Ulasan Kepada Suri Hati Mr Pilot

Seperti yang kita semua tahu, drama Suri Hati Mr. Pilot baru habis ditayangkan. Mungkin ada anak gadis yang sudah terbayang-bayang memiliki seorang Encik Pilot. Pada yang lelaki pula, sudah terbayang belajar di sekolah penerbangan. Tujuan aku menyiarkan confession ini adalah untuk memberi pandangan realiti kepada masyarakat. Mungkin ada segelintir pembaca akan mempamerkan reaksi “blergh” kerana confession ini bersifat ‘breaking the mood’ tetapi sebagai masyarakat yang hidup di dunia yang nyata, kita seharusnya menerimanya dengan hati yang terbuka.

Pertama sekali, aku ingin meluahkan perasaan sedih aku terhadap masyarakat kita. Drama tersebut mempamerkan aksi-aksi yang jelas haram. lelaki bercampur gaul dengan perempuan, kenapa kita boleh menunjukkan riak suka dan teruja apabila tengok drama tu? Aku tak tengok drama tu tetapi aku ternampak foto-foto di Facebook. Takutlah kepada Tuhan. Kita sibuk mencerca pemimpin tetapi kita lihat keadaan diri sendiri. Ada hadith Nabi yang menyatakan pemimpin ialah cerminan rakyatnya.

Hidup Pilot bukan semudah itu.

Televisyen semestinya akan menyajikan apa yang henda dilihat oleh penonton, iaitu fantasi. Hidup Pilot memang bukan semudah itu, boleh hampir setiap masa ke sini sana dengan yang tercinta. Aku kenal dengan seorang pilot, sebulan boleh kira berapa hari sahaja keluarganya boleh berjumpa dengannya. Kalau ada rumah pun, kena pergi ke office ataupun buat daily flight. Di sini aku ingin ketengahkan sebuah tweet di Twitter yang mengatakan mustahil bagi pilot pergi pagi balik petang. Tidak mustahil, kalau buat daily flight. Elakkan bercakap tanpa ilmu.

Ramai orang berkata hidup seorang pilot ni duduk atas duit. Tidak semestinya, ya gaji lumayan tetapi ada opportunity cost. Contohnya, isteri kau terdedah kepada bahaya. Kau berpuluh ribu tinggi di langit, isteri kau keseorangan di darat. Family pilot yang aku kenal itu, iserinya menjadi errand runner. Daripada ambil anak, housework, baiki kerosakan di rumah, layan kerenah mertua, ipar duai dan macam-macam lagi.

Tidak dinafikan suami yang mempunyai pekerjaan lain pun ada situasi yang sama. Tolong jangan compare. Lain orang, lain cabaran. Jangan ada yang komen “oh aku kerja ……” cerita macam mana susahnya hidup kau nak compare dengan pilot. Different person, different circumstance. Aku memang tak boleh fathom orang yang berfikiran cetek macam ni. Kalau kau komen semata-mata nak nampak savage, lupakan. Aku di sini untuk menjelaskan, bukan bertekak. Aku ada baca confession seseorang, tentang realiti bekerja di awan biru, bercerita tentang ayahnya. Ada segelintir yang bagi komen-komen yang tidak bijak, cuba nak nampak bijak tapi sebaliknya. Tolonglah, this world doesn’t revolve around you. Untuk membuka minda kau, kau kena la tahu realiti kehidupan orang lain, bukan nak mengutuk sahaja. Kalau macam tu, kau duduk di hutan sahajalah.

Nak jadi pilot juga bukan senang. Tiada pekerjaan yang senang. Dalam confession ini, kita lihat dari sudut proses untuk menjadi juruterbang. Bukan kau masuk sekolah penerbangan, ambil gambar dalam cockpit dengan aviators, tu je. Kau akan dikehendaki belajar pelbagai bidang, seperti meteorology, orienteering dan macam-macam. Kita sedia maklum tentang Rayani Air, aku kenal seseorang yang graduate dapat kerja di Rayani Air, Rayani lingkup. Bukan kau graduate kau terus boleh terbangkan A380. Airlines juga bukan 24/7 buat opening untuk cadet pilots. Mahu kau menganggur berbulan-bulan, macam mana nak suap anak bini?

“Pindah ke Dubai/Doha/Saudi la kalau macam tu”

Tidak dapat disangkal bahawa ada juruterbang Malaysia yang bekerja di luar ngeara atas factor higher pay, more perks and what not. Tidak semua yang mampu buat macam tu, masing-masing ada halangan. Untuk yang tidak tahu, Saudia membayar gaji yang amat lumayan, tetapi untuk tahun pertama kau bersama mereka, family tak boleh ikut. Ada seorang pilot juga sudah berkhidmat lebih 5 tahun di Saudia tetapi formality isterinya untuk menetap di Saudi pun belum selesai.

Setakat ini sahajalah confession aku. Mungkin aku sentuh sedikit sahaja tentang Suri Hati Mr Pilot tu, lebih kepada realiti. Aku berasa janggal dengan penulis-penulis novel yang gemar memberikan fantasi terlebih-lebih kepada pembaca. Ya, hak kau untuk menulis tetapi impaknya kepada masyarakat. Kalau nak cakap pasal hak, semua ada. Aku harap penulis-penulis akan menjadi lebih matang dalam meluahkan buah fikiran melalui pena mereka. Kita memerlukan tenaga yang mengajar masyarakat untuk memantapkan diri mereka, dari segi ekonomi, sosial dan intelek, bukan fantasi dan emosi semata-mata. Ya, cara penulisan aku memang skema, harap korang terima.

– Manusia Biasa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit