Assalamualaikum semua. Ni pengalaman Umrah aku. Dari duduk baca kisah cinta tak habis-habis. Pengalaman ngeri perih jerih hidup seseorang. Meh sesama kita merenung kebesaran DIA.
Aku pernah ada cita-cita dah besar kan nak merantau sini sana. Berjalan rata-rata nak tengok dunia. Aku suka travel dan alam. Cuma satu tempat yang betul tersemat dalam diri aku nak pergi adalah Mekkah dan Madinah. Tapi bila tu aku tak pernah pasti. Yang pasti duit kena cukup ribu riban nak sampai sana. Dan duit aku tak pernah cukup menyimpan. Pepaham jelah budak muda.
Umur aku sekarang dah 26.. Dengan azam yang tinggi aku menyimpan juga. Malam-malam aku bangun doa Allah jemput aku. Aku pun tak tahu kenapa berani sangat.. Orang cerita macam-macam pengalaman kat sana. Tak kena cara padah juga angkara.. Ujian demi ujian tak pernah padam. Aku menyimpan kononnya untuk kawin. Tapi masih belum jodoh sudahnya aku selesaikan duit tu untuk Umrah. Dalam erti kata senang, ni tak mampu ni kalau Tuhan tak gerakkan dan bantu aku.
Alhamdulillah merasa jejak bumi anbiya pertama kali. Menitis juga air mata mendengar ceraman Ustaz masa ziarah makam Nabi Muhammad SAW. Bertapa kita bz kejar cinta manusia.. Lupa nun di makamkam manusia agung yang sentiasa cintakan kita. Malam pertama di Madinah damai rasanya. Aku masih terbayang-bayang indahnya Nabawi.
Lepas zohor hari pertama aku tak mampu masuk raudhah. Kesihatan tak mengizinkan.. Demam panas menggigil suhu cecah 38 darjah celcius. Segala macam ubat aku telan untuk kembali sihat. Masa ibadah disini aku nak manfaatkan. Usai zohor hari ke 2, aku cuba masuk raudhah.. Niat betul-betul. Tapi guys… Sapa yang pernah pergi tahu perasaan berasak dalam raudhah ni.
Aku kena kejutan budaya yang memang betul terkejut. Nak solat dalam Raudhah pun tak tenang. Sudahnya solat aku ditendang kat kepala. Kasut yang aku bimbit bawa hilang tengah laut manusia. Nasib kak ipar kecik menyelit cari balik kasut. Sesapa nak pergi tak payah bawak kasut ratus-ratus. Sudahnya anda akan pulang ke pangkal jalan, kasut keluaran Jepun. 2 riyal kedai ammu.. Haha..
Walaupun dah kiri kanan orang benteng nak solat sunat 2 rakaat sahaja di Raudhah. Rasa dia macam dah masuk medan perang. Maaf bagitahu, muslim harus santun. Kat sini seluruh dunia jumpa ummat islam. Macam perangai dan sikap ada. Maaf cakap jugak pertama kali masuk Raudhah, kena sedia fizikal mental.. Ada meratap, ada menangis, ada juga yang duk ukir nama pada tiang-tiang Raudhah. Aku sekadar lihat dan doa moga bukan lah sesat-sesat ibadah kat sini.
Hasilnya memadai Raudhah aku ziarah. Dapat ganti solat sunat 4 rakaat sebelum kena halau oleh penjaga Raudhah.. Esok lagi sekali kesempatan aku ada.. Sebelum aku tinggalkan bumi Anbiya ni.. Esok masuk Raudhah, aku dah sedia siap-siap tenaga.. Tuhan bantu Tuhan.. Aku nak rasa tenang damai doa kat sini. Aku niat sebelum jejak masuk Raudhah. Menangis aku satu sudut. Aku rasa macam orang tak nampak aku. Aku masuk Raudhah tadi berasak juga.
Aku ternampak satu tiang, aku sembunyi celah tiang tu. Aku solat hampir 8 rakaat, aku doa.. Aku mengaji habis 3 surah.. Penjaga Raudhah lalu lalang depan aku, tapi macam tak nampak aku kat sini. Dia tak halau pulak kali ni. Sedangkan orang lain memang selesai je 2 rakaat dihalau keluar, sebab nak bagi laluan orang lain pulak masuk.
Tak nampak.. Hampir 3 jam aku dalam Raudhah.. Allah.. Allah.. Kesempatan ni aku guna habis baik. Sekali aku disapa jubah hitam, semua hitam. Nampak bijik mata je. “min aina enti?” .. “ana min maliziy..” .. Dia tanya aku dari mana.. Aku jawab dari Malaysia.. Aku lulusan quran sunnah, jadi ajak sembang boleh la sikit-sikit. “kholas..” cukup.. dia angguk.. Nak tulis arab panjang serta translate payah.. Jadi aku tulis melayu jelah perbualan aku.. “Dah hampir 3 jam awak kat sini.. Selesai dah hajat awak.. Kami nak tutup Raudhah untuk laluan solat Asar..”
Aku senyum lalu balas.. “Terima kasih.. Saya hargai kebaikan enti..” Orang arab tu angguk.. Nampak garis mata dia. Mungkin dia senyum.. Orang arab dengan orang Malaysia boleh ngam kot. Sebab kita orang lembut berbudi bahasa. Arab cukup suka dan akan layan dengan baik. Ni base pengalaman aku sebagai student yg hidup dalam kalangan arab dari bangku sekolah. Aku kira orang akhir di belakang keluar dari Raudhah. Sempat aku doa hampir dengan makam Nabi.. Inilah namanya kesempatan.. Tuhan tu baik. Betul Dia baik..
Jejak pula aku bumi Haramain. Sepanjang jalan aku doa Allah mudahkan urusan aku kali ni.. Apa pula ujian mendatang aku sendiri tak pasti.. Allah Tanah Haramain ni MasyaAllah indah sekali. Sebelum datang sini study la elok-elok. Sebab aku sendiri kena tipu dek mutawwif pasal dam. Ni silap aku tak study fatwa tabung haji tentang dam. Sudahnya 120 riyal jalan free-free. Hanya sekadar 3 helai rambut yang gugur.
Walaupun aku dah adukan pada mutawwif yang bertugas, tak ada tindakan lanjut diambil. Aku redha duit tu. Tapi dalam cari rezeki alangkah tak baik tindakan begitu. Kalau guys u rasa tempat sini bebas dosa. Tak sebenarnya, macam-macam jenis manusia ada. Ya kita pendosa, selamanya pendosa. Kena banyak istighfar lagi. Ustaz tak ustaz.. Dunia tetap dunia.. Huhu.. Bukan nak cerita buruk. Tapi berhati-hati pesan aku.
Masuk pertama kali lihat kaabah, sungguh aku katakan.. Tak terjangkau dek fikiran aku. Aku bayang Kaabah tu besar alam la besar dia.. Rupanya cute-cute je tak penat tawaf. Alhamdulillah.. Selesai Umrah pertama Allah uji aku.. Cermin mata jatuh berderai tengah tawaf. Ni aku pesan, study elok-elok sebelum nak ke sana. Keperluan bawa cukup, tapi jangan lebih. Sebab sapa masuk sini jadi keluar tak beranak beg tak sah. Kesahnya aku tak bawa cermin spare. Esoknya ada kosong jadual.. Aku lanjutkan keluar cari kedai cermin mata untuk buat baru. Penting ilmu duduk negara orang. Aku yang memang dah tahu perangai arab ni memang reti benar mainan dalaman diorang.
Setelah tawar harga teksi yang naik melambung. Akhirnya aku lamar teksi satu pak sheikh. Alhamdulillah pak sheikh baik MasyaAllah. Arab memang suka orang asing cakap bahasa dia. Sembang la kami, tak kencang pun sebab aku pemalu.. “enti dari takhasus apa?” Tetiba pak sheikh tanya.. “saya? Err.. Quran sunnah..” nak jawab telan liur sebab takut kot-kot la dia tasmik hadis ke ape tetibe kan.. “aiwah.. Saya dah agak.. Cara awak sebut huruf tu..” hahh sudah..
Pak sheikh aku sebut apa pulak kali ni.. Huruf tang mana pulak.. Sembang punya sembang. Dia cerita anak dia 9org..semua pakai cermin mata.. Wahh.. Banyak pak sheikh bantu aku.. Dia hantar betul depan kedai. Keluar teksi.. Aku syukur Allah bantu mudahkan.. Tapi setelah.. 2 klinik + 1 hospital pakar + 4 teksi aku harungi.. Allah bantu.. Allah bantu lagi.
Kalut tak kalut. Kedai cermin mata dia tak ada tempat baca power cermin mata.. Macam kita kat Malaysia, masuk satu bilik, uji baca-baca huruf terus tahu powernya. Arab punya negara, kau kena pergi klinik mata dia yang suku untuk test power. Aku blur weii.. Blur.. Tapi aku jalan kaki jugak cari klinik berdasarkan panduan orang kedai bagi. Naik la aku satu, dua klinik.. Hurm.. Pastu dia kata nak test power 300riyal.. Aku like are u serius betik? Haha.. 300 riyal masa tu RM320 kita.. Guys cek mata je weh.. Yang baca2x keluarbresult tuh.. Masa ni syukur aku hidup kat Malaysia, walupun kerajaan caca marba.. Haha.. Free la jugak bab macam ni. Sudahnya aku tawakkal cari hospital kerajaan.
Masuk satu hospital. Entah mana-mana pakar aku sembang, mintak tolong tunjuk jalan kat aku nak test power mata. Cerita la kisah dari awal sampai akhir. Akhirnyaaaa… Dapat la masuk tempat test mata free.. Lepas 2,3 orang sent aku dekat wad kecemasan la.. Wad rawatan ape tah.. Mungkin salah faham.. Tapi tu pun orang layan tak layan aku. Aku pakai name tag umrah. Ni hospital kerajaan, dia tak layan foreigner. Tapi Tuhan tolong lagi. Aku sembang dengan sorang dokter muda lelaki lepas dia tengok aku tunggu satu sudut sebab kaunter tak layan aku. cerita la aku masalah aku.. “awak tunggu depan tu 5 minit. Saya selesaikan pesakit saya dulu..” dia senyum. Aku balas.
Lepas tu dia panggil aku. Aku dengar ada selisih faham dia dengan nurse sampai nurse tu keluar bilik. “haram” kata nurse perempuan tu.. Dokter tu memalu tengok aku. Sebab dia tahu aku faham apa nurse tu sembang dengan dia. Tapi aku diamkan dan senyum. Lepas je nurse tu keluar. Aku cakap sepatah “dokter kalau polisi negara dokter tak izinkan rawat orang asing macam saya.. Takpe.. Saya faham..” dokter tu senyum je. Dari tadi dia senyum.. Dia tengok name tag aku.. Dia senyum dan sebut nama aku. “Tugas saya merawat.. Awak pesakit saya hari ni.. La ba’sa bihi.. Tak mengapa.. Jangan ambil pusing ucapan nurse tadi.. Saya tahu kerja saya..” Dia pun klik2x testing2x baca.
Then keluarlah result test mata aku. Dia consult aku dua tiga perkara dan bagi panduan. Aku sedih weh.. Bening juga air mata nak turun.. “dokter.. Syukran..” dokter just bagi isyarat jari best.. Dan dia sempat kirim “doakan depan ka’abah.. Kebaikan buat saya dan Allah mudahkan urusan saya.. Umrah elok-elok. ” Aku is menangis sebab Allah temukan aku dengan orang baik-baik.. Ni Umrah pertama aku. Aku tak sangka Allah uji macam ni.. Habis la kat situ. Last aku beli contact lens je, sebab cermin mata banyak riyal yang tak mampu aku beli. Bingkai cermin saja boleh makan sebulan aku kat Tanah Suci. Terus fikir pak sheikh arab anak 9 pakai spek mata. Speechless…
Hari keberapa tah.. Aku jumpa sorang makcik.. “makan ni je ke?” wahhh bukan main makcik tanya sekali dengan mimik muka dia tu parah hina makanan bufet depan mata. Esoknya aku dapat tahu makcik tu tak selera makan sampai sudah. Jaga-jaga dan hati-hati. Kita duduk tempat Allah jemput. Apa terlintas kat hati Allah mampu laksanakan. Hari keberapa aku lupa masuk Masjidil Haram.. Aku duduk satu sudut baca Quran. Nak menunggu Asar.. Tetiba.. Aku dengar orang jerit macam kena sampuk.. Kuat dia jerit sampai ada la jemaah berlari pergi tengok.
Aku tengok sheikh-sheikh depan tu tenang je.. Jadi aku pun berlagak tenang walaupun hati tu ronta nak trngok kejadiannya.. Selang beberapa minit pegawal Masjidil Haram masuk ramai.. Aku bukak lagi telinga sebab dengar orang jerit tu ada gaya-gaya macam melayu.. Sudahnya aku dengar satu kalimat dia sebut “Allah.. Allah.. tolongggg!!! Ngak nampak… Ngak nampak!”. Aku tak faham lagi sehingga la pengawal tu lalu depan aku.. “wallahi, dia tak nampak ka’abah..” masa ni weh.. Tertunduk jugak la aku.. Menangis syukur Allah baik pada aku. Dapat tengok ka’abah..
Nak kata dosa banyak guni ni mungin juga Allah halang aku rasa nikmat tengok baitillah hil haram.. Malam tu aku tak boleh tidur. Sungguh sebab fikir semua pengalaman ni Allah nak aku belajar sesuatu. Sepanjang aku kat Masjidil Haram ni manusia tak berhenti menyembah Allah. Tak nampak juga penat dan lelahnya.. Aku tawaf hanya dapat tengok ka’abah tu dari jauh sebab kerdil aku ni nak capai sampai sana.
Pagi satu hari lepas subuh aku azam.. Allah bantu aku, aku nak rasa pegang ka’abah. Aku nak rasa kucup makam ibrahim dan nak solat dalam pancuran emas tu. Hijr Ismail.. Semuanya ada kelebihan pahala. Nak rasa kucup hajarul aswad tapi tu adalah pengalaman yang mungkin tak dapat rasa sebagai perempuan. Sebab lelaki je sita tempat tu.. Aku tawaf masuk layer manusia.. Aku zikir, sedar-sedar aku dah rapat dengan ka’abah. Masa tu orang berpusu masuk untuk tawaf. Aku dah kira-kira nak patah balik sebab rasa macam sardin dah kena himpit. Tapi aku rasa rugi, aku gagah kaki jejak juga sampai la tangan aku sentuh ka’abah. MasyaAllah wangi dia sampai sekarang aku tak lupa. Jalan lagi aku merapat ke hijr ismail. Manusia penuh dalam tu. Aku tak mungkin la dapat solat dalam tu.
Aku sentuh mar-mar dari luar aku doa dalam hati.. “Ya Allah jemput aku aku lain kali.. Dengan apa cara sekalipun supaya aku dapat rasa nikmat yang bakal aku tinggalkan ni..” sudah tu aku kucup mar-mar hijr ismail.. Aku berlalu keluar layer pelahan.. Sampai la aku ada betul depan makam ibrahim. Tempat tapak kaki Nabi Ibrahim bersemadi dalam tu. Aku tak boleh nak solat situ sebab kaum lelaki monopoli. Dapat sentuh jadi.. Alhamdulillah hari indah aku di Masjidil haram. Aku suahkan dengan doa mengadap rukun hajarul aswad.. “jemput aku berturut tahun ke sini.. Atas apa sekalipun rezeki aku. Moga Kau perkenan..”
Alhamdulillah tahun ni bakal mengerjakan Umrah ke-2 ramadhan ni.. Setelah Umrah pertama selesai bulan 11 2018.. Selang beberapa bulan. Allah mudahkan rezeki aku. Allah mudahkan dan jemput aku lagi untuk kali kedua.. Doakan aku beroleh Umrah yang mabrur.. Aku tak kumpul wang untuk melancong tempat lain.. Sebab tanah ni aku pijak pun dapat pahala, ibadah ribu-ribu pahala.. Berganda-ganda pahala perbuatan ibadat sini.. Musafir perjalanan pun dapat pahala.. Tenangnya Tuhan sahaja yang tahu.. Tanah ni mulia.. Semulia orang yang pernah membangunkannya lagi menciptakannya.. Bagi aku jika aku travel tempat lain. Aku takkan dapat sama macam kat sini.. Allah Maha Baik.. Baik sangat-sangat..
Sesapa yang punya hajat.. Aku bukanlah orang yang baik sentiasa berpahala.. Tapi menyampaikan hajat saudara adalah tuntutan agama. Jika ada doa yang ingin di kirim.. Komenlah di ruangan komen.. Nanti aku usaha doakan bila aku kat sana.. Malaikat akan amiinkan kebaikan saudara yang mendoakan saudaranya.. Dan akan balas kebaikan juga untuk aku.. Doakan Allah permudahkan urusan aku.
Aku dalam usaha bukukan pengalaman lain ketika umrah atas suggest dari sahabat-sahabat yang tak puas dengar aku cerita.. Mohon nasihat.. Nasihat aku pula doa la muda2x dapat pi sana.. Jangan tunggu kau berharta. Aku bagitau.. Orang compang camping pun dah 3,4 kali umrah.. Tanah ni bukan untuk orang miskin atau kaya…
Tapi kau akan dapat rasa atas doa dan usaha untuk dapat tiket dhuyufurrahman yang mulia. Yang kedua SABAR banyak-banyak, kalau kau tak mampu kau akan belajar kat sini. Guru dia Yang Maha Agong. Yang bila kau renung nescaya kau akan malu dan bertambah malu dengan Tuhan yang sentiasa sabar dan baik dengan kau hamba yang selalu buat dosa..
Musafirlah.. Sebelum arab saudi kuatkuasa biometrik cap jari masuk sistem. Nescaya kau kena denda RM2000 untuk next, next umrah akan datang.. Kali pertama free.. Ketiga empat kena bayar denda visa RM2000.. Sekian.
– Cik Positif
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit