Umpama Mati Perlahan-lahan

Assalamualaikum pembaca semua.

Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku takut juga nak kongsi dekat sini, sebab aku banyak kali di salah erti. Aku dah minta izin suami dan dia izinkan.

Tapi aku boleh kata, aku seolah-olah mati secara perlahan-lahan. Hanya kerana aku dipertikai oleh seorang adik ipar dengan soalan, “Kalau Kak Long tahu, apa peranan Kak Long sebagai isteri?”

Aku triggered separuh mati dengan soalan ni. Bagi aku, macam satu penghinaan.

Aku dah berkahwin. Usia perkahwinan dah masuk tahun ke-12.

Aku ada adik ipar yang baru sahaja berkahwin. Ya, soalan ni diaju oleh seorang yang baru berkahwin beberapa minggu ketika itu.

Kenapa aku triggered? Soalan itu diaju kerana aku tidak bekerja. Sejak berkahwin, aku adalah seorang suri rumah.

Orang nampak aku seolah membebankan suami. Padahal, aku bukanlah isteri yang suka meminta di luar kemampuan suami.

Suami aku ada hobi dia dan aku tak pernah halang, walaupun hobi dia mahal. Dia suka memanah, jadi ada beberapa set memanah di rumah. Satu set atau bow sahaja dah beratus ringgit.

Dalam seminggu dua ni, persoalan dan pertikaian tersebut telah jadi racun dan barah dalam diri aku.

Aku buat kerja apa pun, pasti soalan tersebut bermain dalam kepala aku. Seolah ada recorder dalam kepala ni. Play and rewind. Berkali-kali.

Untuk pengetahuan pembaca, aku ni didiagnos Major Depression Disorder sejak tahun 2020. Jadi, aku ni menyerap segala baik buruk yang sampai di telinga. Dia in tapi tak out.

Bukan sekadar pertikaian tentang apa peranan aku sebagai isteri, tapi macam-macam yang dikata. Aku begitu begini.

Dan dia ada cakap aku kena bersyukur walaupun mereka tak suka aku, tapi mereka tetap layan aku dengan baik.

Seminggu ni aku rasa seperti aku sedang mati. Aku dah cakap dengan suami aku, aku dah tak boleh hadap adik ipar aku tu.

Aku tak boleh suruh suami aku putuskan hubungan, tapi untuk diri aku, cukup sekadar dia adik kepada suami aku.

WhatsApp dia pada aku seolah-olah hinaan kepada aku. Aku cakap kepada suami, sudah terbit perasaan benci kepada adik dia tu. Alhamdulillah suami faham.

Doakan aku tak “hilang”, ye…

– JED (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Minta maaf, tp klaw awak ada keyakinan sendiri utk menjawab persoalan adik ipar awk tu, x perlu nk ‘overthinking’ sgt.. sya faham yg awk ada ‘penyakit’ atau x bole hadapi ‘tekanan’ dari org lain atau persekitaran, tp semua tu dtg dari dlm diri sendiri.. sya x maksudkan awk, tp zaman mak2 kita dlu, hampir x pernah dengar perkataan spt : trauma, anxiety, panic attack, mental disorder, n tah apa2 lg istilah yg kdg2 kita sendiri x tau ertinya.. bkn nk kata org2 dlu ‘kuat’ semangat, atau pon ‘kurang cabaran’, rasa nya bila nama nya “kehidupan”, pasti ada cabaran dan dugaan yg dtg melanda, hatta pd zaman Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Nabi Muhamad (SAW).. hingga lah manusia yg ada pd hari ini, semuanya ada dugaan n cabaran.. cuma bezanya, kita kuat atau tidak serta ‘pandai’ mnghadapinya.. so, berbalik kpd kisah adik ipar awk td tu.. dia lbh muda dari awk n semestinya awak lbh ‘berpenglaman’ dlm hidup dari dia.. so, x perlu rse ‘gentar’ or rse bersalah pon.. chill2 jer, n katakan pd dia, (klaw bule di depan muka dia).., “peranan akk sbg isteri mestilah utk jaga suami, anak2 n kluarga akk.. apa, awk ingat klau wanita bkerja tu, baru ada peranan sbg isteri ke..? Belom tentu, ko baru je kawen x sampai setahun jagung lg, ko tengokla nt, laki ko n anak2 ko, n r/tangga ko akan terurus dgn baik ke, klau ko bekerja..? Plus, akk ni w/pon dduk di rumah menderu2 tau, pahala masuk, dgn masak utk suami, uruskan kerja rumahtangga, ank2 dll., jgn nk ckp ‘besar’ sgt.. brpa ramai pompuan yg bkerja, tp suami, rumah n ank2 tak terurus.. ko tengokla nt.. baru kawen brp hari, nk nilai org yg lbh lama berpengalaman..bla..bla..” ckp je, jgn bg muka sgt.. yg penting dia tau yg ko pun ada ‘pendirian’ n x bole di’injak2’ begitu.. w/pon dia n family diorang macam ‘layan’ awk baik, itu nma nya ‘x hormat’ awk sbg ahli kluarga mereka.. slpas ni awk bersedia lah dgn ‘jawapan2’ kpd kenyataan2 yg mngkin akn menyentuh ‘sensiviti’ awk.. lagi pon yg xbagi bkerja tu abg dia n kluarga dia jugak.. janji awak dapat redha suami dlm apa jua keputusan yg dia buat.. jgn takut, Allah tu ada.. yg penting, apa yg kita buat mendapat redha Allah SWT.. wallahu a’lam

    • Zaman dulu bukan tiada masalah mental dengan istilah yang macam-macam tu. Cuma masa tu tiada kemajuan seperti zaman sekarang yang semuanya dihujung jari segala maklumat boleh diakses dan disebarkan dengan mudah.

      Tak boleh bagi perbandingan zaman dulu itu ini, zaman sekarang itu ini sebab setiap zaman isu dan masalahnya berbeza dengan zamannya. Kita memang mudah untuk memberi pandangan dan nasihat sebab kita bukan dalam keadaan masalah/isu yang dihadapi oleh tt.

      Setiap orang ada kekuatan mental yang berbeza. Ada orang anggap masalah tt kecil sebab dia boleh hadapi. Bagi orang yang hadapi masalah begini, isu ni perkara besar bagi mereka. Kita boleh bantu mereka dengan pandangan dan nasihat kita tanpa membandingkan situasi mereka dengan contoh situasi lain sebab benda tu kemungkinan besar akan buat mereka rawa lebih “Down” dan buntu.

      Apa pun, nasihat puan saya setuju dan sokong. Cuma kita berbeza pandangan soal membandingkan situasi semasa dengan sesuatu yang lain.

  2. Please avoid all the toxic people around you including family members. Kalau your husband boleh terima you seadanya, why border all the toxic people sebab bukan semua orang faham masalah MDD. Block Whatsapp adik ipar & tak perlu communicate dgn dia. Kalau husband nak pergi rumah family dia, let him go alone or bring along your kids, you just stay at home tapi kalau you follow make sure your husband selalu around you or jangan berlama-lama di rumah in law. Adik ipar you tu tak tau hukum, seorang suami memang perlu jadi provider no matter what, dah laki you mampu nak sara you anak beranak, so lantak p la dgn adik ipar yg menyibuk tu.. Continue dapatkan rawatan dan makan ubat…semoga awak terus kuat!

  3. Walaupun suri rumah, awak kena ada hobi, passion atau kawan2 yang boleh penuhkan fikiran awak. Hidup ni mmg akan ada orang mengata tapi at least bila fokus awak dekat benda2 yang produktif, hati tu xde la sakit berhari2. Lagipun, budak tu baru sehari dua kawen, patutnya awak gelakkan aje orang mcm tu. Lainla kalau yg mengata tu dah kawen 30 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *