Undangan

Banyak kali aku tulis luahan ni. Setiap kali nak send mesti terdelete. Penat tau aku taip. Aku harap admin publish luahan. Hahaha… Please…

Kali pertama aku nampak budak ni, waktu dia nak pergi kelas. Aku kat bawah dan dia kat atas bangunan. Aku usha dia pun sebab aku ingatkan dia MPP yang aku jumpa semalam tu.

Aku ni pelik sikit, mudah nampak muka orang macam sama. Dalam hati aku, ish ish ish bagusnya budak ni, dah la MPP jalan tunduk pulak tu. Aku pun cerita kat kawan aku. Lepas tu dia pun cerita yang classmate dia ada sorang yang bila berjalan tunduk ja.

Aku pantang dengar pasal orang baik-baik ni. Mudah terusik. Aku pun tanya dia nama dan diskripsi muka budak tu. Kawan aku pun cakap nama dia dan ternyata aku tak kenal budak tu.

Lepas tu, aku cuba tanya classmate aku pasal budak yang kawan aku cerita tu. Classmate aku pun cerita yang indah-indah ja pasal budak tu.

Aku punya curiosity meningkat seratus peratus. Lepas tu baru aku tahu, yang selama ni aku duk usha tu bukan MPP crush aku, tapi classmate kawan aku yang jenis tunduk bila berjalan tu. Hahaha, aku gelak dalam hati. Apakah ini tanda kami jodoh?..

Lepas tu kitaorang sambung pengajian kat IPTA, dia ke timur aku ke barat. Nasib baik bukan aku ke sesat barat kan. Hahaha…

Tapi aku punya curiosity nak berkenalan dengan budak tu sentiasa meningkat. Maka aku stalk FB dia dan add dia. Dia pun accept. Maka rasmilah kami menjadi kawan di dunia maya.

Aku pun mulakan perkenalan dengan dia. Lepas tu aku start kacau dia. Aku bukan kacau macam orang lain nak ngorat tu, tapi aku kacau macam kawan dah 10 tahun kenal. Aku kacau dia ikut suka aku ja. Hahaha…

Tapi aku kacau dia dalam setahun 2 kali ja. Paling banyak 4 kali setahun. Tapi bila aku berjinak-jinak dengan tarbiah ni aku mula kenal ikhtilat, maka aku mula jadi macam Chipsmore kejap muncul kejap hilang.

Tapi tiap kali birthday dia mesti aku muncul sebab itu salah satu modal untuk aku tegur dia. Tapi bila birthday aku dia tak pernah wish birthday aku. Tak patut betul… Aku karate baru tahu. Hahaha…

Bila aku fikir-fikir semula, aku jadi serba salah sebab kacau dia. Aku rasa mungkin kehadiran aku ini akan mengganggu iman dan prinsip-prinsip yang dia pegang selama ni.

Aku pilih untuk cut off semua medium perhubungan aku dengan dia. Aku ambil keputusan untuk perhati dia dari jauh ja. Biarlah aku dengan perasaan aku sendiri dan dia terus mengejar impian dia.

Walaupun kadang-kadang aku rasa macam ada peluang tapi kadang rasa macam dia tak nampak pun kewujudan aku. Errrr kenapalah susah sangat bila dah besar ni.

Tak tahu macam mana pengakhiran kisah aku dengan dia ni. Tapi aku dah tetapkan satu tanda untuk akhiri kisah ni. Iaitu dengan KAD UNDANGAN perkahwinan. Mungkin dulunya sebagai gurauan untuk memecahkan kekakuan tetapi kini aku anggap sebagai pengakhiran kisah.

Apakah kisah ini akan berakhir dengan kad undangan dia atau kad undangan aku ataupun akan ada istilah kad undangan kami…

Aku tulis ni untuk menutup kisah tentang dia. Aku nak lepaskan apa aku nak luah kat dia.

Semoga lepas aku tulis ni, fail memori otak aku tentang dia akan shortcut dan segala tentang dia terhapus tanpa boleh dibuka kembali.

Terima kasih admin. May Allah bless you.

– Hakuna Matata (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *