Assalamualaikum w.b.t
Coretan ini muncul bilamana didinding facebook penuh dengan gambar-gambar konvo sahabat-sahabat dari pelbagai universiti. Tahniah buat yang sudah graduate dalam bidang maseng-maseng. Saya in shaa Allah graduate taun depan.
Duk scroll punya scroll fb nie terjumpa satu artikel berkisar tentang seorang ibu yang tak mampu nak beli bunga anaknya konvokesyen. Jujur cakap baca tajuk sahaja dah sebak, bilamana ingat balik susahnya mak ayah nak cari duit hantar anak belajar, atau mungkin ada diantara kita cuma mampu senyum sendiri tanpa ibu ayah disisi.
Saya cuma nak share pasal umi saya, umi yang sangat hebat. Umi yang membanting tulang dari pagi sampai malam selepas ketua keluarga kami dijemput ilahi. Dia sejak 2004 menanggung dan berkorban untuk anak-anaknya seramai sembilan orang.
Satu hari tu, umi ajak saya pegi bank nak tukar kad. Bab menulis borang nie semua saya yang isi , sebab umi xpandai menulis. Dulu waktu kecik kalau nak kena tandatangan apa-apa pon umi akan mintak tolong anak-anak sebab tangan umi xpandai pegang pen.
Waktu sampai giliran umi ke kaunter, saya mcm biasa nak tlg tandatangankan untuk umi atas kad tu, tapi akak kaunter xbagi. Jadi nak tak nak kena panggil umi jugak untuk tandatangan. Waktu tu tak rasa apa2 sampailah tengok cara umi pegang pen.
Sebak yang ditahan-tahan, pujuk hati jangan nanges depan kaunter sebab tak sanggup nak tgk umi yang struggle sesuaikan tangan dia nak tandatangan. Lepas tu tetiba bila umi angkat muka mata dia merah, dia nanges dengan tangan terketar-ketar. Hanya Allah tau sebak didada tu macam mana bila umi ckp ‘umi tak pandai’.
Waktu tu hanya Allah yang tau betapa termuhasabahnya si anak. Mak kita nie bukan semua diberi pendedahan pendidikan. Susah dia, sakit dia , penat dia takkan mampu dia luahkan kat anak-anak. Mak ayah hantar belajar nak anak-anak mengaji sungguh2. Bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.
Mana ada mak ayah yang nak tengok anak-anak susah. Buat yang mak ayahnya bukan orang senang, belom cukupkah kerutan dan kesakitan yang tergambar diwajah mak ayah sebagai motivasi untuk buat yang paling terbaik.
Jom tajdid niat. Belajar elok2 ya.
Siiru ‘ala barakatillah .
– Mujahidah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit