Assalamualaikum semua, boleh panggil aku Humaira (bukan nama sebenar). Kisah aku mungkin cliche macam kisah yang selalu korang baca di page KRT.
Kebelakangan ini aku selalu baca luahan hati isteri yang tengah hamil risau bila nak bersalin tiada peneman. Maklumlah sekarang musim Covid, suami tak dibenarkan masuk.
Aku salah seorang dari mereka yang akan bersalin bersendirian. Bukan kerana covid, tapi kerana aku diceraikan suami semasa awal kehamilan.
Sekurang-kurangnya wanita lain bertuah selepas bersalin ada suami akan bantu uruskan discharge hospital. Tapi aku sebaik saja bersalin, akulah ayah dan akulah ibu.
Hampir 10 tahun pengorbanan aku sia-sia. Menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit tetapi akhirnya tanpa berfikir dua kali aku ditinggalkan.
Tiada kata maaf, tiada perbincangan untuk berdamai hanya surat dari mahkamah sampai ke tangan aku. Kecewanya aku sebagai isteri. Kenapa dia tidak cuba mempertahankan aku?
Perit, tapi aku kuatkan diri demi anak-anak. Ya! Anak – anak kerana saat aku ditinggalkan masih ada anak kecil yang lain perlukan perhatian aku.
Aku humban perasaan sedih, marah dan kecewa sejauhnya. Fokus aku hanya untuk bahagiakan anak-anak.
Mungkin undur diri adalah jalan terbaik dari terus mempertahankan apa yang bukan memberi kebahagiaan buat aku dan anak-anak.
Maaf andai aku tidak mampu bercerita lebih detail apa yang berlaku sebelum penceraian berlaku.
Cuma ada pesanan dari aku buat lelaki atau wanita yang bergelar isteri/ suami/ mertua atau ipar duai.
1. Seandainya ada teguran dari pasangan tentang ibubapa kita, berlapang dada untuk terima walaupun itu satu kebenaran.
2. Jika anak atau adik beradik sudah berkahwin, jangan pernah bebankan anak atau adik beradik dengan masalah rumahtangga kita terutama bab kewangan.
3. Jangan pernah busuk hati dengan kesenangan anak atau adik beradik kita yang bahagia dengan keluarga mereka.
4. Jangan ada bercerita belakang tentang menantu atau ipar duai kita yang akhirnya merosakkan rumahtangga mereka.
5. Paling penting, jika belum puas bermanja dengan anak jangan pernah izinkan mereka berkahwin jika akhirnya anak orang lain sengsara.
Mohon doakan aku kuat dan urusan bersalin aku dipermudahkan. Amin.
P/s : memadam foto kenangan tidak seperit memadam memori dalam ingatan, bahkan tidak sesakit melihat derita sang anak bertanyakan di mana ayah.
Aku Humaira-Isteri yang ditinggalkan demi ketaatan seorang anak-
– Humaira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit