Umrah Yang Buat Aku Rasa Bersalah

Assalamualaikum semua. Sekadar meluah isi hati yang lama terpendam. Maaf andai luahan ini menganggu masa tuan puan.

Tahun lepas mak saya nak pergi umrah. Dia tengok ramai2 kawan2 dia pergi. Dia pun rasa teringin nak pergi.

Lepas tu dia ajak saya jugak la. Mak tak berani nak pergi mana2 pun seorang diri. Mesti saya kena ada jugak.. Jadi mak sponsor saya la.

Sebenarnya saya ni tak pernah keluar dari malaysia termasuk la mak. Al maklum la kami ni orang kampung dengan kehidupan yang sangat sederhana ja. Nak pergi mana2 pun tak pernah ada dalam mind. Melainkan ada urusan.

Kami pergi umrah ni pun ngam2 dengan duit 20k peninggalan arwah ayah. Sebab mak rasa nak sangat pergi sebab mak pun dah tua. Nak tunggu panggilan haji pun tak kunjung tiba.

Untuk pengetahuan semua, mak saya tak tahu baca tulis. Mak tak pernah sekolah. So mak saya sangat depending pada saya dan sangat takut masa nak pergi tu.

Masa nak naik flight tu, memandangkan saya pun tak pernah naik kapal. Saya memang ikut arahan mutawif saja la.

Tak tahu kenapa, orang lain semua dapat seat kapal dekat2 dengan family. Tapi saya dan mak dapat jauh2. Tapi zone yang sama.

Masa tu jemaah2 lain pun kami tak kenal sangat. Saya ada bagitau mutawif, tapi dia kata cuba minta tukar dengan sapa2.

Mak masa tu sangat2 cuak dah. Sebab kapal arab. Kalau kapal mas boleh la cakap bahasa melayu.

Mak dah takut sangat2 masa tu. Takut dia perlukan apa2 macam mana nak mintak.

Mujur kebetulan ada jemaah willing nak tukar seat. Walaupun bukan row sama, tapi mak dapat seat sebelah saya yang bahagian tengah tu.

Ok la settle bab tu. Lega la sikit saya. Masa kru kapal tanya pasal makanan, mak memang kena tanya saya tu makanan apa.

Masa tu saya terfikir la, nasib baik mak dapat tukar seat. Kalau tak, macam mana dia nak pilih dia nak makan apa. Mak pulak jenis slow sikit nak faham apa orang cakap.

Kalau orang tak de kesabaran, pasti hilang sabar kalau nak explain satu2 perkara kat mak.

Dah tu, kru kapal macam garang2. Mintak air pun dia kata nanti. Tapi tak bagi pun. Mujur jugak saya tahu english sikit2. Dapat la bantu2 mak sikit. Kalau tak, pasti saya pun akan blur jugak. Ok la settle bab nak pergi.

Sampai sana mak mungkin tak dapat sesuai dengan suhu. Dia kena selsema dan batuk. Selsema sampai hidung sumbat susah nak nafas. Kesian sangat kat mak. Dia tak dapat tidur sangat pun.

Tapi alhamdulillah, dapat jugak kami buat umrah 4 kali. Walaupun mak kerap kena pergi tandas sebab nak kencing. Mak ada kencing manis.

Tandas kat mekah tau2 la, semua jauh2. Nak ambik wuduk, nak masuk balik. Mencabar betul. Dah tu keluar pintu tu, tak dapat masuk pintu yang sama. Rasa struggle jugak time tu dengan nak pimpin mak jalan. Sebab mak slow sangat berjalan.

Mujur masa umrah first, Allah bantu saya supaya saya ingat setiap jalan2. Lagipun hotel kami jauh jugak. Masa umrah first mutawwif walaupun jalan sekali, tapi sebab mak lambat. Kami memang tertinggal.

Masa nak saie saya memang tak pasti arah ke mana, tapi alhamdulillah jumpa. Lepas tu next2 day saya pergi sendiri dengan mak. Sebab kesian dekat jemaah lain nak kena tunggu mak.

Lagipun umrah kan ada slot. Kami pilih slot yang kami nak. Masa tu saya perhati segala pintu, dan tandas. Untuk kemudahan mak.

Mak agak lemah kat sana. Saya memang tak focus umrah sangat pun sebenarnya. Hanya fikir keselamatan dan keselesaan mak ja. Tak berhenti2 saya mohon ampun Allah dan bantuan dari Allah.

Dekat madinah, mak banyak kat hotel ja… Makan pun saya hantar kat bilik. Dia jadi sangat tak larat kerana selsema dan batuk. 2 kali kami pergi klinik tapi tak lega2.

Mujur Allah bagi saya kekuatan dan kesihatan. Saya ja la pergi beli barang2 keperluan apa semua seorang diri. Saya mudah hafal jalan kat sana dikala orang lain ada yang sesat. Segala puji bagi Allah.

Hari nak balik, kami naik kapal arab lagi.. Kali ni tak tahu kenapa, kami dapat zon tak sama. Saya kena masuk dulu. Lepas tu mak. Saya agak panik jugak masa tu.

Lepas tu mutawwif pulak asyik panggil2, zone saya suruh masuk cepat. Saya masa tu pergi tanya satu2 jemaah yang sama zone dengan mak saya. Nak mintak tolong diaorang uruskan mak. Mujur ada jemaah tu kata takpe nanti dia tolong.

Masa tu saya pulak period tiba2 dengan sangat banyak.. Sebab kat sana saya makan ubat untuk stop period. Hari nak balik saya lupa makan. Tak sangka dekat airport tiba2 period. Rasa nak pitam pun ada time tu sebab perut rasa sangat sakit.

Tapi hati lagi bimbangkan mak. Mak nampak la agak takut tanpa saya. Saya kata jangan takut. Ikut kakak tu ja. Berulang kali saya remind kakak tu.. Rasa bersalah sangat sebab terpaksa menyusahkan orang.

Dalam kapal, kan saya masuk dulu.. Hati saya berdebar2 ja kenapa mak tak masuk lagi.. Seat saya agak jauh kebelakangan jugak. Seat sebelah saya semua jemaah group saya. Tapi nak tukar, diaorang dah sebelah2 family sendiri. Diaorang tak nak tukar.

Masa tu satu jemaah cakap. Kenapa tak mintak seat sebelah2. Saya tanya nak mintak macam mana. Bukan ke tiket kapal semua ustaz yang urus. Dia kata masa chek in luggage tu boleh cakap nak seat sebelah. Cakap satu family.

Demi Allah, saya memang tak tahu pun. Patut la ramai yang duduk dekat2 dengan family. Saya tanya mutawif tu.

Dia tanya saya balik, la tak tahu ke. Kenapa tak cakap masa bagi beg tu. Memang saya tak tahu. Kalau tak mesti saya dah mintak.

Masa tu hati rasa sebak jugak, tapi saya kuatkan hati fikir ni ujian. Ustaz cuma cakap, tak pe. Duduk ja mana pun. Nak balik dah pun kan. Saya diam ja. Orang tak akan faham kerisauan kita. Mak saya istimewa, tak macam orang lain.

Masa tu nampak mak masuk, terkulat2 jugak dia cari seat. Kakak tu pun tak nampak kemana dah.. Saya terus pergi ke arah mak di kala jemaah lain sedang masuk kapal.

Memang agak kelam kabut jugak la. Sebab saya berjalan laluan bertentangan nak pergi kat mak. Tapi tak de la saya halang orang, just berhenti2 macam tu la.

Kru datang tanya, dan suruh duduk. Saya cakap saya nak pergi dekat mak. Masa tu otak hanya fikir mak ja. Tapi lepas tu ada orang tunjuk seat kat mak kot. Saya nampak mak dah duduk. Tapi sebelah semua lelaki. Jemaah tu pun macam tak selesa.

Saya pergi kat mak lepas orang dah kurang. Saya kata saya cuba2 tanya untuk tukar seat. Saya kata kalau nak apa2 pusing ja belakang. Sebab mata saya hanya perhati mak ja.

Mak masa tu selsema teruk. Hingus dia asyik meleleh ja. Tisu kami semua habis. Mak tanya tisu. Entah macam mana time tu saya pergi masuk toilet, saya ambik tisu banyak2.. Air mata ni tumpah jugak la satu dua sebab sedih tak tau kenapa.

Mak pun kalau batuk tak boleh henti. Sampai termuntah2. Saya tak mampu nak tengok mak keadaan macam tu. Saya berdoa mintak mak sihat, tak pun tukar ja sakit tu pada saya. Sampai tak boleh nak fikir apa dah.

Lepas tu orang suruh saya duduk. Mak pun lepas tu tukar tempat. Lagi depan. Sebab jemaah lelaki tu tak selesa duduk dengan mak. Diaorang atur seat lain.

Saya pesan kat mak, nanti makanan tu kalau tak faham tanya orang sebelah. Tak pe, orang akan bantu saya kata jangan takut.

Walaupun mak nampak sangat takut. Saya pesan jugak dekat orang sebelah. Yang sebelah2 mak semua group dari company lain. Mak tak kenal, dia macam kurang selesa jugak nak tanya apa2.

Saya pesan kat mak kalau nak pi tandas datang kat saya. Sebab tandas depan saya. Saya tunjuk seat saya apa semua. Tandas dalam kapal tu, lock pintu baru lampu menyala.

Dah lama lepas tu, mak pusing tengok saya. Sepanjang dalam kapal, saya hanya perhati mak ja. Nak tido ke, rehat ke, apa pun syaa tak mampu buat. Otak ni hanya rungsing fikir mak.

Lepas tu saya tanya kat mak, nak pergi tandas ke.. Dia kata ye. Saya pesan dah kena lock pintu. Entah la mak buat macam mana. Saya tengok kenapa lampu luar tak menyala pun. Maksudnya dalam pun gelap la. Hati saya gelisah lagi.

Mak keluar, dia kata tak de lampu. Saya ajar dia kata pintu tu kena tekan. Ye la pintu kapal tu jenis lipat macam mana tah. Tapi agak susah jugak nak tutup. Tapi mak dah tak nak pergi dah.

Masa kru hantar makan, saya tak tahu la mak cakap apa. Saya dah susah hati sangat dah. Ada la nampak dia makan. Lepas saya pi tanya mak. Mak kata orang tu bagi, mak makan ja la. Mungkin orang tu tengok mak tak tahu jawab.

Tapi mak kata ada bagitau orang sebelah mintak kru bagi susu. Tapi kru tak bagi pun.. Orang sebelah ada mintak tapi kru kapal arab macam tak nak layan ja.

Lepas tu kami pun dah selamat sampai Malaysia. Tapi setiap kali tengok muka mak sampai sekarang pun. Saya selalu rasa bersalah sangat. Sebab rasa saya tak jaga mak dengan baik.

Kadang saya menangis terkenang segala kesusahan mak kat sana. Mak saya walaupun kurang banyak benda dari orang lain, tapi sejak kecil dia jaga saya dengan baik. Tapi saya tak mampu nak jaga dia macam dia jaga saya. Rasa sedih sangat.

Sebelum pergi umrah, orang pesan banyak kali jaga mak baik2. Tapi tu la. Walaupun peristiwa tu nothing untuk orang lain, tapi untuk saya sangat meningalkan kesan.

Moga2 Allah terima ibadat kami dan ampunkan segala dosa dan kekurangan saya. Terima kasih buat semua yang sudi baca.

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. awak anak yg baik
    Allah sedang angkat darjat awak dan mak awak..
    semoga terus bahagia dgn mak awak

  2. awak dah buat yang terbaik & semampunya, moga umrah yang mabrur & maqbul buat awak dah mak awak. awak anak yang baik, semoga segala urusan awak & mak awak dimudahkan…

  3. semoga diberikan umrah yang mabrur dan dimakbulkan segala doa. saya doakan agar mak awak sentiasa sihat.

  4. saya yang baca pun nak menangis rasa . besarnya pengorbanan akak untuk mak . tak semua orang mampu jadi macam akak . doakan saya boleh jaga mak saya macam akak jugak.

  5. kisah awak sangat menyentuh hati, sayu saya baca. teringat kisah saya dan ayah saya pergi umrah tahun lepas, lebih kurang saja kisah kita. macam2 dugaan yang dilalui. salah satunya bab kencing. ayah saya juga kencing manis, dan kerap nak kencing ketika disana. memang mencabar. lagi2 siap sahaja solat di masjid, bangun saja dari selesai solat, memang kena ready jika2 ayah nak ke tandas sebab perlu cepat2 keluar dan tandas pula jauh. dengan tandas di madinah jika silap cari, kena yang turun dua atau tiga tingkat ke bawah, memang kena damping turun tangga. jika sempat berjalan balik ke hotel, nak masuk bilik hotel yang sejuk tu, saya jadi anxious, jika2 ada orang tengah gunakan tandas, sebab ayah saya akan rasa nak kencing dan memang tak boleh tahan, jadi perlu terus masuk tandas. sangat faham struggle yang awak hadapi. ketika buat umrah pertama, memang kami ditinggalkan oleh mutawwif, sebab ayah saya pun jalan slow, jadi sepanjang umrah pertama, kami berdua habiskan sama2, memang kena tinggal dengan group kami. sepanjang umrah tu, menangis memang tak cover dah, salah satunya sebab sayu, bila mendamping orang tua kita, banyak kena sabar dan kena jaga perasaan kita dan orang tua kita, kesian tengok parent struggle nak selesaikan ibadat tawaf, saei, lagi2 yang berumur dan ada masalah kesihatan. Mujur Allah bagi kesihatan baik dan kekuatan kpd saya untuk jaga dan damping ayah saya sepanjang disana. Allahu, bila baca kisah awak, teringat kisah umrah saya, lebih kurang saja pengalaman umrah kita. Walau apa pun, awak dah buat yang terbaik untuk mak awak, jadi pelan2 pujuk hati awak. semoga Allah permudahkan segala urusan awak dan mak awak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *