Underperformer

Assalamualaikum dan hai semua. Sekadar nak meluahkan.

Saya mula bekerja di sebuah organisasi semi-goverment sebagai staf lantikan kontrak, pada beberapa tahun yang lepas.

Pada masa itu, saya maklum bahawa bilangan staf lantikan kontrak di organisasi ini adalah tinggi. Jadi, peluang untuk staf kontrak dilantik sebagai staf tetap adalah tipis sebab bergantung kepada waran penjawatan.

Cuma persaingan itu tinggi bila kita perlu melepasi beberapa lagi proses pemilihan seperti ujian psikometrik & temuduga.

Alhamdulillah saya di antara sekelompok staf yang berjaya, syukur sangat-sangat. Cuma pada masa itu, saya dijanjikan akan dilantik secara tetap selepas setahun tempoh percubaan.

Oleh sebab itu, saya dikekalkan dahulu sebagai staf kontrak dan ditukarkan ke jabatan baharu.

Work nature saya yang baru ini saya admit, saya perlukan masa yang agak lama untuk sesuaikan diri since karakter diri saya adalah seorang follower, bukan seorang leader.

Jadi saya banyak bergantung kepada staf senior saya untuk initiate task di bawah projek yang di-assignedkan kepada kami.

Namun selepas beberapan bulan kemudian, staf senior saya itu dipindahkan ke jabatan lain dan tinggal saya seorang yang kena lead the project.

Saya struggle untuk keep up dengan rentak projek tersebut tetapi ia tidak dapat berjalan mengikut timeline & matlamatnya. Oleh itu, saya anggap diri saya gagal untuk melaksanakan tugas yang diberi.

Kesannya, selepas setahun tempoh percubaan, saya terima berita yang saya tidak dilantik ke jawatan tetap, sebaliknya diteruskan sebagai stak kontrak.

Ini saya anggap belum lagi rezeki saya lagi dan ada kelemahan diri yang saya kena baiki untuk sampai ke tahap yang selayaknya dengan jawatan tetap itu.

Saya bersyukur ramai rakan-rakan kerja berikan saya kata-kata semangat dan ada yang nasihatkan saya untuk cuba bersemuka dengan bahagian HR untuk pertimbangan semula.

Personally saya admit saya kurang competent untuk galas tanggungjawab kerja di tempat baharu, jadi saya rasa sia-sia untuk try justify sebab saya sendiri tahu apa kekurangan & silap saya.

So saya rasa jalan yang terbaik is move on and start fresh.

Kepada rakan-rakan lain yang mana staf kontrak juga di mana-mana organisasi, saya doakan semua tetap kental dan komited dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita. Kalau bukan sekarang, inshaAllah soon – lambat laun rezeki itu akan datang.

Selagi kita boleh survive, jangan putus semangat. Take care semua, teruskan sukses okay.

Bye-bye.

– Pekerja semigomen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. that’s the spirit girl…
    semoga terus berjaya dan diberikan rezeki yg lebih luas di masa akan datang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *