Universiti Berada Di Ambang Kejatuhan

Assalamualaikum pembaca semua. Harap admin boleh luluskan confession ni, kalau tak boleh siarkan xpela :(. Mula2 skali aku citer briefly pasal background aku. Aku sekarang masih belajar, seorang pelajar. Aku tak nak cakap universiti mana tapi universiti aku ni kira half-half. Separuh government (nanti aku citer serba sedikit, korang yang belajar kat sini confirm kenal punya). Aku sebenarnya nak confess pasal kekecewaan aku dekat universiti ni selepas beberapa tahun bergelar pelajar.
.
Sekarang ni dah masuk tahun ke 6 aku belajar kat uni ni so aku boleh rasa perubahan2 yang berlaku kat sini. Changes for good xpela. Ini makin lama makin teruk, and aku xtau nak salahkan siapa. FYI aku sekarang tengah ambik master. Memang cobaan gila2 belajar kat sini. Sebab apa? Sebab universiti ni dah miskin sangat2 tahap apa benda tah. Ya Allah sumpah weh! Aku boleh menangis kalau nak citer pasal kemudahan/barang2 untuk research kat makmal. So in conclusion aku xnak citer pasal research facilities. Aku nak citer pasal toilet!
.
Sebelum ni ada orang pernah confess toilet kat uni x best, katanya tak mesra pengguna. Pada aku toilet tak mesra pengguna ok lagi. Masalah sekarang ni toilet xleh guna terus!
.
Contohnya kat level aku ada 3 toilet. 1 rosak (rosak yang x boleh guna langsung), tinggal lagi 2. Yang 2 tu toilet bowl ok tapi masalah lain plak. 1 tu pintu tak boleh kunci. Yang lagi 1 plak flush/lock pintu rosak, campur dengan kepala paip tu rosak jenis yang macam kalau nk buka paip kena guna spanar sebab tak boleh nk pusing kepala paip tu dengan bare hands. Pastu disebabkan flush rosak, kepala paip x function diorang letak la 1 baldi kat dalam tu, ok laa daripada tak ada apa2 langsung.
.
Tu baru citer toilet aras makmal yang aku slalu lepak. So semalam aku pegi laa blok lain, nak try toilet diorang kot2 best. Siriyesly weh toilet diorang lagi terukk! Dari luar nampak elok jela, ada nampak 1 pasu pokok lidah buaya tepi sink, pastu wangi plak tu. Skali aku dah siap2 buang air besar rupanya flush rosak. Ya Allah! Kecelakaan apakah ini??? Aku kan duk fikir cane nak ‘kambus’ tahi dalam tu sebabnya air dari paip tu plak alahai dengan lemah gemalainya dia mengalir. Memang mustahil la kan kau nk pancut ala-ala paip bomba. Sumpah aku rasa nk menangis dah la baldi ke apa xde kat dalam tu.
.
Hari ni plak kebetulan aku ada keje kat blok budak mechanical. Aku pun nk cubalaa. Mana tau toilet diorg best sbb blok ni tak ramai orang sangat. Tau apa jadi?? Aku kecewa sangat2 wehh. Aku try 1 toilet ni, toilet duduk. Sama jugak macam toilet kat level aku, cuma versi lagi sakai. Dah buang air siap2 masa nak basuk tu baru aku perasan paip rosak. Kepala paip tu memang tak boleh pusing, memang dah fixed tahap tu je air yang keluar. kalau ikut pemerhatian aku bajet pancutan air adalaa kot sama ‘laju/deras’ macam baby kencing. Sebab paipnya macam tu so kat situ adala 1 baldi & ceduk air. Boleh bayang tak bersuci dengan air ceduk dari baldi atas tandas duduk?? Kalau kat umah kita memang xde masalah nak simbah/ceduk air secara rakus sbb kita memang dalam pakaian untuk masuk toilet. Ini kita dengan pakaian untuk g kelas, nak pakai buat solat lagi. Kena cedok air slow2 takut tersimbah kat baju seluar, pastu xnak air bersepah kena kasut sume.
.
Kadang-kadang bukan kita xnak flush toilet lepas berak, bukan suka2 hati nak susahkan akak2 cleaner. Tapi kalau dah macam tu gaya toilet macam mana weh?? Ce bagi cadangan. Tak kan nak usung bawak baldi tiap kali nak masuk toilet. Aku rasa universiti ni miskin sangat dah tahap nak baiki toilet pun berkira. Peruntukan dari kerajaan memang tak boleh nak harap la kan, dah kata universiti ni half government pastu plak foundernya plak dah tak berapa nak government, so aku rasa macam ada sikit propa nak jatuhkan universiti ni. Dulu2 kalau orang tanya belajar mana, memang bangga j nk bgtau diorang. Siap promote suruh masuk universiti ni. Sekarang kalau orang tanya aku terus terang je dan untuk course2 tertentu aku memang x recommend masuk universiti ni. Jahat betul! Rasa macam menyumbang ke arah kejatuhan zaman kegemilangan universiti ni.
.
Tu jela aku nak citer. Thanks semua sudi baca :)

– Student Kecewa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit