Untuk Aku Bahagia Juga

Assalamualaikum. Terima kasih jika confession saya di siarkan. Kalau tak tersiar pun, tak ape. Ada la jugak yang sudi baca walaupun untuk tujuan tapisan, hehehe. Saya Nora, berumur awal 30-an. Ada la juga kisah rumahtangga saya dalam confession ni. Jadi saya minta maaf pada sesiapa yang tidak suka.

Saya di besarkan dalam keluarga besar. Ayah saya kerja buruh biasa manakala emak pula suri rumah. Walaupun keluarga kami tidak kaya tapi tidak juga sangat miskin. Alhamdulillah makan minum cukup tapi kami adik beradik sudah terbiasa hidup berdikari sejak kecil.

Seingat saya, hari pertama ke sekolah saja saya berteman dengan abang sulung. Itu pun masa tu, abang sulung suruh saya ingat betul-betul jalan balik antara rumah dan sekolah. Hari kedua saya bersekolah rendah, saya sudah berjalan sendirian. Uniform sekolah dan segalanya, saya iron dan buat semua.

Dalam kalangan adik beradik, saya yang paling pendiam. Paling biasa2 dari segi akademik, sosial dan rupa. Macam tak ada nak dibanggakan oleh ibubapa saya. Saya memang sedar sangat2 dan rasa rendah diri sangat kuat. Susah sangat nak dengar pujian untuk saya.

Tapi di sekolah, saya happy go lucky and mulut becok juga. Cuma bila balik rumah, berubah terus. Makin kami adik beradik meningkat usia, makin kami renggang. Ada yang sudah belajar jauh, dapat kerja yang baik. Saya, bernasib baik boleh melanjutkan pelajaran ke IPTA.

Pada umur 18 tahun, baru saya betul2 bergaul dengan kawan lelaki yang sebaya. Sebelum tu, saya bersekolah 5 tahun di sekolah perempuan. Masa sekolah rendah tu, biasa2 je berkawan. Biasalah budak-budak sangat kan. Nak kata terkena kejutan budaya, tidaklah sangat.

Course saya pula, nisbah 2:1 lelaki dan perempuan. Tapi disebabkan tuntutan ilmu, terpaksa saya beranikan diri juga bercakap dengan diorang. Masuk group itu ini bercampur lelaki perempuan. Saya bercakap pun bila perlu. Awal-awal, boleh kata sampai seram sejuk tangan nak suarakan pendapat dalam group dan dalam kelas.

Dalam saya memegang tittle perempuan paling pendiam dalam kelas, sempatlah juga saya bercinta (adik2 jangan tiru perbuatan akak yang jahil dulu ni ok). Pertama, dengan Aziff. Aziff ni sedap mata memandang. Dengan dia ni saya dapat keyakinan sikit.

Yelah, saya cerita kat atas yang saya ni selalu rasa rendah diri kan? Bila Aziff berminat dengan saya, saya rasa yang saya ni pun ‘not bad’ la kot. Tapi 2 tahun je lepas tu kami putus. Aziff ni rupanya agak playboy jugak. Kami putus secara baik walaupun saya tau dia curang. Buat apa nak gaduh pada orang yang tak sudi. Pasrah.

Selepas Aziff, Fikri hadir dalam hidup saya. Dia memang very good looking sampai saya pun pelik juga, apa dia tengok kat saya. Tapi kami pun tak ada jodoh atas sebab keluarga yang menghalang. Kedua keluarga tak berapa berkenan dapat bakal menantu orang jauh. Again, pasrah.

Kedua2 ex tu, kami masih berkawan cuma tak berhubung. Time masing-masing nak kahwin, barulah kami berhubung untuk sama2 hantar kad jemputan. Lagipun, kebetulan Aziff dan Fikri pun berada sosial circle yang sama di IPTA. Tengok perkembangan masing-masing dari jauh je sekarang.

Sebenarnya antara timeline saya bercinta dengan Aziff dan Fikri, ada juga beberapa lelaki lain yang baik-baik tapi saya abaikan. Maybe rupa mereka agak kalah sedikit dengan ex saya tapi saya tolak and mereka semua kawan yang baik.

Nak buat macam mana. Rupa paras saya pentingkan waktu tu. Selepas tamat belajar, saya pulang untuk bekerja di tempat sendiri. Rezeki saya dapat kerja cepat dan dekat untuk berulang alik rumah keluarga dan tempat kerja. Masa ni saya pun single mingle.

Balik duduk rumah sendiri, datang balik rasa rendah diri. Actually, bila dah tua bangka ni.. saya analisis diri sendiri… saya memang tak pernah dapat bermanja dengan keluarga sendiri. Pujian jarang dapat, kritikan tu tak payah kira la. Tak terkira, hehe. Abang2 and kakak ada kelebihan itu ini.

Malah, majlis konvo saya pun, mak ayah tak berusaha nak datang padahal kakak yang belajar lagi jauh, sanggup bersusah payah ke sana. Orang cakap lepas habis belajar, bina kerjaya dan kumpul aset. Saya pula, nak cari lelaki untuk tempat berpaut emosi dan segala2 yang boleh ku paut.

Saya berkahwin dengan suami semasa kewangan kami dah stabil. Segala persiapan kahwin, kami berdua tak guna duit ibubapa kami. Rezeki saya dapat suami yang sekufu. Suami saya, saya kenal semasa saya baru kerja. Masa tu gajinya rendah dari saya. Mukanya gelap sebab naik motorsikal ke sana sini. Kereta tak ada. Jerawat pun penuh sampai kat dagu, hihi.

Yang tu saya perasan sebab kebetulan dia datang nak hadiahkan coklat, saya gi tilik jerawat pula. But…saya tahu dia baik. Itu yang utama. Saya ingat balik lelaki2 yang saya pernah tolak dulu sebelum Aziff dan Fikri. Kalau ada yang baik, memang tak akan saya lepaskan dah.

Kali ni, saya cuma nak lelaki yang baik dan kuat bekerja. Saya nak cari dahan kuat untuk bergantung hidup. Dan paling utama, biarlah dia sayangkan saya sangat2.

Orang kata, chemistry penting juga. Semasa bercinta, saya tak ada rasa langsung tarikan kimia tu dengan suami. Tetapi….. tetapi selepas kahwin, barulah ianya datang perlahan-lahan. Kemudian semakin lama semakin kuat.

Kahwin ni indah kalau dapat suami yang betul2 sekufu. Dari segi kewangan, malah hingga ke citarasa deco rumah, jarang la berselisih kami. Perbezaan tu memanglah ada tapi kita fokus lebih pada persamaan. Selepas jadi isteri, barulah saya rasa perasaan bila kita dimanjakan. Boleh bersenang lenang.

Memang bahagia. Siapa tak bahagia dapat suami tanggung dari A-Z? Dah hampir sedekad kami bersama.. perasaan kami boleh kata lebih dari semasa kami bercinta lagi. Tapi semasa awal perkahwinan, Allah dan saya saja tahu.. betapa saya sanggup jadi hipokrit dengan suami semata2 untuk hasil seperti sekarang.

Tahun awal perkahwinan, suami belikan rumah untuk kami dan sempatlah mengajak saya untuk urusan di KWSP. Alang2 di situ, dia nak letak nama saya sebagai penama tunggal untuk nama waris akaunnya. Tapi saya hipokrit. Saya suruh juga dia letak nama ibunya dan saya sempat berpesan di situ… ibu itu melahirkannya, biarlah ada bahagian juga. Dan suami menurut. Padahal tujuan utama sebab saya hanya nak nampak diri saya baik depan suami!

Kemudian semasa awal perkahwinan juga, saya dan dia sering berebut di kaunter bayaran untuk membayar groceries dan shopping barang. Alasan saya, saya tak nak guna duit dia sangat. Biasanya suami yang menang tapi saya juga menang hal yang lain. Iaitu saya bukan isteri yang suka mengikis. Betapa hipokritnya saya.

Saya tahu suami memang pandang duit perempuan macam pandang benda terlarang. Baginya, seperti dayus guna duit perempuan. Tapi setiap tahun saya bank in juga duit insurans rumah, insurans kereta sebab alasannya saya segan selalu guna duit dia. Markah lebih untuk saya. Semasa annyvesary kami dan birthday dia, saya akan all out planning untuk celebrate. Tak rasa rugi pun sebab sepanjang tahun, suami akan ingat dan all out manjakan saya. Hipokrit kan?

Dekat luar, saya sentiasa senyum manja tapi dalam hati sentiasa saya fikir.. apa lagi yang saya nak berdrama? Kalau ada yang fikir, tak penat ke? Jawapan saya, saya paling takut sayang dia pada saya pudar. Sebab dengan family, saya tak pernah dapat kasih sayang macam saya dapat dengan suami.

Kadang2 bila dia tolong gorengkan ikan sambil layan games, saya tetap makan ikan hangit dia walaupun dilarang. Saya ucap terima kasih tolong kat dapur dan teringin nak makan air tangan suami iaitu ikan goreng hangit tersebut. Riak muka dia pun win sangat seperti tak tahu samada saya sarcasm atau ikhlas. Tapi selepas tu, boleh dikatakan suami dah banyak improvement di dapur. Makin ringan tugas saya. Alhamdulillah.

Itu contoh2 hipokritnya saya dalam kehidupan seharian. Nak marah, memang saya tak pandai. Bila dapat anak, suami suruh aje saya resign untuk tumpukan anak. Ya, hanya jaga anak saya sebab balik kerja pun, dia menolong buat semua kerja rumah. Alasannya, takut saya letih jaga anak.

Sekarang jawatannya pun tinggi, gaji pun boleh tahan, kulit muka dah licin dan cerah dari dulu. Jauh sangat beza penampilan dari sebelum kahwin. Untuk saya, saya just jaga badan saya, keperluan batin dia dan emosi dia bagi selalu happy.

Dah ada masa terluang kat rumah, bolehlah study apa yang patut untuk kukuhkan rumah tangga. Happy wife, happy family. Macam mana die kenal saya sweet girl sebelum nikah, itulah cuba saya kekalkan sampai sekarang. Tapi sekarang memang sayang sangat kat suami. Rezeki saya Allah bagi. Doakan kami bahagia ye?

Tapi suami banyak bantu saya juga dari sudut hubungan saya dan family.. sikapnya yang pemurah disenangi oleh adik beradik saya. Boleh di harap, sentiasa senyum.. dulu keluarga saya ni, .masing2 kena hulur duit kalau nak buat apa2 kat rumah mak ayah saya. Tak ada siapa yang murah hati nak bayar lebih ke apa. Padahal semua kerja elok2. Tapi tak dijadikan budaya pemurah. Bahagian aku, bahagian kau. Lebih kurang macam tu.

Tapi orang cakap, bila kita bahagia.. barulah kita boleh bahagiakan orang lain. Sayalah yang buat dulu. Ada apa2 saya belanja anak saudara, belikan makanan tanpa sebarang sebab special. Just niat untuk belanja family saya.

Mula2 macam tak biasa. Yelah, apa hal kan tiba2 saya nak belanja kan. Setiap kali balik kampung berkumpul ramai2, suami ajak keluar belikan apa2. Baiki rumah ke. Sampah pun dia rajin buang. Benda kecil itu la orang selalu nampak.Itu ini. Lama-kelamaan, abang dan kakak pula yang suka hulur.. saling belanja, rancang trip ke situ sini. Entahlah.

Boleh kata, makin seronok family saya. Makin rasa kuat ikatan kekeluargaan. Mak ayah pun makin tua. Dah boleh bersembang sama2. Sekarang ni, dalam seminggu pun beberapa kali juga saya bercakap di telefon dengan mak. Macam2 kami bualkan. Situasi ni pun tak terfikir langsung pada saya suatu masa dulu.

Dalam bahagia ini, kalau tengok ada kawan yang belum bertemu jodoh, tolonglah doakan juga kawan tu selepas solat. Yang sukar dapat anak, yang sakit… tak lama pun tolong doakan orang. Maybe seminit dua je. Kalau ada kereta yang tergesa2 di hadapan atas jalan raya, apa kata bagilah laluan kat dia. Macam cikgu sekolah saya cakap dulu, maybe dia tergesa2 nak membuang air besar. Bagilah laluan supaya sempat dia ke tandas. Permudahkanlah urusan orang lain.

Jiran2 kalau terserempak, senyum. Jumpa orang, kita hiasi wajah dengan senyuman. Kita permudahkan urusan orang bahagiakan orang lain seikhlasnya.. akan dibalas yang baik juga kan. Entahlah, makin panjang pula confession ni. Saya berundur dulu… Assalamualaikum.

– Nora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *