Untuk Adik Hantaran 8K

Salam semua. Baru2 ni ada viral pasal budak perempuan bising kat status dia yg hantaran 8k tak cukup untuk dia yg ada degree. Bila baca tu aku macam terdetik nak share kat sini untuk bacaan budak2 baru nak up macam adik tu.

Adik, hantaran berapa ribu tu tak melambangkan apa-apa. Kalau bakal suami kau kaya gila atau ada duit lebih sangat sampai tak tahu nak buat apa dgn duit tu, silakan lah labur duit tu untuk majlis sehari korang. Aku ulang, majlis SEHARI. Benda ni subjektif tapi bagi aku, sayangnya duit ribu riban banyak tu korang nak habiskan untuk majlis yg sehari je. Baik korang laburkan ke tempat yg boleh beranak-pinakkan duit tu. Contoh macam buat jadi deposit beli rumah.

Majlis aku total perbelanjaan cuma 5-6k sahaja. Akad nikah. Takde sanding. Walaupun ada saudara mara yg kecam, tapi aku buat bodoh je sebab gaji aku 7k, gaji husband aku 8k. Kalau ikutkan lebih dari mampu. Tapi aku plan dengan husband aku dari awal untuk kumpul duit sama2 buat asset.

Kau nak tahu tak dik, sebab pemikiran kau macam ni la org kaya terus kaya, org miskin terus miskin. Sebab aku tengok kawan2 aku pun gigih buat loan nak buat majlis kat hotel. Aku yg gaji lagi tinggi pun buat kat masjid je. Aku tak kisah la tu hak dorang, tapi sedih la tengok org buat loan untuk benda2 macam ni. Korang tak rasa sayang ke duit tu?

Yg belum kahwin lagi, cari lah pasangan yg bijak urus kewangan. Please la u guys, jangan sebab ada degree, kau nak letak hantaran tinggi-tinggi. Kau ambil degree nak guna untuk cari kerja ke nak cari husband? Tahu tak lepas kahwin nanti lagi banyak duit nak pakai. So fikir la masak2 ya. Adios.

– Cik Puan Aina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *