Umrah Dengan Si Kecil

Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi menyiarkan kisah saya. Niat saya nak berkongsi pengalaman dengan bakal “hajah” yang akan mengerjakan umrah dengan si kecil

Pada tahun lepas, Alhamdulillah kami sekeluarga telah berpeluang mengerjakan umrah (Umrah Musim Sejuk). Saya, suami dan anak (baby L) . Ibu dan Ayah, Abang serta keluarga-nya (Isteri dan dua orang anak) serta makngah saya telah berangkat ke tanah suci selama 10hari.

Bagaimana pengalaman saya menunaikan umrah dengan si kecil? Jawapan saya “penat tapi menyeronokkan” kalau nak berkira soal penat, jaga anak dekat Malaysia pun penat juga. Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan urusan umrah saya. Mood suami pun ok sepanjang di Madinah & Mekah. Terima kasih suami sebab ringan tulang & cekap selalu. (Saya selalu pesan dekat suami kita kena bekerjasama)

Yang saya boleh share buat ibu muda yg bakal ke umrah dengan anak kecil, latih la diri anda ke surau atau masjid dengan sikecil beberapa bulan sebelum berangkat ke tanah suci. Itu tips yang saya mampu bagi. Saya bawa baby L ke surau hampir setiap hari atau setiap waktu solat utk membiasakan diri dia. Berdoa setiap hari Allah permudahkan urusan dan yg paling penting sihat tubuh badan.

Cerita di Madinah pula, saya ringkaskan saya pergi ke Masjid Nabawi sejam sebelum waktu solat. Ya sejam awal! Sebab masjid akan penuh kalau lambat datang. Dalam handbag saya sediakan kesemua keperluan baby L. Buku, crayon, drawing block yang ade magnetic eraser (yang ni Baby L cukup suka) biskut, air, roti, cereal etc. Cukup la bertahan untuk sejam dua dalam masjid. Sy tak sediakan sebarang tab atau video utk Baby L sebab dia kurang gemar dgn tab atau phone. Kemudian saya akan pulang ke hotel lepas subuh untuk breakfast, mandikan Baby L, rehat sekejap kemudian pergi ke Masjid Nabawi semula untuk solat sunat Dhuha dan solat sunat-sunat lain sehingga Zuhur. Masa ni handbag akan refill balik segala barang mak nenek untuk baby L. Lepas Zuhur pulang semula ke hotel untuk lunch refill semula keperluan Baby L, kemudian untuk solat asar sehingga Isya saya akan lepak je dkt masjid.

Lepas waktu asar saya dengan keluarga lepak-lepak je perkarangan masjid bagi baby L lari-lari. Selalunya sebelum solat asar saya siap2 mandikan malam baby L. Sbb waktu Asar di Saudi adalah waktu tido mlm baby L dkt Malaysia. Masa ni handbag sy mmg berat penuh dgn barang baby L. Termasuk la small pillow utk dia tido. Selalunya solat Asar saya akan bawa baby carrier sebab pulang ke hotel lepas Isya’ baby L dah tido. Adakalanya saya solat dengan dukung baby L (dengan carrier) Alhamdulillah walaupun berat tp saya dpt solat dengan sempurna. Saya guna sebaik mungkin peluang yang ada. Teringat semula masa solat tengah sarat mengandungkan Baby L. Sama la proses solat dia. Berat & terkial-kial tu perkara biasa. Saya selalu solat berdekatan dengan jemaah lelaki (suami) mudah untuk dia cari saya selepas solat sebab orang terlalu ramai.

Mesti yang tertanya mcm mana saya solat dan mcm mana dengan Baby L. Baby L kadang2 main sendiri masa saya tgh solat. Ataupun kalau dah boring meragam jugak menangis, mintak dukung nak susu mcm2 lagi lah. Tp lama-lama dia faham yang tak boleh mintak apa pun kalau ummi tgh solat. Ada sekali tu smpai perempuan arab dekat sebelah sibuk bukak handbag nak bagi baby L coklat untuk pujuk berhenti menangis. Tak tahu la mazhab dia apa sampai boleh bukak handbag masa solat. Haha! Baby L tak pernah ke hulu hilir lari-lari. Sy pun takde attach tali dkt badan dia. Alhamdulillah solat dekat Madinah & Mekah sekejap je. Dlm tempoh 10minit selesai. Takde wirid takde doa.

Di Raudhah saya ziarah dulu. Sebab bahagian perempuan agak extreme sikit. Tak boleh bawa budak. Saya bergilir dengan suami. Alhamdulillah berkat sabar suami yang tolong jaga anak, yang 3 kali cuba masuk Raudhah tak dapat-dapat, akhirnya dapat juga suami solat dlm Raudhah. Betul-betul depan pintu makam nabi. Dapat lihat mimbar nabi. Subhanallah rezeki suami

Di Mekah pun sama situasinya dengan Madinah. Hotel Mekah agak jauh lebih kurang 800meter. Tapi sy seronok berjalan kaki di Mekah. Lihat kiri & kanan ragam manusia menuju ke Kaabah. Tak pernah sekali pun saya merungut penat jalan jauh. Malah saya rasa puas melihat semua jemaah berjalan kaki dengan tujuan yang satu!

Pengalaman masa umrah. Umrah yg pertama sy berlangsung waktu mlm. Masa ni baby L terbangun sekejap nak makan malam. Sbb dia dh tido lama dlm bas perjalanan dari Madinah. Madinah ke Mekah lebih kurang 6 Jam perjalanan menaiki bas (sediakan apa yang patut untuk anak-anak). Sejam lagi nk buat umrah (masa ni dah dalam ihram) baby L mengadu “ummi yak” terus saya gosok kepala Baby L cium dia. Alhamdulillah dia yak sekarang. Mudah proses umrah nanti. Sebab toilet di Mekah jauh2. (Solat & umrah bersama anak kene pastikan pampers anak tidak bernajis) yang ini boleh belajar masa kursus umrah.

Sepanjang tawaf baby L behave sangat. Sebelum mula tawaf saya bisik dekat dia. “Ummi & abi nak buat umrah, baby behave ye syg”. Masuk pusingan ke 5 tawaf baby L pun tido. Selesai tawaf sy & suami solat sunat di area Makam Nabi Ibrahim. Kemudian sambung Saie di Safa & Marwa. Masa ni saya rasa betul-betul penat. Dah tak terdaya dah. Jauh & sejuk tak tertahan dah. Terik pinggang tu membawa sampai ke dada. Sy sedih hampir menitik air mata mengenangkan pengorbanan Siti Hajar. Menggigil badan saya menahan penat. Tapi terus semangat semula bila teringat pengorbanan Siti Hajar. Sepanjang proses umrah dan Saie saya yg carry Baby L menggunakan carrier. Mengenangkan suami berpakaian ihram tidak berjahit jd agak susah kalau suami yg carry anak. Lagi pun pengalaman solat masa mengandung dulu banyak bagi panduan. Oh ya sepanjang saie, jangan risau sebab ada sediakan air zam-zam di sepanjang ruang saie. Minum air banyak insha-Allah ok.

Umrah kedua kami berlangsung selepas waktu Zuhur. Masa ni memang mencabar sebab terlalu panas dan penuh dengan lautan manusia. Masuk tawaf ke 6 baby L dah mula merengek sebab kepanasan. Saya dah mula cuak. Tapi saya dan suami fokus berzikir sampai selesai tawaf. Selesai solat sunat, kami rehat dulu solat asar kemudian baru sambung Saie. Habis je saie dan tahalul masuk waktu magrib. Selesai umrah kami. Allah permudahkan sekali lagi.

Alhamdulillah kami dpt mutawif yang byk bg panduan dari A-Z. Yang sama2 menunaikan umrah dengan kami Yang sabar dengan kami yg ada anak kecil. Yang sentiasa tunggu kami yang kadang-kadang terlambat

Alhamdulillah kami dpt mengerjakan dua kali umrah. Tiga kali tawaf sunat.

Sepanjang dekat sana mak ayah saya jarang-jarang membantu saya, saya dah pesan awal-awal dekat sana nanti ibu biarlah berdua kemana-mana dengan ayah je, usah risaukan saya. Boleh Honeymoon sikit.

Percayalah umrah dengan sikecil satu pengalaman indah. Jangan jadikan anak satu beban atau halangan tapi sebagai penyebab untuk menghapus dosa. Sebagai penguat semangat kita untuk tekun beribadah. Kita mmg risau anak2 akan penat. Tp kalau kite latih & ajar InshaAllah diorang pun akan seronok mcm kita.

Sentiasa siap awal dari jemaah lain, bekerjasama dengan pasangan dan yang paling penting sekali sentiasa berdoa di permudahkan urusan

Antara doa saya yang sering tak putus-putus dari bibir saya ketika di sana, “Ya Allah kau jadikanlah zuriatku sebagai penghafaz Al-Quran!”

Syukran.

Umrah Musim Sejuk
Disember 2016
Baby L (1tahun 8bulan)

– Tetamu Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit