Assalamualaikum.. alhamdulillah, harini aku diberi ilham untuk terus menulis di page ni. Pagi tadi, aku drive nak pergi kerja. Then, tiba-tiba radio on lagu Aisya Humaira. Biasa aku dengar, aku tak sempat nak hayati pun lirik dia. Mungkin sebab aku busy dengan kerja and handphone. Tapi sebab tengah drive, so telinga aku just focus dekat lagu tu.
Sampai part, “Takkan terhidu harum mewangi, jika tak dinyalakan setanggi, takkan terasa manisnya hidup andai tak dilambung gelora” masa tu aku sebak sangat.. haha, asyik sebak je kan aku ni.. so aku teringatlah, yang aku pernah baca sirah tentang kisah fitnah Aisya R.A ni..
Aku nak introduce buku yang aku baca jap ye.. Actually aku pernah baca dalam buku yang ditulis oleh Abdul Latip Talib, isinya sama, cuma cara penyampaian nya berbeza dengan Al Raheeq Al Makhtum.. Kalau abdul latip talib, cara penyampainya seperti novel… kau boleh bayangkan situasi tu, dan kalau baca biasanya memang nangis, sebab cara penyampaiannya sangat menyentuh hati..
Tapi sebagai rujukan, contoh aku nak menyampaikan cerita ni dekat korang, so aku akan refer al Raheeq al Makhtum, sebab apa? Sebab isinya sahih dan telah diiktiraf. Kenapa nama buku dia al Raheeq al Makhtum,? Maksud al Raheeq al Makhtum ialah “Minuman yang termeterai bekasnya”.. minuman kalau dah termeterai bekasnya tu, mestilah tidak tercampur dengan mana-mana unsur. Tapi kalau baca buku ni agak mengantuk la, sebab it is facts. So untuk penggemar sirah, bole pilih untuk baca yang mana-mana ye.
Cerita tentang Saidatina Aisyah ni berlaku selepas perang Bani Al Mustalaq (ada buku yang sebut al Mustaliq). Kenapa jadi perang ini? Sebab Rasulullah dapat satu berita yang ketua bani Al Mustalaq ni dah kumpul semua bala tentera dia nak serang Madinah. Lepas Rasulullah pastikan kesahihan berita itu, barulah terjadinya perang. Tapi perang tu pendek je dan tak berlarutan.
Mesti korang dah tahu kan macam mana fitnah ni terjadi, Aku cerita ringkas ye..
Sebelum keluar berperang, macam biasa, Rasulullah akan cabut undi. Siapa yang kena undi tu, maka Isterinya yang itulah yang akan dibawa untuk ikut serta. Lepas undi dicabut, terkena pada nama Aisyah. Masa ni Aisyah muda remaja lagi. Sepanjang peperangan, tempat Aisyah adalah dalam sekedup. Tahu tak sekedup ni apa? Sekedup ni adalah bilik kecil yang kat atas unta. Bila berhenti, sahabat akan angkat letak kat bawah, bila pasukan nak gerak, dia akan angkat letak atas unta balik.
So masa perjalanan pulang dari perang bani Al Mustalaq, pasukan tentera Islam banyak berhenti. And pada satu tempat perhentian tu, Saidatina Aisyah nak membuang. So dia keluar dari sekedup tu. Bila dia dah patah balik, baru dia perasan yang kalung dia terjatuh. Jadi dia keluar balik dari sekedup tu pergi cari. Lepas dah dapat, dia tengok tentera Islam semua dah takde. Dah kosong tempat tu. Diorang yang angkat sekedup tu pun tak perasan yang Aisyah takde kat dalam tu. Sebab Saidatina Aisyah ni, ringan sangat orangnya.
Apa Aisyah buat? Dia duduk je kat situ. Dia fikir, kalau dia duduk situ, nanti bila tentera Islam perasan yang dia takde, senang diorang nak cari. Dengan izin Allah, seorang sahabat yang bernama Safwan lalu di kawasan Aisyah tu. Kalau dalam buku Raheeq Makhtum, dia cakap Safwan ni tertinggal sebab dia suka tidur. Tapi dalam buku lain ada yang cakap Safwan ni tertinggal sebab kalau jalan ramai-ramai, Rasulullah akan tempatkan seorang untuk jaga kat belakang, jadi dia boleh tengok kalau ada apa-apa yang tertinggal. But it’s ok. Sebab Safwan tertinggal tu kita abaikan kejap .
Jadi bila Safwan tengok Aisyah, benda pertama yang terkeluar dari mulutnya ialah, ” Innalillahiwainna ilaihirajiun”. Lafaz ni nama dia istirja’. Safwan cuma beristirja’ je. Takde nak tanya ” Enti Aisyah ke? Kenapa sorang -sorang kat sini? No No. takde langsung. Dia beristirja’ kemudian dia terus merendahkan binatang tunggangan untuk Aisyah naik.
Sepanjang perjalanan, sepatah perkataan pun dia tak bercakap dengan Aisyah. Bukan sebab sombong, tapi menjaga ikhtilat (pergaulan lelaki dan perempuan). Tapi walaupun dia dah jaga sejauh ni ikhtilat mereka, tetap ada yang menabur fitnah. Iaitu ketua munafiq, Abdullah bin Ubay. Guys, mana boleh tuduh orang sembarangan munafiq. Betul, tapi Abdullah bin Ubay ni, Allah declare sendiri yang dia adalah munafik.
Kan tadi Aisyah naik tunggangan Safwan. Diorang bersama sampailah ke Nahr Al Zahirah (tempat tentera Islam berhenti rehat sekali lagi). Bila sampai sini, semua orang bercakap-cakap dengan andaian masing-masing. Ada yang berbaik sangka. Tapi, bila Abdullah bin Ubay tengok, dia canang bukan-bukan kat semua orang.
Bila sampai kat Madinah, dia cakap yang Aisyah ni dah berkesedudukan dengan Safwan atau dalam bahasa kasar ‘berzina’. Korang pernah tak bila ada orang yang sampaikan fitnah kat korang, walaupun kita cuba nak berbaik sangka, tapi hati kita ni ada terdetik untuk mengiakan fitnah tu jugak. Sebab tu bahaya fitnah ni. Berat hukuman dia.
Sangat berat tuduhan Abdullah bin Ubay tu. Isteri Rasulullah kot, isteri manusia terbaik di dunia. Masa aku baca cerita ni, aku rasa macam apesal diorang percaya eh. Tak logik langsung nak percaya. Tapi aku boleh cakap macam tu sebab awal-awal lagi aku dah baca tajuk cerita ni adalah pasal fitnah. Aku dah tahu awal-awal benda ni fitnah. Tapi untuk orang yang ada kat situasi tu, diorang tak tahu. Sebab penurunan wahyu telah tertangguh. Tak ada wahyu yang turun dalam masa tu.
Rasulullah? Rasulullah masa ni dah bertanya pendapat dengan Ali bin Abi Talib. Dan Ali bagi kiasan untuk Rasulullah ceraikan Aisyah. Dasyat kan suasana masa ni? Tapi bila tanya kepada Usamah, Usamah suruh nabi untuk abaikan benda ni, pedulikan apa yang orang cakap.
Masa mula-mula sampai kat Madinah, Aisyah demam sebulan taw. And lagi teruk, dia tak pernah tahu pun tentang berita fitnah ni. Dia tak tahu langsung. Padahal masa tu, satu Madinah dah tahu, termasuk ibu bapa dia. Tapi semua orang diam, menanti pengadilan dari Allah. Rasulullah tak bagitahu langsung kat Aisyah, berkias pun tak. Cuma Aisyah dapat rasa dari segi layanan Rasulullah. Kan dia demam, bila dia mengadu, kehangatan kasih sayang tu dia tak rasa sama macam sebelum ni. Korang pun tahu kan yang Rasulullah ni ‘caring’ sangat dengan Aisyah.
Lepas Aisyah dah sembuh, dia keluar dengan pembantu dia, iaitu Ummu Mistah (ibu kepada mistah). Masa tu Ummu Mistah ni nak tergelincir. Dia melatah sambil mengutuk anak dia. Bila Aisyah dengar tu, dia terkejut. Apa kaitan Aisyah terkejut dengan anak Ummu Mistah? Sebab Mistah merupakan salah seorang yang sebarkan berita tentang zina tu. Kemudian baru Aisyah tahu apa yang tengah jadi sebenarnya. Aisyah balik rumah, dia mintak izin Rasulullah untuk ke rumah ibu bapanya, iaitu Ummu Ruman dan Abu Bakar As Siddiq.
Barulah ibu bapa dia cerita dengan lengkap apa yang dah berlaku sebenarnya. Aisyah? Dia menangis tak berhenti. 2 malam 1 hari dia menangis tak kering air mata. Suaranya terlalu perlahan untuk menyatakan kat semua orang bahawa itu adalah fitnah. Aku pernah difitnah, dan aku perasaan aku masa tu adalah aku nak text kat semua orang yang aku tak buat benda tu. Aku bersungguh-sungguh bersumpah yang aku tak buat, semata-mata untuk mendapatkan kepercayaan orang.
Rasulullah ada datang melawat Aisyah. Nak tahu apa Rasulullah cakap? Rasulullah cakap ” Cukuplah Aisyah, memanglah telah sampai ke pengetahuan ku begini-begini, sekiranya kau suci tidak bersalah, Allah akan menjelaskan kebersihan kau itu, dan sekiranya kau bersalah pohonlah keampunan dariNya serta bertaubatlah kepadaNya, kerana hamba yang mengakui dengan kesalahannya kemudian bertaubat kepada Allah nescaya Allah akan terima taubatnya itu” .
Hancur !! Remuk hati Aisyah masa tu. Suaminya sendiri menyuruh dia bertaubat akan perbuatan yang sama sekali dia tak buat. Aisyah menangis lagi. Kalau kita sendiri pun, orang lain tak percaya takpe, tapi jangan keluarga sendiri kan? Aisyah juga manusia biasa, yang berharap ada lagi orang yang percaya dengan nya. Tapi dugaan waktu ni, hanya antara Aisyah dengan Allah. Benar-benar tiada orang lain di antaranya. Abu Bakaq As siddiq?
Dalam satu buku sirah aku baca. Masa ni Aisyah merayu dekat ayahnya Abu Bakar, tolonglah jelaskan kat Rasulullah yang dia tak buat benda tu. Tolonglah. Tapi tiada yang lebih akur dengan Rasulullah selain Abu Bakar kan? Abu Bakar malu nak cakap pape dengan Rasulullah masa ni. Ibu nya pun turut diam.
Kemudian Aisyah berkata, ” Demi Allah aku mengetahui segala sesuatu yang telah kamu dengar itu sehingga ianya meresap di dalam diri kamu dan kamu mempercayai semuanya, Di sini kalau aku kata yang aku ini bersih pun, Demi Allah Dia mengetahui yang aku ini tidak bersalah, namun demikian pasti kamu tidak mempercayainya dan kalau aku mengakui benda itu sedang Allah mengetahui aku ini tidak bersalah nescaya kamu mempercayai sebagai satu yang benar, apa lagi hendak ku buat selain dari berucap apa yang telah diucap oleh ayah Saidina Yusuf:
“Maka sabarlah yang lebih baik dan Allahlah tempat meminta pertolongan di atas segala apa yang kamu sebutkan itu”.
Betul apa yang Aisyah ucapkan. Bila difitnah, apa yang orang nak dengar hanyalah pengakuan walaupun dia tidak melakukannya. Selepas Aisyah cakap tu, dia berpaling dari Rasulullah dan tidur mengiring. Mesti dia penat menangis kan..
Kemudian, Abu Bakar tengok badan Rasulullah menggeletar. Kebiasaannya situasi ni jadi bila Rasulullah sedang menerima wahyu. Selepas tu, Rasulullah tersenyum. Rasulullah kata, “Wahai Aisyah kini Allah telah pun mengisytiharkan kesucianmu dari segala noda”.
Maka berkata ibunya: “Ayuh bangun kepadanya”. Sebagai membukti kesuciannya, di samping kepercayaan beliau dengan kesayangan Rasulullah terhadap dirinya, tapi Aisyah kata: “Demi Allah aku tak mahu bangun kepadanya dan tiada pujian selain kepada Allah”.
Masya Allah, masa ni aku rasa Aisyah merajuk dengan Rasulullah. Tapi kebergantungan dia dengan Allah sweet sangat. Aku rasa, cerita ini tentang kisah cinta antara Aisyah dan Allah. Cuma Allah semata-mata. Surah An Nur ayat 11-20 adalah bukti cinta Allah kepada Aisyah. Allah backup Aisyah direct, dengan serta-merta memadamkan api fitnah yang hangat membara.
“Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah dari kalangan kamu juga. Janganlah kamu mengira berita itu buruk bahagi kamu. Setiap orang daripada mereka akan mendapat balasan daripada dosa yang diperbuatnya. Dan barang siapa di antara mereka yang mengambil bahagia terbesar (daripada dosa yang diperbuatnya) dia mendapat azab yang besar (pula)”
“Mengapa orang mukmin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, ketika kamu mendengar berita bohong itu dan berkata, ‘ Ini adalah (suatu berita) bohong yang nyata'”
“Mengapa mereka yang menuduh itu tidak datang membawa empat orang saksi? Oleh kerana mereka tidak membawa saksi-saksi, maka mereka itu dalam pandangan Allah adalah orang yang berdusta.”
“Ingatlah ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal yang besar”
” Dan mengapa kamu tidak berkata ketika mendengarnya ‘Tidak layak bahagi kita membicarakan perkara ini. Maha Suci Engkau, ini adalah pembohongan yang nyata’ ”
Surah An Nur : Ayat 11-16. Yang selebihnya baca sendiri ye.. :)
Hebatnya Aisyah. Dan bila aku dengar lagi lagu Aisya Humaira, dia adalah isteri yang memangku nabi saat sakaratul maut. Maksudnya dia masih bersama lagi selepas ujian itu. Actually aku baru gaduh dengan suami aku pagi tadi, sebab aku kecik hati bila dia tinggikan suara. Kecik je alasan tu Ya Allah. Tapi aku rasa macam suami aku dah tak sayang aku, dan aku start fikir yang aku kena kerja baik-baik so kalau jadi perpisahan, I can still survive.. haha.. drama kan?
Tapi aku diuji sikit macam tu pun dah fikir pasal perpisahan. Aisyah ni, diuji dengan suami sendiri hampir percaya dengan fitnah. Kau kenal aku, macam mana kau boleh percaya orang lain? Itu ayat aku lah. Kalau aku kat tempat Aisyah, pasti surat fasakh sampai kepada suami aku. Dengan alasan, saya dah tak boleh taat dia atas apa yang telah terjadi. Ceteknya iman aku Ya Rabb.
Dia lah Aisyah Humaira, Ummahatul Mukminin.
Dan kita? Zaman sekarang mudah sekali untuk kita sebarkan berita palsu. Hanya kerana kita baca berita tu di Channel-channel facebook yang sumbernya tidak kita ketahui, laju je kita tekan butang ‘share’. Fitnah yang kita sendiri tidak saksikan sendiri kejadiannya, mudah untuk kita sebarkan. Wallahi, semua itu akan dihitung. Hukuman apa yang kena dekat orang yang sebarkan berita Aisyah tadi? Diorang kena 80 sebatan. Itu hukuman dunia yang tujuannya untuk terlepas dari hukuman akhirat yang jauh lebih berat. Peringatan untuk diri aku sendiri supaya lebih berhati-hati.
Korang tak rasa ke yang channel-channel, page-page yang famous kat facebook itu sebagai batu api zaman sekarang? Mereka mengeluarkan satu statement, dan meninggalkan ruangan komen untuk kita bertelagah dan saling memaki. Pernah aku baca satu statement simple yang dikeluarkan, tapi beribu-ribu komen yang bercampur dengan fitnah.
Kau sebagai admin page, kau boleh cakap yang statement tu maksud lain, diorang yang sibuk nak gaduh. And kau rasa kat akhirat nanti, orang yang komen tu nak serahkan diri dia bulat-bulat ke untuk dihukum? No. Kalau aku jadi diorang, aku akan cakap sape suruh kau sediakan medium pergaduhan. Kau yang cetuskan fitnah tu. And masa ni lah akan terjadinya situasi saling salah menyalahkan macam Allah cakap dalam Quran.
Orang yang sengaja menimbulkan fitnah, dan orang yang membuat fitnah, jom berhati-hati. Aku tahu, kalau korang nak post something kat media social, korang mesti ada instinct punya yang benda ni akan jadi bising, akan jadi issue. Korang boleh agak benda apa akan jadi. Please lah, jangan tambah kerosakan umat kita. Kita dah cukup jatuh dah sekarang.
Jadikan sabar kau yang nak post tu, sebagai asbab untuk kau masuk syurga nanti. Kau tahan diri kau, tahan emosi kau untuk nak post just sebab taknak timbul fitnah.
Saat kau kat depan Allah, saat Allah tanya apa yang kau dah buat masa kat dunia, cakaplah apa yang kau dah buat. Cakaplah yang kau ni dah menahan diri dari menabur fitnah saat hidup di dunia walaupun itu benda yang kau sangat-sangat nak buat masa tu. Hanya kerana itu benda yang Engkau benci, Ya Allah. Percayalah, saat kau delete post itu, Allah sedang memandang kau dengan penuh kasih sayang.
Aku pernah dengar kata-kata seorang ustaz. Dia cakap, kalau Islam ni nak naik, benda first yang perlu diperbetulkan ialah social media. Sebab itu adalah medium paling laju bergerak. Dan kalau orang nak rosakkan islam, yang perlu dia rosakkan dulu ialah social media. Maka yang lain pasti akan turut rosak.
– Aisya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit