Umrah Dan Niat

Assalamualaikum everyone. Hi, im back! Untuk confession sebelum ni, boleh baca sini, (https://iiumc.com/welcoming-2024/).

Ok gais, ada benda aku nak share dengan korang ni. Alhamdulillah, my umrah journey went well. Syukur sangat-sangat everything smooth je. Cuma ada beberapa perkara aku nak cerita kat sini.

Oklah tajuk pun macam dah boleh agak ye dak. So untuk nak senang fahamkan reading korang kat confession ni, pergi baca dulu confession aku yang atas tu, insyaAllah korang akan faham hahaha.

Cerita dia macam ni, I’ve been prepared for physically & mentally untuk my very first umrah ni, yerlah ni hadiah hari jadi kan, so kita kena betul-betul be prepared. Boleh dikatakan aku all out jugalah dari segi preparation.

And alhamdulillah, suprisingly sihat-sihat je dekat sana, last day nak balik baru rasa tak sihat, tapi tak teruk pun mild je, cuma biasalah letih & penat tu normal, nama pun umrah, iaitu ibadah fizikal.

Tambah pula direzekikan dengan Mutawwif yang sangat active, cergas, ilmu yang tinggi, suka berceloteh tanpa henti, senang cerita tak membosankan, hilang penat tengok semangat dia, gitu. Alhamdulillah, group pun sangat ok, sangat baik, sangat caring, rezekikan.

So dari permulaan journey, sehinggakan ketiga-tiga umrah, semuanya smooth je, alhamdulillah, Allah kabulkan doa-doa aku selama ni.

Ujian sikit-sikit tu biasa lah, khilaf diri sendiri kan. So enjoy je semuanya. Diberi kesempatan untuk sentiasa sihat, di Haramain, di Bumi Anbiya’, di tempat mustajab berdoa, masyaAllah, rezeki sungguh, tak semua orang dapat, betul tak?

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, terima kasih Rasulullah SAW, kerana menjemputku, hamba & umat akhir zaman yang penuh dengan khilaf & kealpaan..

Perjalanan yang agak panjang & letih, dalam masa yang sama nervous yang amat, yerlah terus ke Jeddah kan, terus umrah la cerita dia. Sampai je, agak lewat sebab flight delay. So plus minus dalam 4am Saudi baru lah check in hotel, lepas subuh baru our first umrah.

Tak dapat nak menggambarkan perasaan, bila first time melihat Kaabah depan mata, rasa rendah diri betul, rasa beruntung betul, Allah jemput jadi tetamuNya, masyaAllah, jemput aku lagi ya Allah…

Sepanjang melaksanakan ibadah umrah ni, mutawwif tersangatlah function, berjaya protect kami, jemaah ni supaya tak terpisah, even masa tawaf & saie macam sardine.

Alhamdulillah, betapa kuatnya semangat semua orang. Allah bagi sihat, Allah bagi tenaga, Allah kurniakan kesabaran yang tinggi buat kami, Alhamdulillah.

Ok aku nak ringkaskan lagi, kalau tak memang sampai besok tak habis aku menaip haha. Ok setelah selesai ibadah umrah pertama, berehat, ziarah dalaman, area Masjidil Haram, tempat lahir Rasulullah SAW & bermacam lagi, maka bermulalah aktiviti sendiri bila tibanya waktu senja.

So masing-masing pun mengambil kesempatan la nak berjemaah di Masjidil Haram, so malam tu direzekikan untuk solat di Rooftop Masjidil Haram, masyaAllah, too beautiful to describe! Alhamdulillah, malam first dah dapat hehe.

Till the next day, sesubuhnya dapat solat bawah, tapi tak dapat area Mataf (dataran Kaabah), cuma dekat la kalau nak ke Mataf tu, alhamdulillah juga, semua rezeki dari Allah. So lepas subuh dapat ler bergambar hihi sementara tak crowd. Then breakfast then bersiap sedia, nak ziarah tempat-tempat keramat Jemaah Haji.

Alhamdulillah, Allah juga yang memberi rezeki untuk kami jejakkan kaki ke tempat Wukuf, di Arafah. I feel so blessed, moga-moga menjadi tetamu HajiNya pula nanti, amin ya mujib.

Selesai sudah, maka we’ve to get ready to our second umrah. Bermiqat di Masjid Ja’ranah. Tak jauh pun dari Masjidil Haram.and bermulalah perjalanan umrah kedua kami.

Ringkaskan lagi, haha ok masa sebelum nak buat umrah kedua tu, kira kitorang ni terlambat balik la dari perjalanan tu, sebabnya, mutawwif kitorang ni, paling suka bercerita, dia pantang dapat mic haha mesti terlajak laris.

So kitorang pun kena zohor dulu, then umrah lepas zohor, tu pun dah agak lewat, so solat di dataran luar Masjidil Haram.

My first ever experience, solat dibawah terik mentari, sangat terik ya. Even musim sejuk, angin je sejuk, matahari betul-betul terpacak atas kepala & direct, sebab takde awan sana hihi sebabtu cantik sangat view kan.

Ok, lepastu, masa tengah briefing apa semua tu, aku ni baru pertama kalinya, facing mutawwif tu face to face, sebab selama ni aku selalu belakang-belakang haha and tak perasan sangat muka dia.

Sekali, bila dia tak pakai spec, pastu aku bertentang mata dengan dia, ya Allah kenapa ya, kenapa sama sangat dengan seseorang yang aku nak move on (refer link aku tadi tu)…

Ya itulah yang terdetik dalam hati aku, betul-betul di perkarangan Masjidil Haram. Aku taknak terdetik lebih-lebih sebab aku tau aku di tempat mustajab doanya, even kau baru terdetik.

Sungguh, aku merasa inilah ujian paling hebat buat aku dekat sana. Aku rasa lost betul lepastu, tiber aku rasa down sangat. So bagi nak melegakan perasaan aku masatu, aku pun keep doa, takpa ya Allah, semoga ini sahaja ujian yang kau bagi aku dekat sini, tak lebih dari tu.

Walaupun, hakikatnya, dekat Malaysia, sepanjang tahun 2023, inilah ujian terberat aku. Tapi aku kena terima, aku kena facing juga, sebab dia mutawwif aku, dia yang akan jaga aku sepanjang 12 hari tu.

Ya baru hari ketiga la kiranya. Korang rasa hahaha. Sedih aku masatu. Tapi aku bersyukur sebab memang dia je Allah uji aku. Takde ujian lain, alhamdulillah.

Nak dijadikan cerita lagi, hari-hari aku membuatkan aku jadi annoying dengan dia weh. Aku pun taktau kenapa. Haha maybe sebab dia punya joke yang sebenarnya kelakar je, aku terhibur je sejujurnya, cuma aku menyampah sebab muka sama kut haha pelandul dua serupa.

Masalahnya gais, physically & gurauan semua samaaaaa. Haha jem aku dibuatnya, bezanya, mutawwif ni lebih bergaya & agak ocd in every details.

Aku rasa kalau korang perempuan korang faham la kot situasi aku ni, bila kau nak move on, tapi kau diuji sebegini rupa. Haa gitu.

Sampailah satu tahap, tiap kali dapat solat nampak Kaabah je mulalah aku berdoa sambil nangis-nangis bila teringat semua benda. Padahal mutawwif tu takde buat salah pun, malah terlebih ambil berat adelah, tu pun sedih hahaha emosi perempuan kan.

Sesedihnya aku masatu, sampai aku keep doa, aku taktau apa yang Kau nak anugerahkan dekat aku, tapi aku yakin ada hikmahnya disebalik semua ni. So aku pun berpura-puralah ok di hadapan semua orang disitu.

Oh ye, buat akak yang komen dia confession aku sebelum ni, saya dah doakan akak tau, moga-moga Allah mengangkat & memakbulkan doa kita mengikut kehendakNya, diwaktu yang tepat, amin ya mujib.

So begitulah gais, hari demi hari, sampai aku takut nak bertanya atau bercakap dengan mutawwif tu ye, ada apa-apa urusan akan ku minta sepupu ku untuk tanyakan hahahaha. Aku auto jadi introvert yang tak bercampur orang haha disebabkan benda ni.

Even memang la aku ni introvert, tapi aku jenis boleh masuk je dengan stranger, tapi dengan perempuan jelah. Dah macam ni aku jadi orang paling buat hal sendiri, dengan makcik-makcik je aku sembang & tolong apa yang patut.

Sebegitu sekali ya aku hahaha, sebab aku takut gais, aku takut sangat kalau-kalau benda lain jadi. Macam aku terlalu membenci ke, atau tersuka ke kan. Haa habis lah aku nanti. So aku mengambil langkah berjaga-jaga.

Haa korang expect apa tu? Haha jangan berangan ye gais, takde apa yang berlaku pun. Ye even mutawwif tu bujang hahaha. Ye seorang yang hampir sempurna la, dari semua sudut, ilmu tinggi menggunung, dah nama pun mutawwif kan haha. Beruntung siapa jodoh dia. Moga yang baik-baik je untuk dia sekeluarga.

Aku? Mestilah jauh panggang dari api gais hahaha. Takpelah korang doakan jelah aku baik-baik je. So korang nak aku sambung ke cerita Umrah Journey aku? Sebab aku dah penat menaip ni haha.

Yang aku nak simpulkan kat sini, umrah yang kita dapat tu, adalah berdasarkan niat kita. Ye niat dari awal lagi, dari kita register lagi, apa kita niat kan. Macam aku mentioned before, memang aku nak move on. Haa korang tengok lah apa aku dapat. Ye gitulah, tapi aku yakin ada sebabnya Allah uji aku.

Dan aku patut bersyukur aku diuji dari segi mental, even aku penat macam mana pun, aku tetap boleh handle & aku enjoy je dekat sana, setiap detik aku kat sana aku kira, aku enjoy, sampaikan tak cukup tidur pun aku tak kisah, asalkan aku nak menikmati setiap saat kat sana tanpa mensia-siakannya.

Ada dikalangan jemaah lain (majority) semua diuji kesihatan, fizikal & macam-macam lagi. So aku patut bersyukur kan? Even aku tau inilah ujian terbesar aku, tapi Allah tetap memampukan aku. Allahu sedihnya rasa kan, jemput aku lagi & lagi ya Allah, bersama keluargaku, amin ya mujib amin yra.

Before permusafiran kitorang bermula, masa kat KLIA lagi, mutawwif tu dah remind, “apa yang kita niatkan, itu yang kita akan dapat, kalau niat nak record je, tu lah yang kita dapat, kalau niat nak healing, healing jelah kita dapat, jadi perbetulkan niat.”

Secara jujurnya, benda tu terus ubah niat aku, memang niat nak belajar betul-betul, nak ibadah & nak bertaubat. So sebab tu aku takde letak expectation apa-apa, memang aku betul-betul kosongkan hati & minda aku, aku serahkan segala urusan aku dekat Allah.

Kitonyo manjo, pergi dengan sepupu je, so memang kena betul-betul tinggalkan duniawi & keluarga sekejap. Sebab tu aku betul-betul menikmata & menghayati sungguh perjalanan umrahku.

Tak apelah gais, aku anggap tu ujian kecil je buat aku, aku harap sangat ada hikmah disebalik struggle aku nak lupakan semua tu. Moga-moga Allah jemput lagi aku bertamu ke rumahNya & rumah kekasihNya.

Terima kasih ya Allah, atas nikmat yang tak dapat nak digambarkan dengan perkataan, hanya air mata menjadi saksi kerinduan aku menjejakkan kaki di rumahMu.

Terima kasih ya Rasulullah SAW, kerana menjemput aku menjadi penziarah bertuahmu, atas izin Allah. Terlalu rindu, walaupun tak sampai seminggu kepulanganku.

Aku nak petik beberapa ayat yang masih terngiang di akal fikiran ku. “Kaabah adalah pusat bumi, ia merupakan Hati Dunia, setiap Malaikat mengaminkan doa-doa yang diminta di hadapan Kaabah. Tak ada waktu yang haram untuk solat di Mekah.”

“Menjadi tetamu Rasulullah SAW adalah jemputan dari Rasulullah SAW, Baginda tahu siapa umatnya yang datang ziarah, maka sentiasalah berselawat keatasnya, supaya dengan syafaatnya kita dapat ke Syurga.”

“Bila kita jejak kaki dekat tempat-tempat yang Rasulullah pernah jejak, kita nak tempat-tempat ni lah jadi saksi kita di akhirat kelak di depan Malaikat, sebab kita dah tak boleh bercakap depan Malaikat, maka tempat-tempat inilah akan menjadi saksi dia hadapan Allah SWT nanti.”

Wallahualam bissawab, moga-moga kita dapat menjadi tetamu Allah & Rasulullah SAW lagi & lagi (supaya kita sentiasa dapat mempelajari & menghayati betapa besarnya pengorbanan Rasulullah SAW terhadap umatnya) bersama-sama dengan keluarga tersayang, amin ya mujib amin yra.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلىٰ آلِهِ وأَصْحَابِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ

– Nona (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. saya teringin nak pergi umrah bawa suami.
    kalau nak bawa anak2 belum cukup lagi duit ni..
    harap Allah murahkan rezeki sy untuk ke sana.. nak bawa suami ke kubur arwah isterinya yg meninggal di sana tahun 2009.
    amin semoga dimakbulkan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *