Umi II

Assalamualaikum, semalam saya ada ada hantar confessions di sini. Tak sangka diterima, terima kasih banyak2. Maaf kerana semalam saya ketika di penghujungnya menggunakan bahasa aku. Terima kasih kepada pembaca2 yang memuji akan penulisan saya, saya memang minat menulis dan tambahan pula meminati subjek bm. Ramai yang meminta untuk menyambung kisah umi saya, saya akan sambungkan dengan lebih detail. Maaf jika panjang.

Seperti saya katakan, saya mempunyai tiga orang adik-beradik. Abang saya yang sulung tinggal bersama mak umi iaitu nenek saya sejak abang long bayi lagi. Saya dan adik tinggal bersama umi dan abah. Jarak kami adik-beradik hanya satu tahun sahaja. Pada mulanya abah yang merantau mencari pekerjaan di luar negeri dan umi sedang berada di kampung menjaga abang long. Ketika itu, abah memberitahu akan pekerjaan kosong di tempat kerjanya, lalu umi segera ke tempat kerja abah untuk interview. Selepas itu, umi diterima bekerja. Ketika itu, umi meninggalkan abang long kepada mak umi untuk menjaga abang long untuk mencari rumah sewa. Selepas itu, umi pulang untuk mengambil abang long apabila sudah mempunyai rumah sewa akan tetapi mak umi tak benarkan kerana terlalu sayang akan abang long. Umi sedih lalu katakan “saya mungkin akan jadi gila jika tiada anak disamping saya”, lalu nenek membalas “biar kau gila, jangan aku yang gila sebab kau boleh mengandung lagi”. Umi akur. Untuk pemgetahuan semua, umi kahwin lambat ketika berumur 30an.

Umi dan abah bertemu ketika sedang belajar di luar negara, umi mengambil jurusan usuluddin manakala abah mengambil jurusan dakwah. Selepas beberapa bulan meninggalkan abang long umi mengandung tetapi umi tidak tahu ketika itu umi mengandung lalu gugur atas sebab umi makan yang tak sepatutnya ketika mengandung. Lalu, lekat pula saya iaitu angah dan saya pun dilahirkan. Selepas itu pula adik saya, setahun seorang jarak kami betapa letihnya umi dengan tidak kepedulian abah keatas umi dan kami (anak2). Abah kata cukuplah tiga orang kerana nanti nak melancong susah anak ramai kata umi kepada saya tetapi sampai sekarang kami tidak pernah melancong ke mana2. Tidaklah ke luar negara, ke kl pun tidak pernah, bukan nak mengungkit tetapi apa nak dibuat jika duit berkepuk-kepuk tetapi tidak memberi nafkah dan kebahagiaan kepada anak dan isteri.

Dalam kalangan adik-beradik umi, hanya umi seorang yang boleh diharapkan. Kakak sulung umi berniaga tetapi tiada keuntungan, umi pun pelik. Kakak sulung umi mempunyai banyak hutang lalu umi pernah memberi kesemua duit elaun umi kepadanya atas hutang dibuat oleh kakak umi. Hingga kini kakak umi dibelenggu hutang, umi setiap minggu atas transfer duit kepadanya beratus-ratus. Adik-beradik umi yang lain tidak bekerja, hanya mengharapkan gaji suami adik bongsu umi yang tidak seberapa. Umi lah yang akan transfer duit kepada keluarga umi setiap minggu beratus-ratus untuk membantu.

Berbeza pula dengan adik-beradik abah. Semuanya kaya belaka, tidak pernah menyusahkan abah. Disebabkan itu duit abah berkepuk-kepuk, jika kawannya hendak meminjam duit, laju sahaja diberikan berbanding kami keluarga abah sendiri. Pernah saya meminta RM50 untuk membeli buku rujukan, maklumlah budak pt3, abah membebel berbakul2 dengan nada yang marah. Ada jugak ketika itu, adik saya yang bongsu otw nak pergi tuisyen lalu terserempak dengan abah. Abah menghalau adik balik kerana alasan abah “bazir duit aku sahaja hantar kau pergi tuisyen, tak pandai2 pun”. Adik cerita dekat umi, umi sedih kerana pada hari itu umi hanya meminta RM110 untuk bayar tuisyen adik kerana umi memang sangat2 kesempitan wang. Tidak sangka abah mengungkit. Orang luar tanpa alasan laju sahaja tolong dengan wang yang beribu-ribu tetapi kami ahli keluarganya sendiri hanya meminta RM50-100 pun marah2. Allahu sabarnya umi hingga kini.

Untuk pengetahuan semua, hanya umi seorang menanggung kami tiga beradik dengan yuran sekolahnya, baju sekolah, barang keperluan sekolah dll. 100% semuanya duit umi, abah akan marah2 kepada umi jika meminta duitnya. Disebabkan itu, kami hanya rapat dengan umi. Untuk pengetahuan semua, abah tidak pernah balik ke kampung walaupun ketika itu musim perayaan. Saya, umi dan adik akan pulang ke kampung hanya menaiki bas dan dibekalkan duit RM200 kepada umi untuk buat belanja di kampung. Pada tahun lepas, abah membenarkan umi membawa kereta untuk pulang ke kampung tetapi sebelum itu abah memang akan marah jika hendak pulang ke kampung dengan kereta sehingga pernah membaling kunci kepada umi.

Hari ini kedai tutup kerana para pekerja cuti untuk persiapan raya tetapi umi gigih ke kedai untuk memasak kepada abah kerana abah benci balik ke rumah atas alasan kucing2 di rumah. Hingga kini abah seakan-akan tidak nampak pengorbanan umi, saya rasa jikalau abah menghulurkan sedikit wang kepada umi alangkah gembiranya umi tetapi itu hanya angan2. Akan saya sambung kisah ini untuk penghujungnya. Terima kasih kerana follow kisah umi saya. Jazakallahhu khairan kathira daripada saya candidates pt3 ’18.

– Angah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *