Ulang Tahun Perkahwinan?

Hi Assalamualaikum.. Thank you admin kalau sudi postkan confession aku. Wedding Anniversary aku tak lama lagi tapi aku tengah berperang emosi dengan sang suami. Aku totally tak rasa happy pun nak anniversary tahun ni. Tahun ni tahun paling teruk buat aku dan suami.

Sebenarnya aku dah post beberapa kali dekat sini atas nama-nama yang berbeza to protect my identity. Aku ada post berkenaan dengan suami curang, suami panas baran dan suami tak bekerja. Ya semua tu aku. The same woman, the same exhausted and bitter wife.. Tapi aku rasa korang tak dapat detect pun sebab macam ramai je post benda lebih kurang sama. Haha..

Tapi banyak lagi duka dan lara yang berlaku tahun ni yang aku hanya simpan sendiri. Aku benci sangat dengan tahun ni. Aku rasa aku dah tak boleh tolerate lagi dengan sang suami.. dengan tak bekerja, then nak panas baran tak tentu pasal. Bangun tido tengahari teros nak maki hamun bila anak main barang dia (dan aku tak perasan) . Tendang kerusi dan mainan anak, sambil mulut rancak maki hamun. Semua untuk apa? KAPAS VAPE. Yer, anak aku main kapas vape dia. Dan dia bengang dan cakap “mak kau pun satu, tak guna gak kadang2!”

Aku yang tengah kemas dapur masa hari Deepavali terpinga pinga. Malas nak balas, malas nak respon, malas nak cakap apa. Tapi aku nangis. Bodoh betul rasanya tiba2 je rasa pipi basah. Dah buat apa aku nak nangis pasal beliau? Mungkin terasa beliau cakap aku “tak guna”, padahal? Siapa yang susah payah kerja pagi dan malam utk bayar semua hutang2 ni? loans and commitments, takkan ada makhluk lain yang baik hati nak tolong bayar? Aku tak guna ke siapa yang tak guna sekarang ni?

Lepas tolak semua hutang, commitments, susu dan pampers anak, duit gaji aku tinggal RM178 je kot. Macam mana nak survive utk sebulan? RM178 + duit part time online (yang entah berapa tak tentu amountnya) utk aku makan, minum & duit minyak pergi kerja. Nak shopping, nak tengok movies, nak pergi jalan jalan memang tak yah berangan la.

Setahun beliau tak ada kerja tetap, beliau hanya buat odd jobs yang hanya dapat RM200-300 je kot sebulan. Kalau ada rezeki lebih pun (paling banyak RM1000 sebulan) tu pun dia guna duit tu beli handphone baru takpun repair kereta beliau. Kalau ditegur melenting, marah, maki hamun. Dibiarkan, kereta beliau aku yang jadi guarantor, dia relax je cakap biarlah kereta kena tarik, beliau tak kisah, daripada orang hina beliau. Hina apa entah, padahal orang tegur pasal kerja. Kalau beliau kena blacklist, dengan aku sekali kena blacklist. Beliau mana fikir semua tu. Sampai sekarang aku menyesal jadi guarantor kereta tu.

Odd jobs tu pun beliau tak charge mahal dekat client beliau sebab katanya nak “tolong” orang. Beliau happy bila dapat tolong orang. Aku balas satu je, “Yela awak kan tak ada commitment apa nak bayar, takpe la dapat untung sikit” Beliau sentap. Memang aku nak bagi sentap pun. Sekarang apa2 beliau cakap aku balas dengan sarcasm jer. Sebab hati aku terlalu sakit mengenangkan semua ni. Aku susah payah kerja macam nak mati, but just to pay off monthly debts. Aku benci hidup macam ni. Beliau nak client happy tapi isteri yang tengah merana dekat sebelah takde pulak terfikir ye?

Bila stress dan tertekan, aku termarah anak. Lagi aku jadi down. Bila aku stress, time tu la anak nak buat perangai. Kadang tu aku hanya nangis terduduk sebab penat sangat dan aku tau anak bukannya sedar apa dia buat salah pun. Baby girl aku.. dia yang tepuk tepuk bahu aku, lap air mata dan peluk aku. And she’s not even 2 years old yet. Aku tak nak nangis depan anak, you know, aku tak nak anak aku ter-effect bila tengok aku nangis, but sometimes aku just can’t handle it anymore. I can’t handle this man yang keep playing and torturing my emotions.

Anniversary dah nak dekat and all I think about is how to file a fasakh. Semalam Deepavali finally aku dapat tidur lama sikit (bangun pukul 8 am) setelah hampir seminggu lebih tak tidur malam sebab siapkan part time job aku. Masa aku gerak suami aku bangun utk belikan kami breakfast, beliau ungkit yang aku tidur lama. Eh aku tak boleh brain lah.. baru harini aku tidur lebih masa sebab harini cuti. Salah ke? Salahke isteri mu yang kerja macam gila ni nak tidur lebih masa sikit? Beliau hari2 tidur bangun lambat takde pun aku nak bising. What’s your problem man. Dalam duk argue tu aku cakap “Kalau boleh aku nak “tidur” je sampai bila bila” Beliau balas, “Ha bagus jugak” .

Serious, aku dah penat. Bukan tak dapat hidup susah senang dengan beliau, dah 7 tahun kenal kot. Rasanya sebelum ni dia bukannya millionaire pun, boleh je aku hidup dengan dia. Beli nasi sebungus share dua orang, share tidur atas toto nipis bawak dari rumah sewa masa aku bujang dulu (time ni baru kahwin, takde katil lagi), minyak kereta isi RM5 je sebab takda duit, TV takde tengok cita sama ulang2 dekat laptop, dan lain lain lah. Yang aku tak tahan sekarang ni sebab beliau dah takde inisiatif nak cari kerja tetap. Aku faham beliau trauma sebab banyak kali kena reject and kena buang kerja. tapi sampai bila?Dan aku tak boleh terima aku asyik kena maki hamun atas benda2 yang ridiculous. Secara kesimpulannya, aku benci hidup bersama beliau.

Kalau dulu masa gaduh, masih ada rasa sayang. Sekarang tak gaduh pun rasa sayang tu entah ke mana. Takde rasa pape langsung. Hanya celik mata utk tunaikan tanggungjawab then ulang ulang benda sama setiap hari. Aku cuba hadirkan balik rasa sayang dan cinta buat suami sebab aku taknak hidup aku sia2 gitu je hidup dengan seseorang tapi langsung takde perasaan dah. tapi setakat ni aku belum berjaya haha. Hanya mampu doa agar Tuhan tunjukkan jalan yang terbaik buat aku dan beliau.

So anniversary this year.. sadly it has no meaning to me. Cuma harapan aku kalau jodoh aku masih panjang bersama beliau, biarlah aku lalui hari hari tersebut dengan penuh perasaan cinta dan kasih sayang. Not like this. Jealous tengok kawan2 post pasal anniversary diorang, rezeki diorang kan masih bahagia walaupun dah lama kahwin. Anak pun bertambah. Aku nak tambah anak pun fikir 100 kali. Haha.. Dengan keadaan macam ni, macam tak sesuai sangat.

Kalau boleh, kalau boleh la.. tolong doa kan yg terbaik buat kami. Mana2 option yang terbaik (jodoh panjang atau tak panjang) aku terima dengan hati terbuka.

– Bitter Wife

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *