Umi Haramkan Setitik Susu Yang Diminum

Assalamualaikum para pembaca. Saya seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak. 2 orang anak berada di sekolah menengah dan seorang lagi masih di sekolah rendah.

Saya merupakan seorang ibu yang tegas dan selalu memantau pergerakan anak.

Semua ibu bapa sedia maklum semasa PKP dulu terlalu banyak perkara buruk berlaku dari segi pembelajaran dan juga penggunaan gadjet.

Anak-anak saya tidak terkecuali, walaupun selalu dipantau tetapi tetap berlaku perkara buruk melibat perjara ini.

Tahun berganti tahun, penggunaan gadjet seolah sudah tidak boleh dibendung lagi. Buat pengetahuan semua, anak-anak saya ketika itu hanya berkongsi telefon saja.

Namun bila sudah mulai bersekolah seperti biasa mereka membeli telefon sendiri dengan hasil simpanan duit belanja sekolah yang diberi.

Sebagai seorang ibu, langkah keselamatan telah diambil dengan kaedah Aplikasi Family Link. Namun anak-anak yang meningkat remaja ni terlalu bijak untuk mengelirukan dan memperdaya saya.

Pelbagai hukuman dah diberikan seperti rampas telefon, pecahkan telefon, rotan dan sebagainya. Namun semua tu hanya sia-sia. Sedihnya perasaan hanya Allah yg tahu. Mulut ni dah berbuih menasihati agar anak-anak ni berubah. Doa pun tak pernah putus.

Dipendekkan cerita, baru-baru ini anak lelaki tunggal saya telah tersalah langkah. Kantoi apabila terlibat dengan group lucah di aplikasi Telegram.

Yang lagi geram dan merobek hati seorang ibu apabila group itu adalah LGBT. Hancur luluh apabila saya tahu. Menangis menyalahkan diri. Semua perkara telah cuba dielakkan sebelum ini, namun ianya tetap berlaku.

Ibu mana yang tak geram? Naik kaki tangan keatas anak lelaki saya tadi.

Sampai lah satu tahap kerisauan yang teramat memikirkan nasib si anak di masa hadapan nanti. Adakah akan menjadi G**. Allahuakbar… Tak sanggup rasanya nak memikir lagi.

Saya cuba dan masih menasihati anak-anak saya. Mencuba dengan kaedah lembut dengan bercakap secara tegas dan tepat.

Sehinggalah saya melafazkan kalimat ini,

“Sekiranya kamu melalukan perkara luar tabii ini bersama dengan orang lain ataupun orang lain melakukan luar tabii bersama kamu, maka umi haramkan walau setitik susu yang pernah kamu minum dari badan umi. Maka nerakalah tempat kamu.

Dan kamu perlu ingat apa yang umi sebutkan ini adalah terpakai dari sekarang sehinggalah kamu mati kelak”.

Bukanlah niat untuk menggunakan darjat seorang ibu dengan menyebut ‘sumpahan’ ini. Tapi saya dah terlalu risau dan sedih untuk perkara ini. Saya tak mahu anak saya menjadi golongan terlaknat.

Apa patutkah tindakan saya ini?

– Umi S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Puan bnykkan berdoa, masih ada ruang lagi untuk betulkan keadaan, anak Puan perlukan bantuan dan sokongan, jgn sesekali sumpah anak atau melaknat anak sendiri kerana doa ibu sangat mustajab, Puan harus selalu bersama dgn anak2 Puan dan terus nasihatkan, semoga Allah memberi kekuatan kepada Puan dan memudahkan semua urusan Puan dan keluarga.

  2. Puan cuba bawa anak puan ke kaunseling atau berjumpa dgn psikologis. Kebanyakkanya yg terlibat ni bermula dri menjadi mangsa waktu kecik ataupun terpengaruh dgn rakan. Puan kena buat pendekatan secara lembut, heart to heart talk dgnn anak Puan, bertanya macam mana bleh terjebak. Puan jgn putus lakukan tahajud. Ajak anak puan lakukan sama. Kena buka memori die yg terpendam.

    • Innalillahi wainna ilaihirojiun..Assallamualaikum ibu…maaf ibu,kenapa keras sgt dgn anak2 sdgkan didalam Agama kita diunjurkan utk berhemah ketika mendidik anak2 apalagi anak2 yg sudah meningkat remaja,disarankan utk melayan mereka seperti kawan.

      Ibu indikator didik anak2 bagai kawan kita sebagai kawan ini,adalah garis merah buat kita sebagai ibubapa,kedudukan kawan bermakna kita juga punya batas2 yg perlu dihormati.Puan tidak mendidik mereka tetapi memaksa mereka menurut kehendak Puan.Padanlah mereka enggan mendengar dan mengikut nasihat Puan.

      Ibu ingin mendidik mereka dekat dgn Islam dan jadi hamba yg baik tetapi kata kata dan tindakan Puan sendiri condong mendorong mereka ke neraka.Baginda Nabi SAW sangat lembut dlm berdakwah,Allah Taala juga Maha Lembut lalu bagaimana Ibu seorang Ibu melakukan cara yg zalim utk mendidik mereka?
      Ibu,mereka masih muda,ibu pernah muda,bapa pernah muda..nakalnya anak2 lihatlah semula sumber makanan kita kepada mereka,sikap dan layanan kita,doa kita..ibu alangkan dgn sesama kita,dilarang mendoakan keburukan,ini anak2 ibu..nape zalim sgt ibu?nape kejam sgt pada anak2 yg baru nak kenal dunia?

      anak2 kita masih jauh perjalananya ibu..jika ini cara ibu melayan..andai ditakdirkan Allah Taala ambil nyawa ibu semalam..siapalah yg sudi mendoakan ibu..anak2 yg telah dinerakakan..apakah akan diterima doanya utk ibu?

      jadi ibu pun kena belajar..jadi belajarlah ibu…didikan zalim itulah punca ramai anak2 menjadi lgbt..yg perempuan benci menjadi perempuan kerana didikan perempuan yg kasar…lebih mudah jadi lelaki…kasar atau keras..itu lelaki…kerana ibu yg gagal menjadi contoh wanita dan ibu yg baik utk anak2 sebagai teladan.Wallahu’alam.bishowab.

  3. Walaupun anak saya baru 5 tahun, saya sangat risau & memang selalu memantau & Doa semoga Allah lindung anak2 yang tidak mampu lg berfikiran jauh, semoga Allah kurniakan kawan2 & orang sekeliling yang baik2 buat mereka.

    Saya sangat faham puan, rasa macam nak menagis air mata darah bila anak masih lagi begitu selepas dipantau & dinasihat. Walaupun anak saya 5 tahun, ada juga peel kelakuan yang pelik2 saya tengok ( tak sanggup nak cerita sini) tapi hati ibu mana tak luruh bila tengok gaya lenggok tangan & badan yang tidak enak & memikirkan dari mana dia belajar sebab kami sudah tidur asing dari umur dia 2 tahun.

    Sejujurnya saya pun buntu puan, tapi mengharamkan & terus menghukum neraka buat anak tu terlampau extreme, siapa la kita untuk menghukum sebegitu rupa, sedangkan Allah pun masih memberi pengampunan buat penzina yang bertaubat.

    Mungkin puan boleh jentik & usik dari kekuatan hati anak2, apa yang kami buat sekarang adalah betulkan lifetime kami. Solat berjemaah dirumah sekali dgn anak 5 tahun & 3 tahun bersama. Jika ada masa terluang kami pergi masjid untuk berjemaah bersama. Anak saya masih kecil, tapi selalu juga saya mengingatkan yang wlpn saya tak nampak Allah nampak.

    Saya juga doakan anak supaya dapat merasai kemanisan beriman pada Allah & merasai nikmat ihsan mengenali Allah. InsyaAllah puan kita sama2 ya, doa tiap2 malam dengan anak2 sebelum tido tiup kan dekat ubun2 kepala nya. InsyaAllah kita sudah berusaha, semoga Allah bantu kita lindung anak2 kita bersama.

  4. Puan,
    Tak terbayang betapa beratnya dugaan yg puan tengah hadapi sekarang. Semoga Allah teguhkan hati anak puan agar bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Dunia sekarang dah tak sama dengan zaman kita dahulu, sebab sekarang semuanya dah di hujung jari. Saya rasa puan patut bawa dan temani anak puan untuk berjumpa psychologists. Perkara macam ini masih boleh dibendung sekiranya anak puan masih muda. Saya doakan puan sekeluarga dapat mencari jalan penyelesaian dan keluar dari permasalahan tersebut. Semoga Allah sentiasa lindungi dan merahmati puan sekeluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *