Assalamualaikum semua. Aku terpanggil nak cerita berkaitan umrah rare aku dan suami. Cerita ni panjang tau. Aku dah pernah pergi umrah pada tahun 2012. Dengan parent aku waktu aku masih belajar. Dan kesemua kos di tanggung oleh ayah aku.
Happy kan??? Hahahaha
Dulu masa first time pergi sana, Memanglah happy, Tapi persiapan diri aku biasa-biasa je. Bila dah balik. Aku sedar satu perkara. Iaitu rindu yang tak terbendung. Rindu pada tanah haram. Rindu yang teramat sangat. Ada masa aku menangis sendirian merindui tanah haram. Rindu yang tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata.
Pada tahun 2018 aku tanam satu cita-cita.
“Tahun 2019 aku pasti akan dapat pergi kesana lagi”
Ops lupa perkenalkan diri, sekarang aku dah kahwin, dan dikurniakan seorang anak. Aku sekarang hanya berniaga dirumah dan suami membantu aku. Pendapatan kami hanya cukup untuk membayar sewa rumah dan keperluan asas. Tapi kami sangat happy.
Suami pernah kerja dengan gaji lebih 3k berkaitanlah dengan degree yang dia belajar dulu. Asbab berkahwin, Suami cuba cari kerja dekat dengan tempat aku sebab aku masih belajar dihujung minggu, Tapi nasib tak baik, Kena tipu, tak dibayar pun gaji.
Jadinya berhenti, dan cuba di tempat lain, dan baru-baru ni syarikat tempat suami kerja ada masalah kewangan, walau pun gaji suami di situ hanya 1k, 4 bulan tak mampu bayar gaji, Jadinya tiba masa aku bersuara, Minta suami berhenti sahaja kerja disitu dan bantu aku di rumah.
Okey cukup sampai situ aku perkenalkan diri. Bukanlah pasal kerja aku nak cerita disini, Cuma nak bagi korang faham situasi kewangan kami.
Okey berbalik pada cerita umrah tadi, Jadinya aku selalu cakap pada suami, Tahun ni (2019) InshaAllah kita akan pergi mengerjakan umrah. Walaupun masih tak de duit pun. Aku cakap pada suami tu dengan penuh keyakinan yang kami pasti akan pergi.
Sebab ayah aku selalu cakap, Bila dah niat nak pergi kesana, Andai Allah nak bagi, Pasti ada caranya. Mungkin dari perniagaan sekarang tiba-tiba banyak je untung. Tapi aku langsung tak berharap pada duit perniagaan aku ni, Dalam fikiran aku, Bila aku nak pergi, Dan bila Allah kata aku akan pergi, Pasti rezeki tu akan datang.
Tup-tup awal bulan dec tahun lepas abang aku share post berkaitan satu travel agensi ni buat promosi gila-gila. Promosi RM3990 + RM345 (visa). Mana nak dapat harga macam tu.
Termasuk :
-Hotel 5 hari 4 malam di madinah (150m +-)
-Hotel 7 hari 6 malam di Mekah (650+-)
-Tiket flight airasia
-Visa
-Makan minum
-Free ziarah thoif
-Ziarah sekitar madinah dan mekah
-Umrah bimbingan mutawif sebanyak 3 kali
Murah sangat-sangatkan? Promosi tu hanya ada masa 2 hari je lagi dari waktu abang aku bagi tahu tu dan lagi 2 minggu akan berangkat untuk mengerjakan umrah.
Kebetulan dalam tahun 2019 tu aku dapat duit hasil pelaburan aku RM8500, plan asal duit tu nak bayar hutang aku dengan ayah aku dulu, sebab pinjamkan aku duit untuk aku buat pelaburan tu, tapi aku call mak bincang-bincang dan kata putus, aku guna dulu duit tu untuk buat umrah, sebab nak dapat harga promosi macam tu memang susah dahkan, paling kurang 11k juga nak kena keluarkan untuk 2 orang.
Dan esokkannya hari Ahad aku terus hubungi travel agensi tu, Untuk booking, dan hari Isnin dah kena settlekan semua bayaran dan dokumen.
Okey aku cerita bab bayaran lain pula yang perlukan duit lagi.
Tambahan lain,
– Cucuk nak pergi umrah tu RM145
* Note:- Ada yang harga RM40 tapi sebab aku nak kena buat segera jadinya aku terima jelah dengan bayaran RM145 klinik lain.
– Bas dari rumah mak ke KLIA2 RM70 (pergi balik)
* Note:- dari mana korang duduk tu, naik bas ke TBS, dan TBS ke KLIA 2 ada bas juga ya. Yang tu kena search lah sikit yer. Barulah murah kos. Tapi rezeki aku, abang nak hantars dan balik adik nak ambil. Jadinya aku takde kos disini. Plan asal aku, nak naik bas je agar dapat berjimat.
– Passport aku dah ada. Jadinya dah kurang juga kos aku.
– RM2.10 (2 botol spray untuk ambil wuduk dalam flight) beli dekat kedai eco.
– Duit lain hanya untuk perbelanjaan disana je.
Permulaan aku hanya cadang untuk tukarkan duit RM300 sahaja untuk perbelanjaan aku dan suami, sebab niat nak pergi buat umrahkan,bukan nak g shopping,
Aku siap cakap pada suami lagi,
“Kita hanya tukar RM300 sahaja untuk perbelanjaan kecemasan, tak de nak beli barang untuk orang, kita pergi ni nak buat umrah, nak g shopping tunggu dah berduit nanti lah, pergi umrah lagi dan boleh lah nak shopping.”
Sekali lagi rezeki aku, Lebih rm800 aku dapat untuk perbelanjaan disana, rezeki dari adik beradik, mak ayah, dan paksaudara. Niat yang asal tak nak bershopping bertukar, Aku beli lah juga sikit-sikit seperti kurma ajwa dan buah tin sebagai tanda aku berterima kasih pada mereka.
Keperluan asas lain, Aku guna je apa yang dah ada, Telekong yang dah ada, Dan kebetulan aku memang pakai tudung labuh, Jadinya tudung labuh tu juga aku guna untuk solat. Jubah-jubah bawa yang dah ada, Kain ihram suami pinjam yang ayah aku punya, Tak denya nak beli baru sebab sedo kediri yang diri ni tak mampu.
Pasal anak aku pula, Aku minta tolong mak aku jagakan, Anak aku waktu tu baru setahun, Dan dalam masa aku pergi umrah tu, anak aku sambut hari lahir ke2 dia. Rezeki anak aku juga sebab akak ipar aku nak sambut brdy dia, dia bawa pergi kedai kek, pergi playgroud dan beli hadiah ikut pilihan anak aku sendiri, Kalau dengan aku pasti tak dapatlah nak merasa semua tu.
Dan sekarang nak masuk bulan Feb dah. Sekarang aku dengan suami tengah berusaha untuk cukupkan duit sewa ni. Yer lah bulan ni dah hampir 2minggu kan aku tak berniaga, Sebab pergi umrah tu. Jadinya hasil keuntungan kami berniaga masih tak mencukupi untuk bayar duit sewa rumah.
Doakan kami ya moga dimurahkan rezeki. Btw aku sangat bersyukur sekarang tau. Sebab suami sentiasa ada dengan aku, Walaupun kami ni umpama kais pagi makan pagi, Kais petang makan petang, Tapi aku sangat enjoy dengan live aku sekarang.
Duit bagi aku boleh buat macam-macam manfaat untuk kita, Kalau untung lebih, tapi kalau aku lebih gunakan untuk kehendak hidup, Maka tak de lah umrah untuk aku dan suami. Hidup aku sangat simple, Bagi aku biarlah sekarang orang pandang aku orang yang tak pandai nak berlawa, Tapi aku ada satu cita-cita yang tinggi dalam perniagaan.
Nanti dah berduit lebih, Waktu tu umrah aku boleh pergi bila-bila masa sahaja dan boleh pergi selalu,
Barulah aku akan guna duit tu untuk kecantikan diri aku pula. Sekarang bagi aku semua tu hanyalah kehendak yang masih aku boleh holdkan dahulu.
Nak kata nanti suami lari sebab tak pandai jaga diri sekarang? Aku tak takut sebab aku bertapak semua atas duit simpanan aku dari kecil hinggalah dah berkahwin. Kalau dia nak pandang pada kecantikan,
Tu pilihan dia, Sebab aku bukan pandang dia pada harta. Tapi aku pandang dia pada kebaikan dia pada aku yang selalu membantu aku. Yang sentiasa ringankan beban aku.
Jadinya aku sangat puas walaupun kami berniaga atas semua duit simpanan aku. Bagi aku, duit simpan sahaja dalam bank, tak de guna. Jadinya usaha fikirkan agar duit tersebut jadi aset untuk kita. Btw aku tetap masih ada aset untuk aku pergi haji. Sebab cita-cita aku, sebelum aku umur 30 aku nak pergi haji pula.
Tahu tak apa aset aku tu? Lembu.
Doakan agar lembu-lembu aku membiak dengan baik dan sihat. Dan doakan agar cita-cita haji aku akan tercapai. Dan aku doakan moga semua yang membaca ni akan dijemput untuk mengerjakan umrah. Yang penting kena ada usaha nak pergi tau.
Nanti aku share tips yang keluarga aku sedang lakukan untuk kami keluarga besar pergi umrah yang diplan tahun 2023. InshaAllah
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit