Ukur Baju Dibadan Sendiri

Hello admin & semua. Aku buat confession ni khas sempena pengumuman tarikh kahwin Amirah Osman & Fattah Aming.

Aku berharap supaya penulisan aku ni, menghentikan fanwars yang makin lama makin absurd. Sengaja aku tukar nama sebab nama sebenar ni tak boleh sewenangnya kau nak menulis yaaa haaa.

Simply put, aku nak cerita pasal personaliti sebenarnya.. Dan kebetulan pemerhatian & perbincangan Aku bersama lecturer aku pasal Fattah Aming ni, kena dengan apa yang berlaku. Cuma orang kita ni, sejenis tak biasa dengan penerimaan kesecocokan personaliti.

Aim aku? Of course, menghentikan cercaan kepada dua orang ini, juga kepada ex-wifenya iaitu Fazira. Selebriti juga manusia.

Kita nak sokong Fazira, tak perlu sampai merendahkan AO. Nak cheer on AO, tak perlu sampai cerca perli Fazira. Si FA? Sorry lah aku memang tak minat mamat ni dari dulu. Kebetulan betul dia sambar both celebrities yang aku adore. Ceit.

Aaanyway…

Aku mulakan dengan analysis Fattah Aming bersama ex nya dulu, Fazira:

Kenapa FA tertarik, mengejar & mahukan Fazira, dahulu? Sebab Fazira memang magnetic. Fazira berpersonaliti elitis tipikal – calm, collected & looks classy and these qualities nampak menarik & terhormat bagi kita marhaen ini.

Dan sesuatu mengenai elitis wanita ni, walaupun luaran mereka feminine, dalaman mereka sebenarnya masculine. It shows on how their presence itself demand attention & how they steer their life.

(Same goes to the ex before her, Nilopa. Dua-dua ni exude same aura frequency. Pasal tu dedua tak boleh ngam…takde FA di tengah2 pun, these 2 women memang takkan ngam. They both sebenarnya got same energy. Kalau tidak kerana FA, akan ada juga benda lain yang akan jadi punca friction deme)

Orang yang tertarik dengan mereka (elitis) ni, mereka terpesona dengan dunia elit yang nampak exclusive itu. Who doesn’t? Cuba jujur sikit.

Cara jalan, cara cakap, bahkan cara bergurau senda pun, lain. Kadang, elitis itu muka awam je secara objektifnya (seperti komen nerakazen terhadap salah seorang bangsawan baru2 ini)…tapi tetap nampak cantik sebab pembawakan diri mereka, simply, lain.

Kita manusia ni, memang secara semulajadi akan tertarik dengan sesuatu yang otak kita dah signal sebagai “Indah” & “cantik”. And this was what happened to FA towards his ex dulu.

Manakala untuk masuk ke dunia elitis ini, you got no choice but to step up. Bukan setakat step up your flirting game…kau kena step up secara keseluruhan. And this? These changes look & sound exciting…at first.

Mulanya, kita akan rasa terapung di awangan…feels like we belonged there…and we’re already “at it”. Orang kata…”Aku rasa tempat aku di sini.”

TETAPI, these adjustments bergantung juga kepada what you want. What you desire in life. Internally, kau siapa? Itulah yang kau mahukan sebenarnya? Itu yang akan membezakan whether the relationship will survive sampai akhir hayat, or not.

Di sinilah crack mereka bermula – that permanent adjustment.

Apparently, he was exhausted to keep the facade. Nampak tak berapa ceria FA dengan AO? That lawak bodoh? That usikan lame (but it’s cute tho)? That cringy things he’s doing? Itulah dia.

FA ni objectively (yes I have to be objective kat mamat ni walaupun personally, ughhhh I cannot), memang bubbly begitu. Dia ceria cara orang biasa, cara kita orang marhaen ni sebenarnya.

Tapi dengan the ex? Fazira ni sebab cinta je aku tengok dia terhibur kat FA tu. Her laughters were…er…mechanical. You know, yang orang sebut gelak orang kaya tu? Ha begitulah, most of the time.

Pastu si Fazira ni, dari pemerhatian aku, sejenis kejung cannot handle b**/£#!+ sebenarnya. Ini kekurangan dia pula. Every one of us ada tipikal sifat b**/£#!+ kita.

And it takes others yang dah terbiasa with it sehinggakan they don’t think it’s b**/£#!+, atau sangatlah sayangkan kita yang diorang akan cuma layan tanpa soalan.

Manusia kan banyak kekurangan tapi dia dah terbiasa dalam circle dia that she can’t handle such things. Dia tak mampu terima sisi “lame” & biasa si FA yang b**/£#!+ itu. Dia akan jadi demanding. B**/£#!+ dunia si Fazira dengan dunia si FA, lain. Tapi si Fazira expected FA to adapt to it.

Fazira pula ingat, kena adapt marhaen-ism tu dah cukup. Walhal, itu semua sekadar surface level. The marhaen in personality is the real sekufu that we all have to think about.

The way she handles herself in public especially, akan buatkan sesiapa yang berdiri di sebelah dia kena match that persona. Benda ni, suffocating kalau you have to do it most of the time. Dahlah memang dedua public figures.

This suffocation lah akan membuatkan orang exhausted. Lelaki bila emotionally exhausted, yang kuban-kubanlah perangai diorang japgi. They can be physically exhausted tapi jangan sampai emotionally exhausted. Macam si FA ni lah. Itu yang jadi mamat nonchalant tu. And the rest is history.

Salah Fazira ke? Tidak. FA yang memilih nak mengejar & showed her that persona first. Salah FA pulak ke? Tidak juga. Dia juga manusia…dahlah Fazira memang lawooo. Lumrah kalau dia terpesona begitu.

Cuma, pengajarannya ialah, cari yang sekufu wavelength kau. What you really really really want. Bukan yang kau rasa kau nak jadi atau kau impikan. No. Have a real talk with yourself sebelum kau pursue perempuan macam Fazira ni. Ukur Baju Di Badan Sendiri.

Then, comes the part of FA & AO:

AO ni, wanita yang dalamannya… Feminine. I can confirm this lepas banyak video cara dia bereaksi pada lawak bodoh childish si FA tu. Video-video dengan kawan-kawan & rakan sekerja (ehem) lain…she is feminjne alright. And she can handle b*//$#!+ really well.

Walaupun, si AO dari keluarga kaya juga. But…elitis ni kalau it’s from generational wealth tau. Setahu aku yang tak berapa handal check background Artis ni, ayah AO is a self-made man. Beliau business sendiri. (Sila share gais, siapa yang ada info lebih baik?)

Jadi, tak hairanlah kalau perawakan AO adik-beradik, lebih relatable dengan kita semua ni. Walaupun baki akaun bank mereka sekeluarga banyak kosong kat belakang, tapi permulaan mereka sama seperti kita juga.

Pendek kata, aligned with FA’s innermost personality. Sebab itu juga AO boleh handle FA punya cringe & lame jokes etc tu.

Jadi, hentikanlah cercaan, sindiran, perlian, makian etc. Apa yang telah terjadi dalam perkahwinan FA & Fazira, dah pun terjadi. They met, shared a life and found out they didn’t match… and moved on.

Then FA met someone who could be more aligned with the real him.. and he gets on it. And this time, dia ukur baju di badan sendiri.

Ketiga-tiganya tak salah pun. Benda dah pun jadi. Let’s all move on ya.

– Lolla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *