Umrah Mencari Dia IV

Untuk part I, (https://iiumc.com/umrah-mencari-dia/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/umrah-mencari-dia-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/umrah-mencari-dia-iii/).

Assalamualaikum. Salam Aidilfitri buat semua.. Sudah lama kiranya aku tak menulis. Terpanggil kali ni nak update kisah menarik ketika di tanah suci. Maaf baru berkesempatan dan sembuh dari sakit musafir.. Kali ni menarik dan mencabarnya lain macam..

Maklum pergi bulan puasa.. Kena banyak sabar dengan kerenah manusia sekeliling. Tapi aku nak cerita kisah-kisah ganjil sahaja.. Yang aku pasti Tuhan tu nak ajarkan sesuatu buat kita semua..

Hari kedua di Madinah munawwarah.. Berkira-kira nak masuk raudhah.. Jemaah ketika ini melimpah seperti haji gayanya.. Sejak semalam aku masih belum dapat masuk raudhah.. Bertapa ramai manusia, dan raudhah hanya buka di sebelah pagi kerana petang nabawi akan sibuk untuk urusan berbuka puasa..

Hari kedua asar.. Aku merintih juga supaya Allah bagi kekuatan dan kesempatan.. Aku rindu bau harum dan tenang dalam raudhah.. Asar aku keluar tanpa bawa bekal, asal tiada niat berlama di sana.. Kerana kepadatan manusia.

Aku duduk bersimpuh satu sudut lantas aku baca kalam suci tanpa melihat sedikit pun orang lalu lalang.. Tanpa sedar.. Ada yang sedang memerhati.. Seorang wanita tua berselubung hitam.. Hanya mata dan jarinya sahaja kelihatan.. Mata sibuk memandang aku, jarinya pula sibuk melalukan tasbih..

Usai sudah aku baca Al-Quran.. Aku perhati dia sedang solat satu sudut yang tiada siapa berani rapat.. Cuma dia seorang disitu.. Makanan silih berganti diletak depan aku.. MasyaAllah baik Allah SWT.. Aku keluar tadi tanpa bekal.. Dan sedikitpun aku tidak berharap pada ehsan untuk makanan sedekah ni.. Kerana bagi aku.. Ramai lagi yang memerlukan.. Aku mampu jika hanya sekadar minum air zam zam.. Tapi berganti-ganti makanan diletak depan aku, sehingga aku sendiri melarang tangan yang menghulurkan lagi..

Berbalik pada sayyidah tua tadi.. Sudah azan maghrib aku menjamah cuma kurma.. Aku mendekat pada wanita tua tadi.. Aku berdiri setelah tu aku angkat takbirratul ihram untuk solat sunat sebelum maghrib.. MasyaAllah.. Tenang terasa sebelah wanita tua ni.. Aku rasa macam perasaan berada dalam raudhah.. Habis 2 rakaat aku tambah lagi solat sunat hajat.. Sedang dia pun begitu lagaknya.. Sujudnya lama sekali..

Sesuatu dengan wanita tua ni.. Ketika aku berdoa.. Berkumpul kumpulan jubah hitam depan aku.. Ramai.. Semua memandang dan berbisik sesama mereka.. Sambil aku berzikir aku cuba dengar apa yang diorang bisikkan.. Tapi jauh sedikit.. Cuma dengar “sheikhuna..” guru kami maksudnya.. Aku jadi tak keruan.. Adakah aku solat sebelah orang kenamaan? Atau dato’ datin madinah? Tapi aku sekadar buat tidak peduli.. Waktu ni nak solat kawasan lawas susah.. Padat manusia..

Wanita tua tu sedikit tidak berganjak.. Aku tak tahu dia telan apa.. Untuk berbuka, kerana dia juga tak bawak bekal.. Aku cuma hulur kurma sebijik.. Sangka aku dia belum berbuka.. Matanya merah.. Bekas merintih sudah sujud yang lama.. Dia sambut apa aku hulur.. Dengan ucapan terima kasih banyak2x.. Dan haruman sentuhan tangannya masih aku dapat rasakan sampai sekarang..

Sudah solat maghrib.. Wanita tadi memanggil aku.. “hal tadkhul fi raudhah am la’ ya binti? ” dia tanya aku.. Aku dah masuk raudhah belum? Aku jawab belum.. Belum ada kesempatan.. Semalam aku dah terlepas kerana terlalu sesak trafik jam.. Dia senyum nampak garis matanya makin sepet.. Dia bisik pada telinga aku.. “saya tunggu subuh esok ya anakku.. ” aku pandang dia dalam.. Tenang pandangan aku.. Hati aku tetap kata.. Wanita tua ni sesuatu..

Cuma aku berbaik sangka pada Allah SWT.. Aku jaga hati aku supaya tak terlintas yang tak baik-baik tentang wanita tua ni.. Esok pagi lepas subuh aku tetap di tempat sama.. Sepertimana aku berjanji dengannya.. Aku cari kelibat dia tidak kelihatan.. Aku tetap di situ menunggu giliran masuk raudhah..

Tetiba.. Tangan aku disentuh lembut.. “ta’ali ya binti.. ” sini anakku.. Aku keliru la jugak sebab semua sini pakai jubah hitam.. Badan pun sama saiz.. Tapi dari mata dia yang bercahaya tu aku dapat agak wanita tua semalam.. Dia tarik aku satu sudut dekat hampir dengan pintu putih pembahagi masuk ke raudhah..

“wallahi.. Enti ahsan.. Yamsyi huna’.. Ila raudhah.. ” demi Allah.. Kamu baik katanya.. Berjalanlah ke sana.. Kepada raudhah.. Dia buka pintu raudhah, dia benarkan aku lalu menuju raudhah.. Aku nampak gerombolan orang memerhati aku.. Masa ni aku tak tahu nak reaksi apa.. Aku menangis, aku cium tangan wanita tua tadi.. Aku cium dahinya pula (arab tradisi cium dahi)

Setelah aku ucap terima kasih banyak.. Langkah aku rasa angan atas angin. Rasa tak percaya.. Aku jalan sorang ni di laluan raudhah… Allah.. Menangis.. Tuhan je tahu bertapa gembiranya aku.. Sebab kumpulan yang datang dengan aku semua masih belum ada kesempatan masuk..

Aku berkesempatan menyampaikan doa.. Solat dan berdoa berkali-kali.. Selesai giliran aku, aku berlalu keluar.. Aku cuba cari balik wanita tua tu.. Aku pergi tempat sama balik.. Tapi aku dah tak jumpa dia.. Aku tanya kumpulan penjaga pintu raudhah.. Mereka cuma senyum dan jawab “itu guru kami” .. Sesudahnya aku cuma sampaikan sepucuk surat yang aku sempat tulis dalam raudhah..

“Ditempat ini tumpuan manusia.. Masih ada manusia mulia.. Dgn kemuliaannya aku sempat bertemu mata.. Melihat raudhah yang aku cinta.. ” terima kasih sheikhuna.

Aku kirim pada kumpulan itu dan berharap wanita tua itu dapat dan baca.. Sungguh pengalaman ni terpahat.. Sehingga aku berlalu meninggalkan nabawi.. Aku masih menangisi setiap perpisahan.. Dalam bus pun dalam sembunyi menangis.. Bertapa Allah SWT mendengar rintihan hati kita..

Sekadar perkongsian.. Sesulit mana aku rasa.. Dan sejauh mana aku berpandangan bahawa nak masuk raudhah tu susah.. Allah boleh mudahkan dengan sekelip mata.. Sama juga dengan kehidupan.. Sejauh mana kita memandang hidup ini sentiasa susah dan payah.. Sejauh itulah Allah memberikan kesusahan dan kepayahan.. Tapi dia masih sayang kita.. Sampai masa setiap kesakitan kita itu Dia ganti dengan rasa gembira.. Sentiasa sabar.. Allahu..

Banyak lagi aku nak kongsi.. Peristiwa aneh di mekkah.. Dan juga madinah.. InsyaAllah jika ada sambutan.. Aku menulis lagi untuk perkongsian bersama mengenang baiknya Tuhan.. Wallahu’alam

– Cik Positif (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *