Unresolved Feelings

Assalamualaikum semua. Ini adalah reply kepada “Aku jumpa isteri kedua papa” (https://iiumc.com/aku-jumpa-isteri-kedua-papa/).

Dan kebanyakan Confessions mengenai ibu bapa mereka yang memilih curang diusia senja. Lebih-lebih lagi apabila ibu/ayah tu bukan sejenis gatal miang.

Pendek kata, just a normal parents with their flaws. Atau kadang tu, baik gila pijak semut pun tak mati. Tapi tahu-tahu je, kau dah ada keluarga tiri. Takde angin, takde ribut.

Sebelum pergi lebih lanjut, aku nak tekankan yang curang adalah pilihan, sikap keji dan sangatlah mementingkan diri. Dan Confession aku tujuannya bukanlah menambah kecaman perbuatan tersebut. Tidak sama sekali.

Confession aku akan kupas sisi paling dalam mengenai kenapa terjadinya curang diusia senja yang tiba-tiba ni.

Straight to the point je lah. Tajuk aku ni lah punca dalaman, core reason kenapa Pak Cik / Mak Cik dah boleh bercucu memilih untuk curang.

Tak kiralah skandal dia tu cinta lama jumpa kat reunion ke atau cinta baru jumpa di tempat kerja atau jodoh jumpa depan Kaabah sekalipun. This is the culprit: Unresolved Feelings.

Biasanya, soalan pertama orang tanya “kenapa sekarang? Why now?” Mudah. Mereka dah takde baggage lagi, atau sudah sangat ringan baggage. Financially mostly. Expectations baik dari keluarga atau orang sekeliling.

Primal responsibilities (beranak, besarkan & didik anak sampai mereka pula boleh berdikari). Kalau berkerjaya, biasanya dah senior dan kurang sikit bebanan kerja berbanding yang baru masuk.

Pendek kata, dah ‘lepas’ kalau bahasa yang biasanya orang guna. Dah ‘lepas’, kenapa cari penyakit? Kan?

Sebab, diorang qadha’ balik the unresolved feelings semasa muda tu. The void that they felt back then. Kini terasa semula. And they craved for the void to be filled.

Dulu masa muda, mereka ini memilih untuk settle down berbanding membuat ultimate decision semasa berkahwin. Beza ya dua ni.

Mungkin pasangan pilihan ibu bapa, atau rebound, atau memang itu jelah seketul yang ada depan mata. Jadi, kahwin lah. Apa tunggu lagi?

Pulak kawan sebaya banyak yang kahwin. Seronok tengok orang kahwin, kau pun nak juga. Merriment boleh berjangkit ya.

TAPI, berapa ramai yang berkahwin dengan rasa sangat puas hati (contented) dan begitu berdebar-debar out of anticipation of you both’s future? Kebanyakannya rasa lega sebab majlis berjalan lancar je.

Were they married the one who made their heart pounded everytime they met? Felt as if their spouse is their final destination? The one who tapped on their most basic instincts?

The one that they feel they can’t live without? The one that fulfilled their emotional needs?

The one that will look at them as if he/she is the only hope they have in this world? The one that melts everything around when you look at his/her eyes?

Their world???

Ekstrim dan kebudak-budakan nya…kan? Malangnya, these unanswered questions lah punca warga senja memilih untuk curang.

Dan takde pun disebut pasal tanggungjawab sebab biasanya, yang settle down ni jalankan tanggungjawab fizikal diorang tip top! Cuma by time, mereka akan emotionally distant lah. Macam Confession tu.

Dan nombor dua, kenapa mereka tampak berbeza dengan keluarga baru Tu. Sebab unresolved feelings akan bawa bersama dengan unfulfilled wishes.

Macam Confession tu, kenapa bapak dia kemain sweet dgn mistress & adik-beradik tiri tapi dengan dia adik-beradik, bengkeng kering. Maaf, ayat aku seterusnya akan sangat pahit untuk ditelan dan betul-betul melukakan.

Sisi lain yang kau nampak itulah sebenarnya apa & siapa yang bapak/mak kau MAHU jadi dan BOLEH jadi apabila unresolved feelings mereka dipenuhi. Sisi itu adalah sisi “I-wish-I-become” mereka.

Dia yang bersama keluarga kau adalah dia yang berfungsi secara automatic…programmed & stoic. They are focused to fulfill their tasks to feed shelter & raise you as part of their ‘kingdom’.

Bukan kata mak & kau adik-beradik sebagai “not enough”. No. You are enough as yourselves. Cuma bukan untuk dia secara emosi. Kejam kenyataan ni, tapi ini jugalah yang terjadi.

Aku tak minta untuk yang berada di situasi ini untuk memaafkan bapa/ibu mereka. Aku tak layak. Yang perit menanggung tu mereka. Aku cuma minta, kita semua ambil pengajaran akan apa yang berleluasa terjadi si depan mata.

Pengajarannya, agak mudah (tapi susah nak diaplikasikan.) Jangan settle down. Jangan desak orang lain untuk settle down. Biar orang tentukan pilihan sendiri dan hidup dengan puas.

Jangan kau jadi punca orang develop unresolved feelings atau kau zalimi diri sendiri dengan cipta unresolved feelings ni. Orang yang menzalimi orang lain ni, biasanya mereka mulakan dengan menzalimi diri sendiri.

Ada tonton My Liberation Notes? Ya…Rasa puas tu yang aku maksudkan.

Kita yang masih muda dan belum terlambat ni, hiduplah sepuas hati kita. Siapa kata mengikut batas agama tak boleh hidup dengan puas?

Dakyah mana pulak kata Muslim yang baik tak boleh puas & gembira hidup di dunia?

Do you think Rasullullah SAW wasn’t a happy person?

Baginda Nabi SAW adalah manusia paling gembira di dunia sampai akhirat sebab baginda tiada unresolved feelings. Baginda puas dengan Iman Islam & dakwah. Yang kita diceritakan adalah cabaran2 Baginda.

Di mana, cabaran2 itulah juga memenuhkan jiwa Rasullullah SAW. Hidup baginda Nabi SAW epik, ada turun naik dan sangatlah menarik. Itu cara Rasullullah SAW memenuhkan hati.

Aku cuma nak kata, tak perlu rasa bersalah untuk hidup dgn puas & gembira. Kau nak kerja, kerja macam kau akan hidup 1000 tahun lagi.

Bercinta, bagi je sepenuh hati.

Kalau putus tengah jalan, move on, buka semula hati dan bercintalah lagi sepenuh hati. Kenapa perlu takut patah hati? Patah hati tu bukti kau wujud di dunia ni.

Guys, let’s break the cycle ok? Yang dah jadi, tak boleh nak buat apa dah. Yang penting, jangan pulak kita jadi begitu. Hati ni, sifatnya berbolak-balik.

Kita takkan tahu apa yang akan kita pilih sampailah kita dihadapkan dengan pilihan-pilihan itu si depan mata. Sebelum terjadi, baik kita elakkan. Mulakan dengan diri sendiri.

Sekian.

– Nina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *