Assalamualaikum warga iiumc. Terima kasih admin jika menyiarkan confession saya. Saya Husna berumur 26 tahun. Aku mempunyai seorang ibu yang digelar umi, berkahwin muda ketika mana masih remaja iaitu pada 18 tahun dan masih naif tentang kehidupan. Ayahku graduan universiti pada masa dahulu namun lebih meminati berbisnes sendiri berikutan ayah seorang jemaah tabligh.
Umi menyangkakan dengan mengahwini ayah dapat hidup senang kerana graduan universiti tapi sebaliknya. Terpaksa bersusah payah demi mencari sesuap nasi meneruskan hidup. Ayah pula setiap bulan dan tahun akan meninggalkan umi untuk pergi keluar tabligh dengan hanya meninggalkan puluhan ringgit untuk survive berbulan-bulan. Dan sehingga kini selama 30 tahun, ayah sentiasa istiqomah dengan keluar tabligh samada 3 hari /40 hari/4 bulan dengan berbekalkan bisnes kecil-kecilan yang ada untuk umi survive sepanjang ketidakberadaan ayah.
Namun pada hakikatnya, umi tidak pernah redha akan perkara tersebut. Sentiasa sedih, marah, merungut kenapa ayah buat begitu sedangkan ada jemaah lain meninggalkan bekalan yang cukup untuk anak isteri sepanjang tempoh keluar. Ayah pula akan berhujah yakin Allah ada untuk jaga. Entahlah, sedangkan pada hakikatnya kenyataan tersebut sebenarnya aku pun kurang setuju. Sekarang, umi terpaksa keluar membawa van sendiri untuk berniaga.
Kadang, orang pandang semacam je sebab umi kecil je lepastu bawa van siap ada lesen GDL lagi.
Kami ada 7 beradik tetapi hanya pada angka, hakikatnya hanya 6. Kenapa saya cakap macam ni? Sebab kakak sulung saya hampir 8 tahun tidak pulang ke rumah. Ramai yang bertanya, mana kak long? Kami jawab kak long rumah mertua dia. Orang yang paling sedih ialah umi. Tidak menyangka kak long akan berbuat begini. Ceritanya umi agak panas baran orangnya mengikut arwah tokki. Masa marah memang akan nampak segala sisi buruk umi.
Akan mengamuk lempar barang sana sini, keluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, bagi yang tidak kenal dan faham umi, akan terus memberikan sisi yang negatif pada umi termasuk abg long. Sampai satu tahap dia mengatakan umi menyihir keluarganya dan tidak selamat untuk mereka sekeluarga pulang ke kampung. No telefon telah ditukar, tidak mrmbenarkan kami sekeluarga menziarahi kak long dan anak saudara. Sampai sekarang, kak long tidak balik kerana ab long tidak membenarkan dan dia juga seorang yang naif terlalu takut dan taat pada suami. Kak long berkahwin awal, belajar pondok, masih tidak matang dan naif tentang kehidupan. Ab long lah yang mencorakkan hidupnya.
Sampai sekarang, umi masih mengungkit jika ada di kalangan kami yang buat hal, mahu mengikut jejak kak long, derhaka pada mak. Umi ada 2 orang anak lelaki akan tetapi dua dua tidak membantu dalam menguruskan kerja bisnes di rumah. Seorang belajar di pondok dan senyap tidak bercakap, tidak membantu jika pulang hanya buat hal sendiri. Seorang lagi kuat memberontak, suka lari rumah, panas baran, tidak juga membantu bisnes umi. Hanya bantu jarang-jarang jika diminta. Dan sekarang hampir sebulan dia lari mencari tujuan hidup dan mendapat kerja di KL namun tidak memberitahu umi sebarang berita. Sampai tahap umi mahu melaporkan kepada polis. Aku mesej call namun tidak dibalas. Hanya mampu berdoa moga perkara ini selesai segera.
Umi juga selalu mendapat sakit mulut yang tidak pernah sembuh walau pelbagai rawatan telah dibuat dan doktor menyatakan bahawa sebenarnya umi stress. Aku tahu memang umi xpernah tenang dan selalu memikirkan masalah yang menyebabkan stress. Dengan bebanan kerja bisnes yang banyak, dipikul sendiri berikutan tidak lagi percaya sesiapa untuk diambil kerja. Jika ayah tiada, umi terpaksa menghantar barang sendirian.
Sejujurnya, aku sangat sedih dengan situasi yang dihadapi umi. Terlalu banyak bebanan yang terpaksa ditanggung. Ada anak lelaki namun tidak boleh diharap dan diminta pertolongan. Ada adik perempuan yang selalu bersama umi di rumah namun menghidapi penyakit skizo. Mood ok dia akan buat kerja, kalau tidak ok akan tidur, buat hal sendiri. Hanya dia yang dapat membantu meringankan beban, itupun bermusim. Namun, syukur keadaannya bertambah ok berbanding dahulu dan perlu sentiasa mengambil ubat tanpa tertinggal.
Jika nak diceritakan, terlalu banyak keperitan yang dihadapi oleh umi. Aku selalu doakan moga umi sentiasa sihat, dimurahkan rezeki. Kami dibesarkan dengan rasa takut untuk membalas cakap apabila dimarah dan perkara tersebut berlarutan sehingga kini. Jika menjawab, seolah melawan kata. Hanya mengiyakan sebarang kata kata kemarahan. Pernah menasihati ayah namun dikatakan seperti mahu mengajar ayah. Apabila menasihati umi, dikatakan anak tidak memahami situasi dan umi akan memandang dari sisi negatif.
Aku buntu memikirkan keadaan keluarga yang agak huru hara, walau ayah selalu pergi dakwah aku tidak nampak kesannya pada keluarga aku terutama umi dari segi tarbiah sebab umi tidak pernah redha dengan apa yang ayah buat untuk dakwah. Nak berdakwah tidak salah tapi pastikan kebajikan anak isteri terjaga dan isteri redha dengan perkara tersebut. Jika tidak, apa gunanya dakwah pada orang lain akan tetapi anak isteri tidak ditarbiah dengan sebaiknya kerana sebaik contoh adalah akhlak ibu bapa.
Doakan moga umi sentiasa positif dalam hidup dan ada sinar menanti.
– Husna
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit