Umi Saya

Assalamualaikum semua. Setelah terbaca satu post mengenai kakak ipar bidadari, (https://iiumc.com/kakak-iparku-seorang-bidadari/), saya terpanggil untuk ceritakan tetang umi saya… umi kepada suami saya… saya panggil dia ummi sebab dia layan saya mcm anak sendiri yg saya tak dapat dari keluarga saya…

Umi saya ni mulut bising tapi hati dia sebenarnya baik. Saya berkenalan dgn suami ketika arwah bapa suami masih hidup. Ketika itu suami dtg beraya semasa hari raya haji. Mak saya pesan suruh keluarga dtg nak berkenal kenalan. Dipendekkan cerita terus jadi majlis merisik. Januari mereka dtg, mei jangkanya bernikah.

Ditakdirkan Allah, selepas pulang dari merisik bapa suami collapse terus masuk red zone di bahagian kecemasan hospital selama 3 hari. Bayangkan betapa teruk kondisi bapa ketika tu. Icu sahaja 1 bulan. Betapa setianya umi saya menjaga dan merawat bapa. Di hospital, 2 bulan. Dari sesihat sihat orang hingga kurus melidi.

Tibalah lagi sebulan majlis kami. Saya dah berkira2 nak tangguhkan sebab kenangkan keadaan mereka yg perlu dtg ke sini menaiki kapal terbang, dengan keadaan bapa bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda. Tapi kuatnya umi saya. Dia minta teruskan pernikahan. Bapa dijaga oleh adik adik suami sementara umi dtg seorang ke majlis pernikahan kami. Sehingga hari ni majlis sebelah suami tak pernah diadakan. Tp saya tak kisah. Saya bahagia.

Selepas bernikah umi terus pulang menjaga bapa. Kami cancelkan semua plan dan decide pulang ke kg terus ziarah bapa. Masa inilah terbuka mata saya betapa kuatnya hati seorang isteri dan ibu. Memandikan menjaga dan merawat bapa seorang. Adik2 masih belajar di daerah dan negeri berbeza dari kg. Drngan kudrat yg ada mengangkat bapa seorang ke bilik air untuk dimandikan, diwuduk kan… Allah saat ni berderai air mata saya kenangkan. Dari bapa tak boleh bergerak hinggalah bapa boleh angkat tangan dan kaki… semua usaha umi saya.

Ketika saya disahkan hamil, kami sekeluarga putuskan untuk bawa bapa ke tanah suci … dengan kuasa Allah juga.. pulang sahaja dari tanah suci bapa menghembuskan nafas terakhirnya nya… semasa saya dapat panggilan, suara umi tenang. Tiada tangisan… mungkin dia dah penat menangis… saya segera kejutkan suami dan adik adik dia ( 5.30 pg dapat panggilan) terus book tiket flight terdekat.

Kini umi sendirian selalu ku lihat raut dia rindu pada arwah bapa… semoga Allah beri kebahagian kepadamu umi. Semoga kehadiran 2 cucu yg hampir hampir iras arwah bapa ni dapat mengubat rindu mu umi. Mungkin umi tak pernah cakap… tapi saya tahu umi rindu… sabarlah umi… InshaaAllah ganjaran syurga buat mu… aminnnn.

Dari anakmu…

– Atiey

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *