Umrah Pertama

Assalamualaikum kepada semua pembaca, pertama sekali saya nak doakan kepada sesiapa sahaja yang membaca ini dimurahkan rezeki dan dalam redha Allah S.W.T sentiasa.

Luahan kali ini lebih kepada ceritakan pengalaman ataupun perkongsian Ibadah umrah yang pertama. It was sooooooo beautiful.

Ramai yang kata if kita pergi sana maksudnya kita dijemput oleh Allah untuk menjadi tetamu-NYA.

Sebelum ni if lalu kat sosial media gambar Kaabah di Kota Makkah atau keindahan Kota Madinah, hati ni selalu berkobar-kobar doa nak pergi satu hari nanti, dapat pergi sekali pun jadilah (Doa masa tu)

Rupanya lepas dah sampai sana doa terus bertukar kepada (Ya Allah sampaikanlah aku setiap tahun ke sini) hahaha. In sha Allah jika diberikan rezeki kewangan dan kesihatan pasti kita semua akan sampai ke sini nanti atas izin Allah.

SHARJAH > MADINAH ni makan masa dalam sehari sebab transit pun tak lama masa pergi dalam 2 jam sahaja. Dapat la merasa lepak dekat negara Dubai yang namanya Sharjah hihi. Masa transit tu pun airport sana siap bagi makanan. Sedap2 pulak tu.

Then naik flight seterusnya ke Madinah dalam 2 jam je. Touch down je Madinah terus rasa macam Ya Allah aku dah dekat dengan Rasullullah Kekasihmu. Sebak. Then terus ke bas kami MAZAYA (bas ni bersih selesa tau) terus ke Masjid Quba.

Sampai Masjid Quba subhanallah inilah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah semasa berhijrah daripada Makkah ke Madinah. Then aku solat tahiyattul masjid dan solat sunat yang lain. Lepas tu kami bergambar, muttawif pun baik sangat membantu.

Dalam pukul 2 macam tu kami terus ke hotel madinah (HAYAH PLAZA) Madinah punya hotel pun alhamdulillah dekaaaaaaat sangat, Dekat dengan pintu 307.

Everytime masuk memang akan nampak kubah hijau (Maqam Rasulullah) setiap kali masuk memang akan sampai salam buat rasulullah, semoga kita akan mendapat syafaat daripada Rasulullah di Akhirat nanti.

Bila kat sana kan rasa nikmat betul dapat dilahirkan dalam Islam. Syuku ya Allah kerana lahirkan aku dalam keluarga Islam. Nikmat Islam.

Next is Raudhah ( Ni pun Pengalan indah juga)

As korang semua tahu, if pergi Madinah tak masuk taman syurga rugi la kan? Aku telah direzekikan untuk masuk ke Raudhah 2 Kali, 1 permit daripada muassasah dan satu lagi melalui Aplikasi Nusuk.

Masa masuk guna permit muassasah tu memang ramai, berebut nak masuk raudhah kat tiang depan tu pun dia tak bagi. Semua berebut nak ke situ, then kali kedua masuk guna Nusuk.

Alhamdulillah berjaya, dengan berkat doa dalam sujud terakhir dekat masjid nabawi. Indah sangat sebab aku pilih tarikh hari jumaat dan selepas subuh. So dapat masuk waktu tu around 5.30 pagi, masa ni slot perempuan. Macam biasa memang ramai.

Tapi for the second time nak masuk ni aku dah ada statergik hihi. Aku pakai serba hitam siap purdah macam orang-orang dia. Sebab aku perasan penjaga2 kat sana racist sikit, kalau org dia dia bg, kalau muka penyet macam kita belah2 asia ni susah la, tapi tak semua ada la segelintir mengikut pengalaman masing2 yang pernah aku baca.

So punya lah gigih nak masuk dalam raudhah kan, memang aku pakai serba hitam. Masa tu pun dia lepaskan barisan orang2 “dia” dulu sedangkan aku barisan pertama dan depan tu di lead plak dengan orang india daripada kerala, yang jenis pakai telekong bunga2 pink la oren la,

Daripada kitaorang dapat barisan pertama terus jadi barisan entah ke berapa, masa tu dalam hati macam kecewa sangat, terus terdetik ya Allah dapat ke tak aku masuk dalam raudhah ni. Masa ni memang menangis lah.

Then masa masuk tu entah macam mana kat depan tu macam clear aku terus dapat dekat saf pertama belakang mihrab nabi. Antara tiang aisyah dengan tiang muhallaqah belakang mihrab tu.

Allahuakbar masa tu terus menangis tak berhenti sebab Allah dengar suara kecil dalam hati aku yang dah redha kalau tak dpt pun takpelah. Tiba2 depannnn sekali dan takda pun petugas dia mai datang tepuk aku suruh keluar. Rezeki dan indah sangat perasaan pada masa tu.

Then banyak lagi perkara best yang aku alami dekat madinah. Banyak tempat yang aku ziarah Tapi macam panjang sangat dah ni kan. Makkah tak cerita lagi hihi.

Ok then masa hari sabtu aku dan jemaah semua dah kena buat salam perpisahan dengan rasullullah sebab dah nak tinggalkan madinah dan start berihram untuk masuk Makkah.

Perjalan Madinah ke Makkah alhamdulillah semua ok, Kami miqat dekat Bir Ali dan teruskan perjalanan ke Makkah, berhenti sekejap di RNR makan nasi arab ikan dia memang terbaik.

Tepat dalam 11 lebih macam tu kami sampai di Hotel Makkah, Muttawif bagi naik untuk berwudhuk dan berehat sebentar sebelum kami semua start buat Ibadah Umrah Pertama.

Masa ni adik pulak period, daripada madinah tu nak mandi Ihram dia period, menangis budak tu. Sebab jangkaan nya tidak tepat. Awal pulak keluar. So malam tu aku angah dan ayah je yang teruskan Ibadah Umrah pertama kami.

Masa berjalan sambil bertalbiah dah rasa lain, rasa macam macam perasaan ada, sebak happy eksaited semua lah. Masuk je masjidil haram pintu 79 terus tak sabar nak pandang Kaabah buat kali pertama.

Masa nampak je terus berdoa menangis sebab kita ni pendosa tapi Allah pilih untuk kita dapat jugak jejak kaki kat sini :'( Terima kasih Ya Allah jemput aku dan keluarga.

Selesai Tawaf terus buat sunat Tawaf belakang Hijr Ismail dan terus minum Air Zam-zam. Then ada la bergambar untuk kenangan. Seterusnya terus buat Saie daripada safa ke marwah.

Masa ni dah pukul 1 pagi tapi allahu ramai gila orang. Sesak tapi alhamdulillah Allah permudahkan semuanya, dan akhirnya kami settle ibadah umrah pertama kami around 2.30 ptg. Otw balik ke hotel tu lapar pulak… Singgah lah beli Al-baikkk hahaa sempat kan?

Selain tu ada jugak pengalaman aku dapat pegang Kaabah, cium rukun Yamani, hajarul aswad tak dapat cium sebab dah hampir2 kedepan tapi kuasa wanita ku sampai disitu sahaja, hahaha gagah la berasak dengan kaum kaum adam depan tu, so aku lebih rela mengundur ke belakang. Tapi adik aku 2 kali dapat cium alhamdulillah rezeki dia.

Paling best tiap waktu aku dapat solat View Kaabah, tapi memang kena datang 2 jam awal sebelum masuk waktu. Sepanjang menunggu tu aku ada dapat kenalan baru dari pelbagai negara, dapat baca quran perbanyakkan zikir dan istighfar. Semoga Allah terima semuanya. Aamiin.

Then sepanjang 7 hari kat makkah banyak tempat2 menarik yang Andalusia dan susunkan untuk kami. Seronok sangat, rasanya dah cover banyak tempat. Taif/ Gua Hira/ Tempat2 Ibadah Haji. Memang seronok sangat walaupun tak cukup tidur.

Masa otw balik ke airport Jeddah tu pun dipermudahkan, Makan tak payah cakap la semua sedap plus terlebih makan, balik Umrah semua cakap aku tak kurus tapi makan berisi hahaha.

Masa transit daripda Jeddah > Sharjah > Kuala Lumpur memang tak sempat transit seminit pun touch down je Sharjah terus berlari ambil bas untuk naik flight ke KL. Yang peliknya aku tak terasa nak kencing ke apa hahahaha padahal banyak je minum air.

Doa je terdetik dalam hati mesti Allah maqbulkan, memang besar sungguh kekuasaan Allah ni. Jumpa je seat memang aku terbongkang tidur tak sedar apa dah. Sedar masa kena kejut makan je, Pastu tidur tahu2 sampai malaysia.

Ha lagi satu, siapa pergi sana korang pergi shopping dekat Bin Dawwooodd, kat sini best aku dok borang macam2 jenis susu/makanan2 kluaran daripada Arab Saudi coklat/biskut semua lah. then aku beli Pizza dia sedap dan gebuww hihi.

Ni sebenarnya baru dalam 40% je aku share, sebenarnya bnyak lagi pengalaman yang best tapi nanti lah if rajin kita share part 2 ok?

So sampai di sini saja, Terima kasih yang sudi membaca.

Assalamualaikum.

– Khadeeja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *