Umi

Assalamualaikum semua. Jazakallahhu khairan kasira kepada admin jika cerita ini tersiar. Ok perkenalkan, saya angah dalam 3 adik-beradik. Cuma, saya seorang sahaja puteri. Itu sahaja intro saya. Apa yang saya nak ceritakan bukanlah tentang saya tetapi tentang umi saya. Maaf jika panjang tapi saya akan cuba pendekkan :)

Ok, umi saya seorang yang tabah dan mempunyai kesabaran yang tinggi. Kenapa saya cakap macam tu? Sebabnya daripada awal perkahwinan hingga sekarang abah saya tak pernah memberi nafkah kepada umi. Umi bukan seorang anak daripada orang berada tapi umi sangat sabar hingga kini.

Abah mempunyai 7 adik-beradik manakala umi mempunyai 5 adik-beradik. Abah dan umi dari pantai timur berlainan negeri. Keluarga abah bukan juga orang berada tapi adik-beradik abah semuanya kaya belaka kecuali abah. Hampir kesemuanya tinggal di perantauan. Umi pula merupakan seorang sahaja anak yang berada di perantaua. Umi dan abah kehilangan ayah iaitu atukku pada tahun yang sama (2015).

Umi sangat rapat akan kesemua anaknya tetapi abah tidak. Aku tidak tahu betapa sabarnya umi melayan abah yang panas baran dan kedekunya itu. Umi hanya bekerja yang diberi elaun RM800 sebulan manakala abah bekerja sendiri. Umi pernah bercerita tentang abahku kepadaku kerana lelahnya itu untuk bersabar.

Bermula disini, apabila umi berkahwin dengan abah, abah tidak pernah memberi nafkah kepada umi. Ketika umi dan abah serentak dibuang kerja kerana kerja kontrak, umi yang sibuk mencari pelbagai pekerjaan sampingan untuk menampung keluarga dengan menjual kuih. Abah hanya goyang kaki sahaja di rumah. Selepas itu, umi diterima bekerja iaitu tempat yang sama hingga kini. Abah pula bekerja sendiri iaitu dengan membuka kedai makan. Pada mulanya abah hanya ingin menjual buah di kedainya tapi umi berfikir tempat itu sunyi jadi umi membantu abah dengan menjual nasi kerabu, dagang agar dapat lebih income. Umi akan berada di kedai pada waktu pagi manakala umi akan prgi bekerja pada waktu petang. Betapa letihnya umi ketika itu. Umi menggunakan kesemua duitnya hanya untuk membantu abah tetapi abah tidak pernah berikan sedikit keuntungan kepada umi :'(

Beberapa tahun selepas itu, umi mencadangkan agar mengambil pekerja untuk memasak lauk untuk sarapan dan tengah hari, untuk menolong membancuh air dan tukang masak untuk masakan panas (malam). Abah bersetuju. Lama-kelamaan kedai semakin maju, abah tidak pernah berikan sedikit duit untuk nafkah umi dan anak2. Umi hanya tanggung seorang dengan astro nya, dengan bil api air dan kesemua hal rumah.

Umi banyak membantu abah dalam mengusahakan kedai. Umi tidak pernah cukup tidur kerana pada waktu pagi umi berada di kedai untuk membeli barang di pasar dan keperluan kedai itupun menggunakan duit umi. Abah hanya tahu tidur sahaja tetapi umi tidak pernah sesekali merungut, umi tetap sabar. Umi tidak menggunakan duit kedai untuk beli barang kerana abah akan marah kepada umi sebab itu duit dia bukan duit umi. Padahal umi paling 100% yang membantu dan menggunakan kesemua duitnya hanya untuk membantu abah dengan nafkah tidak diberikan. Seterusnya, selepas selesai membeli, umi akan ke kedai semula untuk menolong pekerja kerana pekerja di kedai sangat suka apabila umi datang kerana umi yang akan basuh pinggan,basuh gelas, masak nasi, potong dll. Mereka boleh mengambil kesempatan kan umi seorang yang sabar dan tabah, tetapi dengan abah mereka tak berani buat macamtu kerana abab sangat garangggg. Ok pada waktu tengah hari pukul 12 umi akan ke tempat kerjanya untuk punch card, dan mengambil tukang masak masakan panas malam memandangkan dia taktahu menaiki apa2.

Selepas hantar tukang masak ke kedai, umi akan bersiap-siap ke tempat kerjanya. Umi akan pulang pada pukul 6.30 petang. Ok umi pulang dan akan berehat sebentar. Lepas isyak umi akan ke kedai untuk membantu, tukang masak itu akan membebel jika umi datang lambat kerana alasannya tiada siapa membantu padahal abah ada, sengaja mahu umi berasa bersalah dan sengaja tidak mahu beri umi untuk berehat padahal dia tahu umi sangat penat. Ok kedai tutup pukul 12 malam. So umi akan tolong lagi untuk berkemas pulang sehingga pukul 2-3 pagi, kadang2 orang ramai. Ok umi pulang ke rumah dan pukul 6 pagi umi akan bangun untuk menyiapkan kami ke sekolah. Bayangkan berapa jam sahaja umi berehat? Abah tidak pernah peduli dan tidak pernah menghulurkan sedikit wang kepada umi.

Sehingga kini abah tidak pernah memberi nafkah. Aku akan sambung jika ada permintaan kerana cerita ini panjang dan yang iNi aku hanya berikan mukaddimah sahaja heheh panjang pulak mukaddimah. Aku angah peminat tegar iiumc yang akan mengambil pt3 pada tahun ini yang selama ini hanya menjadi silent readers. Jazakallah kerana sudi membaca, harap jangan ada yang kecam aku kerana aku budak belasan tahun. Assalamualaikum.

– Angah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *