Dah tua setengah abad pun suka cerita banyak buruk dari kebaikan. Aku harap admin approve la posting aku ni. Aku rasa ramai je dikalangan kita semua ni ada kenalan seperti Kak Mah ni.
Sebelum tu, aku minta maaf banyak-banyak. Kalau posting ni bawa mewujudkan negative thought atau menimbulkan komen-komen yang negative dekat semua yang sudi membaca.
Hai semua. Nama aku Syikin. Aku ada seorang kenalan opis yang suka gosip. Suke sebarkan segala gosip walaupun tak betul.
Ape yang telinga dia dengar sume dia akan kepohchi. Senang cite dia ni orang cakap CNN.
Okay aku namakan dia sebagai Kak Mah. Kak Mah ni umur dia 51 tahun. Bekerja dengan syarikat MNC tapi perangai sangat kampung.
Dengan Kak Mah ni. Kena jaga dan kawal ape kita nak cakap. Terlepas cerita habis satu dunia tau.
Maklumlah CNN. Sebab bagi Kak Mah ni. Dia cakap gosip segala terapi untuk dia.
Sekarang ni aku perasan dia suke up2 benda yang acah-acah baik tentang keagamaan yang tak baik bergosip la cite aib orang lah.
Padahal sebaliknya dia nye peribadi sampai saat aku tulis ni.
Dia masih lagi suke sebarkan cerita aib orang. Suke gossip negative. Terpaling tahu segala hal.
Contoh perihal jiran bergaduh dengan suami pun nak cerita sama kawan-kawan yang tak de kenal pun jiran dia.
Jiran yang bermadu. Jiran yang suka sikit-sikit minta tolong. Kalau tak nak tolong kan senang cakap terus terang.
Ni tidak. Acah-acah tolong. Pastu belakang mengata.
Kalau ditegur memang takmakan nasihat Kak Mah ni. Nanti mula dia mengumpat mengata kita yang tegur dia ni. Dia seolah-olah mencari sokongan dari orang lain.
Dan pelbagai alasan untuk dia tak salah. Aku bukan nak hukum dan salah kan dia.
Kadang kita tegur secara peribadi (setakat ni tak penah secara public pun) tu untuk dia hati-hati tidak terus-terus wat silap yang makan diri.
Mungkin aku ni muda half dari umur dia kot. Tak boleh dia orang muda tegur. Pastu perangai dia.
Dengan aku dia cerita pasal hal zainab. Dengan zainab dia cerita pasal aku. Agak puaka lah mulut dia.
Hati dia pun tah la. Memang setiap orang yang dia kenal tak terlepas dari kutukan atau umpatan dia. Setiap orang dalam circle dia sume dia umpat nye.
Ade je tak kena. Dengan si zainab cakap hal aku, dengan si rokiah cakap hal zainab, dengan si zainab cakap hal rokiah dengan aku. Dan seterusnya.
Cerita dia sering memburukkan setiap orang. Yang aku hairan nye. Aura negative yang dia bawak tu.
Dapat sambutan. Ramai melayan dan menangkan dia. Demi menjaga hati.
Walaupun benda tu terang-terang salah. Dan aku hairan juga. Suami dia tak pernah tegur ke perangai hauk dia ni?
Kak Mah ni boleh tahan juga suka cerita kat kawan-kawan perihal keluarga laki dia. Sume jelas terperinci cerita dia. Apa sahaja cerita hal orang kan aib?
Jiran tetangga bagi laksa pun nak kata itu ini serba serbi tak kena.
Benda boleh je tegur si pemberi secara peribadi. Takperlu la segala nak up ceritu di socmed dan dengan kawan-kawan sekali join ketidakpuasan hati dia.
Yelah dia je paling hebat memasak tida tandingan. Dalam setiap posting socmed. Semua segala nak cerita.
Walaupun perihal sulit. Gaji dia gaji suami,gaji anak, refund claim, gaji naik berapa, eh semua la. Dia la yang terpaling banyak duit.
Anak beli rumah pun nak cerita. Masalah ipar duai mertua pun cerita. Masalah anak sakit kena gangguan pun.
Semua cerita dia memang terperinci. Aku kesian anak yang sakit tu bertambah sakit jadinya nanti.
Ada sekali tu diaib nye perihal kawan pejabat dia yang dia tak puas hati.
Siap beserta gambar sekali dalam posting dia. Ditegur. Tapi jawapan dia “Tak pe, dah set privacy untuk beberapa kawan sahaja yang nampak”.
Nampak tak? Dia masih nak memanjangkan perihal negative tu? Mengumpat,gosiip,dan seangkatan.
Yang melayan pun. Hmm betul la ustaz cakap. Syurga itu mahal, dan dosa itu percuma.
So free-free je memasing menambah dosa. Tak ada sikit pun human sense tentang orang keliling lain yang dalam kesusahan. Contoh time PKP dulu.
Segala dia up dapat pelbagai benefit dari majikan. Walhal orang lain masa tu struggle. Yg hilang kerja, yang gaji kena potong.
Sebab ada yang mengadu pada aku. Ketika gaji masa tu. Ye aku faham page socmed dia.
Suka dia la nak post apa. Tapi tolong la jaga sikit sensetiviti tu dengan orang keliling. Dia punya cerita segala.
Memang kita ni sesak nafas la kena dengar. Aku kesian dengan Kak Mah ni. Sebab dia ada anak istimewa.
Kadang sebab mulut dia tu. Anak jadi mangsa. Entah lah.
Tolong aku doakan semoga sempat dia semoga bertaubat dan meninggalkan segala perkara yang tidak baik.
Sesungguhnya umur yang ada ni manfaat kan dengan kebaikan. Dan ingat lah kerana mulut badan binasa.
Disclaimer : nama – nama tertulis bukan nama sebenar.
– Syikin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit