Umi dan Ayah

Boleh juga baca:

Part I, (https://iiumc.com/hanna/).

Part II, (https://iiumc.com/hanna-ii/).

Aku faris, confessor kepada story Hanna. Alhamdulillah tak sangka pula banyak terima feedbacks positif dari pembaca semua. Maaf kalau aku tak add friends mana2 orang yang suruh aku add tu. Bukan aku sombong tapi personally, aku rasa cukuplah page ni menjadi medan utk aku membaca confession kita semua. Lagipun aku agak sibuk dgn kerja + pemalu, jarang ada masa utk buka fb. Bila buka fb, page confession ni antara tempat yg aku tuju utk membaca kisah2 yg ada.

Dlm kepelbagaian kisah yg ada dlm confession ni, kisah yg baik aku jadikan teladan, yg mana buruk aku jadikan sempadan. Aku percaya, orang yg pandai akan belajar dari pengalaman sendiri, namun orang yg lebih pandai dia akan belajar dari pengalaman orang lain. So pilih lah nak jadi yg mana satu.

Dlm byk2 feedbacks yg diberi pada confession kedua (thanks semua!), honestly aku tertarik dgn satu permintaan yg minta aku utk kongsikan tips parenting bagaimana umi dan ayah mendidik kami adik beradik. So sebelum aku share, aku mahu proclaim siap2, in real life aku ni insan yg biasa2 je (tak adalah cemerlang sangat pun), namun as a person aku amat mengagumi cara umi dan ayah mendidik kami. Disini aku ingin kongsikan beberapa peristiwa yg aku ingat, yg mana aku kira boleh dikongsikan dengan sahabat2 semua.

Yang mana baik tu, ambillah sebagai amalan, mana tahu boleh diaplikasikan pada anak2 nanti, dan yg mana rasa tak sesuai tu, cukuplah sebagai pengetahuan. Bagi yg rajin membaca, aku percaya sesetengah tips ni mmg dah ada dlm kutub khanah ilmu parenting, tapi tidak salah utk kita refresh balik since mmg fitrah sifat kita manusia ni mudah utk lupa.

Pertama, anak yg nakal biasanya adalah anak yg cerdik. So kalau anak sahabat2 semua aktif lain mcm, byk try and error buat eksperimen yg tak menjadi, jangan sumpah seranah mereka dengan kata-kata yg kesat (bodoh, kurang ajar, bongok dan sebagainya), tp sumpah seranahlah mereka dengan kata-kata yg positif (sumpah tu kena jugak sbb dah geram sangat kan).

Masa aku kecik2 dulu, aku suka explore benda2, contohnya buka basikal sampai tinggal bodynya saja, lepas tu dah tak tahu mcm mana nak pasang balik (lastly kedai yg tolong pasang), buka kipas, buka radio, buka jam, sometimes berjaya dipasang balik dan kadang2 terus lost di tengah jalan. Umi dan ayah memang hangin dibuatnya, tapi aku masih ingat satu ketika, sambil mengetap gigi umi kata “ along, dah berapa kali umi cakap along degil, umi sumpah along jadi engineer satu hari nanti, suka sgt merepair kan”.

Aku tahu umi cakap dlm keadaan betul2 geram, sebab aku buka jam dinding citizen kt dinding rumah tu sampai tinggal sekeping2, tp sumpah mulut umi tu betul2 masin. Harini aku jd senior engineer dan jadi boss kpda berpuluh2 orang engineers dan technicians. So cuba praktis, lps ni kalau geram tahap maksima dgn anak, boleh maki dan sumpah mereka, cuma just switch sumpahan dgn perkara-perkara baik! “Mak sumpah along jadi saintis!” “Dasar anak beruntung, keje asyik menyanyi je, Mak sumpah angah jadi artist lagi hebat dr siti nurhaliza! Kan best tu” :)

Kedua, kalau anak sulung atau yg tua gaduh dgn adik2, jangan marah anak sulung dihadapan anak2 yg lain. Nanti adik2 akan hilang respek dekat abang dan maruah si abang juga akan tercalar. Dan hal ini boleh dibawa sampai dewasa. Walaupun mereka salah, tegur dan marahlah mereka dibelakang adik2. Waktu tu, bagitahu kesilapan mereka secara personal dan semaikan benih tanggungjawab pada diri mereka. Bilamana ibu bapa tunjukkan hormat pada anak yg tua, insyaAllah adik2 juga akan hormat pada si abang/kakak.

Lumrahnya, walaupun si abang dan adik bergaduh, abang mana yg sanggup melihat adiknya kena marah lama2. Ayah dan umi memang jarang marah aku depan adik2, kalau ada benda yg nak tegur, biasanya ayah dan umi akan tegur ketika aku bersendirian dengan mereka dan bagitahu harapan mereka terhadap aku sebagai “nahkoda” kpda adik2. Subconciously, benda ni akan meresap masuk ke dalam minda bawah sedar. InsyaAllah nanti mereka akan ada mentality sebagai “leader” and akan cuba to fulfill those responsibilities as best as they can.

Ketiga, selalu lah berdoa dan ucap kata2 yg baik pada anak2. Aku masih ingat lagi, masa kecil2 dulu, kadang2 tgh2 malam ayah akan masuk bilik, usap dan cium kepala aku. Sambil usap ayah selalu sebut “along anak yg baik, along anak ayah yg dengar kata, along anak yg soleh, along anak yg pintar” entah apa2 ayah aku merapu malam2 buta tu. Aku selalu dengar kata2 tu time aku dah separa sedar, tapi mungkin sebab diamalkan selalu, ia jadi doa. Subconciously, aku tanam azam utk jadi anak yg baik, anak yg dgr kata dan penuhi ciri2 yg ayah selalu sebut di tengah malam tu.

Kadang2 ayah aku praktiskan jugak benda ni time nk kejut aku bangun subuh, “along anak yg gagah, along anak yg beriman, along kuat utk lawan syaitan bla bla sambil urut2 badan aku,” kalau tak jalan jugak, zusshhhhhh barulah jirusan baldi air sampai ke muka! Biasanya kalau jirusan baldi air ni dijadikan amalan selepas kata2 semangat tadi tak jalan, insyaAllah sekuat mana pun tentera syaitan, pasti anak2 akan lebih kuat dari mereka!

Keempat, if we want our husband/ wife/ kids to be someone, begin with ourselves first. Nak anak jadi anak yg hormat ibu bapa, kita dulu kena jadi anak yg hormat parents. Nak anak jadi hafiz, kita dulu kena start hidupkan Quran di rumah. Sesuatu tak terjadi dengan sendiri jika suasana/ cara/ model ke arah itu tiada. Hatta nak suami/ isteri jd soleh/ solehah pn, kita dulu yg kena berubah. Believe me, when we REALLY WANT something to happen, the whole universe will conspire with us, so that our wish comes true. Ayah nak aku aku hormat dia, dia dulu yg telah modelkan pada aku betapa hormatnya dia pada atuk aku! Life is like a circle. So mulakan sekarang dengan ubah diri sendiri!

Kelima, sesibuk dan sesetan mana pun kita, pastikan hak anak-anak tertunai. Percayalah, jika sahabat2 tunaikan hak anak-anak, anak-anak akan tunaikan hak sahabat2 semua. Hak mereka termasuklah hak untuk belajar, hak utk pandai Quran (bagi yg muslim), hak utk mendapatkan kasih sayang dan sebagainya. Aku masih ingat waktu kecil, kadang kala ayah selalu balik malam dan nampak keletihan. Tapi ayah tetap gagahkan juga mengajar aku mengaji sbb baginya hak pandai mengaji itu adalah hak anak-anaknya yg perlu dia tunaikan (walaupun time tu aku stress dan xnak mengaji sebab ayah tegas:).

Ramai dari kita nak anak jadi macam2 (our ideal dream), tapi taknak tunaikan pun hak anak2. Nak anak pandai belajar, tp hak mereka nak dapatkan meja belajar yg selesa pun tak ada! Kalaupun kita dari golongan kurang mampu sekalipun, usaha itu kena ada. Allah tidak melihat kepada hasil, tapi Allah lihat sejauhmana usaha kita. Jadi bila aku dah besar, aku sedar telah banyak pengorbanan yg telah dilakukan oleh parents aku, jadi manakan mungkin aku membelakangkan mereka dlm keputusan2 besar di dalam hidupku. Siapalah kita tanpa mereka!

Akhir sekali, salah satu tip yg paling berkesan/ mujarab/ powerful utk rapatkan hati2 ahli dlm keluarga kita, amalkanlah makan bersama di dalam talam/dulang. Sebagai permulaan mungkin boleh buat seminggu sekali atau dua kali. Makan dalam talam ini sunnah nabi. Saling meyuapi antara satu sama lain, saling berkongsi makanan, saling berebut kepak atau paha ayam, akan mendekatkan hati ahli2 dalam keluarga kita. Ia juga akan jadi memori terindah bagi anak2 bila mereka dah besar nanti. Kalau makan dalam talam pun dah geli, mcm mana nak tolong basuh berak umi ayah/adik beradik bila mereka dah tua atau sakit nanti.

Jadi inilah persediaan awal. Sometimes, ketepikanlah dahulu sementara pinggan corelle/ noritake/ portmeirion yg ada tu, dan gantikan dengan talam. Walaupun ianya jauh lebih murah, tapi percayalah ia akan membawa rasa bahagia yg jauh lebih mahal. Bagi pasangan yg sedang dlm krisis pn, elok juga amalkan tips ni. Makan sama2, mana tahu kenangan dulu2 minum air berkongsi straw menjelma kembali. You hembus I hisap, I hembus you hisap, bahagianya. Rahsia kejayaan hidup dan rumahtangga, banyak ada dlm sunnah nabi, walaupun ia sekecil2 sunnah.

Sekali lagi diulangi, tips2 ini ada yg dah agak tipikal dgn ilmu parenting. Cuma bila aku refresh and refleks, byk dari tips2 tersebut telah lama diamalkan oleh umi dan ayah aku dlm membesarkan anak2. Cuma mungkin diaorang tak aware saja.

Kesimpulannya, hidup kita ini cuma ringkas, cuma kita banyak merumitkannya. Parents aku pn bukanlah perfect, mungkin jauh lebih kurang berbanding orang lain. Tapi sebagai anak, kebaikan mereka adalah utk aku turuti, keburukan mereka adalah utk aku sempadani, kerana hakikatnya mereka bukannya para nabi. Bagi mereka yg kurang bernasib baik dikurniakan ibu bapa yg tidak brtanggungjawab, ingat lah what goes around comes around, cuma cepat atau lambat je.

Agama tidak mewajibkan kita utk sayang ibu bapa (mustahil utk sayang kalau sjk dari kecil amak ayah tak brtanggungjawab atau asyik kena sepak terajang), tetapi masih wajib ke atas kita utk brtanggungjawab trhadap kebajikan mereka lebih2 lagi bila mereka sudah tua. Mudah2an dgn melatih diri kita menjadi orang baik, anak2 dan persekitaran kita juga akan terkesan dgn aura positif yg kita ada.

InsyaaAllah, dengan mengubah diri sendiri, kita mampu mmbawa perubahan kpda keluarga dan orang2 disekeliling kita! Moga bermanfaat.

With love,

– Faris

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *