Ukiran Hati

Saya Melur (bukan nama sebenar). Sedang melanjutkan pengajian di satu IPT dan berumur awal 20-an.

Alhamdulillah, Allah beri kelebihan muka yang manis dan cantik pada saya. 

Kehidupan saya tidaklah indah, tapi alhamdulillah dikelilingi orang yang baik-baik. Kenapa tidak sebegitu indah? Kerana saya dilahirkan sebagai anak tidak sah taraf.

Saya terima dan redha dan saya tidak salahkan sesiapa.

Mama dan babah saya menjaga saya dengan sangat baik. Penuh kasih sayang dan serba cukup. Mama dan babah saya tidak tahu yang saya tahu tentang status diri saya. 

Alhamdulillah, Allah beri saya pemikiran untuk mencari tahu diri saya sebenar dan Allah beri saya hati yang ikhlas terima segala ketentuan. 

Namun, disebabkan perkara-perkara ini, saya menutup pintu hati serapat-rapatnya daripada sesiapa pun.

Banyak lelaki yang cuba nak mengenali saya. Baik bujang, suami orang (sudah tentu ditolak), duda, lelaki lebih tua, muda. Namun semuanya saya tolak, kerana takut.

Takut macam mana nak terang pada si dia, pada keluarganya.

Saya tidak mahu orang memandang buruk pada mama dan babah saya. Sehingga saya buat keputusan tidak mahu kahwin.

Namun, fitrah manusia, saya tetap ada rasa suka pada sesorang. Tapi apakan daya saya masih tersepit disebalik ujian yang saya redha. 

Adakah masih ada orang yang boleh terima kekurangan sebegini pada pasangan? Dan macam mana proses beritahu pada keluarga mertua?

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *