Umur Dah Lanjut Tapi Tak Beradab

Assalamualaikum admin & pembaca semua. Terima kasih kalau tulisan ini disiarkan.

Nama saya Jojo, usia lewat 20an dan masih bujang. Hari ni saya rasa nak share pengalaman saya kena hadap perangai manusia yang dah lanjut usia tapi masih tak sedar diri.

1) Masa ni saya baru mula kerja, umur pun awal 20an masa tu masih ada jiwa nurani dan hormat orang tua. Kerja saya kena selalu outstation jadi saya memang seminggu sekali akan ke carwash sebelum masuk office.

Satu hari ni, saya pun pergi la cuci kereta kat satu carwash ni macam biasa. Sambil tunggu tu, ada la sorang lagi pakcik (umur dalam 50an) tengah tunggu kereta dia jugak. Saya ingat lagi dia bawak Myvi masa tu.

Pakcik tu mula-mula sembang la tanya saya kerja apa duduk dengan sapa. Saya jawab la just sebab hormat (masa ni naif yang amat).

Tiba-tiba dia tanya selalu weekend pergi mana, saya pun jawab bawak parents jalan-jalan la.

Lepas tu, pakcik ni keluarkan ayat yang buat saya terkebil-kebil kat situ sebab memang saya tak sangka akan keluar dari mulut si pakcik ni. Dia cakap “Jom, weekend ni jalan-jalan Hatyai”.

Masa tu saya serious taktau nak respon macam mana. Saya tau korang akan cakap kenapa tak tengking atau marah je pakcik tu tapi saya yang masa tu naif diam je sambil pandang pakcik tu tapi dalam hati rasa nak lempang je pakcik ni dia ingat saya ni escort girl ke.

Nasib baik masa tu kereta saya dah siap, saya pun terus blah dari situ. Dalam kereta saya still tak percaya jantan tua tu boleh cakap macam tu kat saya. Ni permulaan saya mula hati-hati dengan orang tua yang konon nampak baik.

2) Pengalaman kedua ni masih di carwash. Saya memang selalu pergi carwash tu sebab murah dan servisnya pun bagus.

Satu hari ni, lebih kurang 6 bulan lepas kejadian pertama tu, carwash yang saya selalu pergi ni tutup, saya pun pergi la carwash lagi satu dekat2 situ jugak.

Saya masa tu dah mula move on dari kegelian dengan perangai jantan tua tu. Tapi taktau la nasib malang menimpa saya.

Saya terserempak lagi dengan pakcik tu dekat carwash yang lain tu pulak. Rasa nak tercabut jantung, saya baru perasan dia duk sebelah je dengan saya.

Dia pun perasan saya, dia tegur lagi tapi saya tak ingat apa macam mana dia tanya. Yang saya ingat saya bagitau dia saya dah kawen and duduk dengan suami kat Bangi. Lepas tu dia cakap anak dia pun duduk Bangi.

Dia tanya rumah saya kat mana pulak. Memang tak la saya nak share kan Kali ni kereta pakcik ni siap dulu dia pun mintak diri. Lega rasa dia dah blah dari situ.

Sejak kejadian kedua ni, saya dah tak pergi carwash yang sama sebab takut nasib malang terjumpa lagi dengan pakcik tu. Saya rela basuh kereta sendiri atau cari carwash lain even jauh dari office.

Tak boleh brain laaaa dah tua tapi takde adab.

3) Kejadian ketiga ni pulak dah takde kena mengena dengan pakcik sebelum ni tapi masih melibatkan orang yang saya sepatutnga hormat and panggil pakcik.

Mak saya ada bukak stall jual baja and pokok kat pasar tani so weekend saya selalu la tolong mak dekat pasar angkat2 barang semua.

Ada la sorang pakcik ni berniaga minyak wangi dengan bini dia umur dalam awal 50an jugak rasanya tapi bini dia nampak muda and comel putih la bagi saya.

Saya ni kulit gelap sampai ada orang penah tegur ingat saya ni kacukan India. Pakcik ni suka datang berborak kat khemah mak saya.

Dia memang jenis suka cakap tak berhenti ada saja dia nak cerita tapi lebih kepada nak up diri sendiri la. Mak saya jenis layankan je, saya pun sama.

Tapi lepas dah terkena pengalaman sebelum ni, saya dah malas nak ramah sangat dengan orang tua lelaki especially. Kalau dia datang je, saya akan buat2 busy atau pergi jalan2 khemah orang lain pulak.

Sampai la satu masa ni, mak saya cakap, “Jo, Pakcik M cakap ko lawa, dia nak jodohkan dengan anak sulung dia baru abih belajar.” Saya masa ni dah 27 anak dia baru 24.

Saya pun cakap dah kenapa pakcik ni nak suruh saya tanggung anak dia ke apa anak dia pun belum keja lagi dah nak jodohkan dengan anak dara orang.

Sebenarnya setiap kali Pakcik M datang berborak kat khemah kami, saya ada feeling vibe yang sama masa pakcik kat carwash datang borak dengan saya.

Cara dia pandang saya, buat saya rasa tak selesa. Satu lagi, kadang2 masa saya tengah makan kat gerai lain dia suka datang tegur2 nak beramah mesra, seriously saya tak suka and annoyed. Saya ni introvert so memang allergic dengan orang yang peramah sangat ni.

Instinct saya rasa macam sebenarnya Pakcik M ni yang nak try saya tapi dia bagi alasan nak jodohkan dengan anak dia.

Anak dia ada je datang tolong dia tapi anak dia tak pernah sekali pun pandang saya jenis buat hal sendiri je tapi bapak dia yang suka lebih2. Puji saya lebih2 depan saya cakap saya lawa.

Manis semacam je mulut dia haish rimas. Saya sedar je saya tak lawa mana pun tapi ntah apa la niat Pakcik M ni, saya tak kuasa nak melayan.

Sejak dari tu, saya dah jarang tolong mak sebab saya taknak terserempak dengan pakcik M. Lagipun saya cakap kat mak tak payah la berniaga lagi saya boleh tanggung mak lepas ni.

4) Okay ni kejadian paling latest yang buat saya lagi annoyed dengan pakcik tua.

Sejak pkp 2020 sampai sekarang, saya mula bagi kucing jalanan makan dekat area rumah saya. Masa pkp saya selalu brisk walking area kawasan rumah lepas tu saya akan bagi kucing2 makan.

Kucing2 bila dah kenal saya selalu ikut mana saya pergi. Masa ni la pakcik saga merah selalu tegur saya masa saya joging. Pakcik saga merah umur dah 60an nak dekat 70 rasa tapi masih sihat.

Mula-mula dia ni saya rasa okay je cara dia tegur sampai la satu hari tu dia cakap “Lawa kamu harini”. Masa tu saya tengah bagi kucing makan. Dalam hati saya cakap Alahaiii pakcik ni pun spesis yang sama macam sebelum ni ke.

Lepas tu saya dah slow down bagi kucing makan dekat dengan rumah Pakcik saga merah.

Sampai la satu hari ni saya tak sempat lari dia tegur saya “Lama tak nampak kamu, pakcik rindu la kat kamu.” Kali ni terkebil-kebil lagi saya kat situ taktau nak react macamana. Hadoiii.

Mungkin ada yang akan kata saya overthinking overreacting tapi dengan pengalaman2 sebelum ni, memang susah saya nak percaya pakcik2 lagi. Hmmm.

Ada satu hari ni, saya terdengar bini pakcik tu macam tengking dia sebab apa saya pun tak pasti. Hmmm ntah la apa nak pikir tapi saya memang dah tak selesa nak lalu depan rumah Pakcik saga merah lagi.

Baru-baru ni saya terserempak lagi dengan pakcik saga merah dekat satu kedai tomyam dekat area rumah saya. Saya nampak dia tapi buat2 tak nampam sambil tunggu makanan siap.

Tiba2 bila makanan saya siap saya nak bayar, mata saya perasan Pakcik saga merah sedang mendekat saya still control saya buat2 tengok hp saya sampai la dia betul2 datang dekat dengan saya tanya saya beli apa.

Ishhh perlu ke datang dekat sampai tak sampai satu meter just sebab nak tanya saya beli apa.

Saya tak tau nak explain macam mana tapi saya memang dah boleh sangka baik dengan pakcik saga merah lepas dia tegur saya lawa and cakap dia rindu saya.

Saya rasa orang tua yang beradab takkan cakap macam tu kat anak dara. Lagi satu, saya perasan yang dia tak pernah bahasakan diri dia Pakcik bila tegur saya.

Okay setakat ni je lah luahan saya. Korang tolong la bagitau macam mana nak deal dengan orang2 tua macam ni. Saya dah letih nak berpura2 hormat dengan orang2 mcm ni.

Taktau la apa perasaan anak2 dorang kalau tau bapaknya perangai macam ni. And tolong la doakan saya dapat jodoh tahun ni ye hahaha.

Terima kasih pada yang sudi baca dan komen nanti.

– Jojo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *