Umi

Terus terang yang aku ni dulu sebenarnya agak takut nak kahwin sebab selalu sangat dengar atau terbaca cerita pasal ibu Mentua jahat lah ini lah. Apa lagi, kawan baik aku sendiri nyaris bercerai sebab mak mentua dia.

Tapi syukur lepas kahwin aku dapat ibu mentua yang benar benar baik. Sebelum kahwin dengan suami, ibu mentua aku memang baik. Tapi ada juga suara halus kawan dan saudara aku cakap “berlakon” je tu.

Tapi Alhamdulilah tak, kami panggil dia Umi. Umi ni ibu tunggal yang berjaya besarkan anak seramai 4 orang seorang diri. Berjaya pula tu semua. Tapi yang paling aku sayang pasal Umi. Umi ni dia prihatin dan cuba faham perasaan orang lain.

Umi aku ni biasa 2 minggu sekali selalu datang jenguk aku dengan suami. Malu juga sebenarnya sebab kami berdua sibuk kerja sampai lupa jenguk. Tapi setiap kali nak jenguk dia telefon. Dia cakap tak payah masak apa semua biar Umi je yang bawa.

Jadi bila datang Umi yang bawa makanan dah siap masak kat rumah kami. Aku selalu cakap dengan umi tak payah. Kita orang boleh masak sendiri. Tapi Umi cakap tak apa sebab dia bukan sibuk pun dekat rumah.

Lagi satu cara Umi cakap ni, lemah lembut dan asyik senyum ke. Aku pun yang berbual asyik terikut senyum. Umi dengan mak aku pun dia rapat. Awal tu aku selalu fikir baiknya Umi. Suami aku pun selalu cerita pasal Umi dia setiap hari, aku suka je dengar. Dia kata selama hidup ni, cuma 2 atau 3 kali je Umi marah atau tinggi suara dekat adik beradik dia semua.

Kalau buat salah biasa diorang akan ada sesi kaunseling 1on1 dengan Umi. Tapi tak marah pun setakat tanya hal, kongsi cerita lepastu ada lah sesi menangis sekejap. Haha. Tapi bila aku tengok peribadi suami aku sendiri, dengan adik Ipar aku. Aku rasa “waow” hebat betul didikan Umi dia. Kalau kau tengok cara diorang berbual ni, memang kau akan nampak dia punya rapat.

Anak aku dah nak masuk 1 tahun, aku selalu tanya Umi tips macam mana nak besarkan anak dengan cara “Umi” aku punya tanya tips mak aku. Tapi iyalah aku di didik cara mak aku sendiri jadi memang aku sendiri tahu beza dia macam mana. Umi aku selalu cakap yang tips tu tak ada. Tapi yang penting bila besarkan anak ni kita jangan sekali fikirkan yang anak kita ni “beban” atau “menyusahkan” . Anak kita ni, darah daging kita sendiri. kalau orang marah dekat diri kita ni mesti kita ni melenting dan nak melawan. Sama lah macam anak ni, jadi kita layan anak ni dengan macam mana kita nak diri kita di layan. Dengan baik, sopan, lemah lembut.

Yerlah mana ada orang yang suka kena marah. Kena bebel, kalau suruh pakai nada tinggi. Jadi umi aku cakap jaga anak kita macam mana kita nak orang layan diri kita. Bila dengar cerita umi yang suami dia meninggal sedih betul. umi aku ni sebatang kara, dan suami dia pula anak yatim. Jadi bila suami dia meninggal, jadi kena usaha untuk teruskan hidup dengan 4 orang anak seorang diri. Kagum aku.

– Mira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *