aku sebab aku tak tau nak luahkan kat sapa. Benda ni sentiasa berlegar-legar dengan anxiety aku. Kadang aku “terlepas” kat suami, kadang kat anak aku yang baru nak kenal dunia.

Sekarang Alhamdullilah aku dah boleh control banyak dah. Aku sentiasa tenangkan diri aku bila teringat keringat aku kumpul asset diambik begitu saja oleh orang lain boleh gila aku. Aku sentiasa ingatkan diri aku Allah uji sebab Allah sayang. Tapi aku masih berdosa dan neraka tempat aku.

Aku nak cerita kat suami aku macam dia tak suka sebab dia memang anti gila dengan pompuan tu. Aku hanya meluah untuk lapangkan dada sebab kat sini orang tak kenal aku. Janganlah kecam-kecam aku ni dah lah baru lega dari mental illness jugak gara-gara benda ni..

Nanti aku ceritakan part seterusnya sebab dah panjang sangat itupun kalau sudi baca.

– Pendosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *