Uni0n Kilang

Union kilang, aku hadap perangai union kilang ni dekat setahun. Masa aku kerja di sebuah cafe kilang di utara tanah air.

Union kilang, pandangan mereka pada kami yang kerja di cafe ini seperti low class, hina, tak berpelajaran.

Tak kiralah bangsa apa sekalipun, jika aku melontarkan kalimat terima kasih, mungkin hanya 15 peratus yang menyambut.

Yang lain hanya berdiam, memandang muka aku pun tak hingin.

Jangan katakan yang berpangkat engineer, leader, supv, office malah yang masih intern, tambah tambah lagi perempuan, acap kali memandang kami pekerja cafe sebagai low class.

Pernah sekali, kami kekurangan staff, shift malam bermula pukul 7 malam, 7.30 malam sudah ada yang datang mengambil gambar, dimasukkan ke dalam grup union mereka, kononnya roti dan air tin tiada.

Sedangkan kami pekerja cafe baru memulakan shift. Masih kalut membancuh air, kalut menyusun barang.

Mereka fikir kami tempat mereka melepaskan amarah, tempat mereka “feeling feeling” boss, setelah mereka teruk bekerja di dalam production.

Mereka fikir kami, pekerja kantin, tidak berpelajaran.

Ayam seketul RM3 bagi mereka mahal, sedangkan harga barang basah makin naik, segala kos semakin mahal, tapi tidak mereka endahkan.

Bagi mereka, mereka union, pertubuhan mereka kuat, Mereka mahu murah. Mereka akan dapat apa yang mereka mahu.

Pernah sekali aku dan kawan kawan lain bergelak ketawa, gembira gaji sudah masuk, eh malah dirakam, dihantar kepada boss kami.

Mengatakan kami buat kerja tak serius. Kami banyak main. Akibatnya aku dan kawan kawan dimarahi. Sedangkan kami juga manusia. Kami juga ada rasa ingin gembira.

Sedangkan kalian keluar rehat tanpa mengikut waktu yang ditetapkan, makanan belum sedia, kalian sudah desak ingin cepat.

Kami boleh saja cetak nama dan serah kepada pihak yang berwajib untuk menyatakan kritikan dengan sikap kalian. Tapi kami abaikan. Bagi kami itu perkara kecil. Tapi apa balasan yang kami dapat???

Mereka memandang kami semua seperti tidak berpelajaran. Tidak mereka tahu, aku berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang perundangan.

Tukang bancuh air kami ada sijil Kemahiran, tukang masak kami pernah masak di luar negara. Cuma, rezeki kami buat masa sekarang masih di sini. Di dalam banggunan tingkat 3 ini.

Kami juga manusia, ada penat lelahnya, tetapi selalu diuji dengan perkara yang tak sepatutnya. Inilah Union kilang. Kilang tempat aku berkerja. Kilang lain, aku tak tahu.

Sekian luahan kekecewaan ku.

– Batrisyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *