Untuk Anak Yang Menjaga Ibu Ayah Lanjut Usia

Salam semua, sedikit intro pendek tentang diri, saya A berumur akhir 20an, mempunyai pekerjaan tetap dan belum berkahwin, punya beberapa orang adik beradik dan semua telah berkeluarga kecuali saya.

Menjadi satu satunya anak yang masih bujang, pastinya saya yang diharapkan untuk menjaga Ibu Ayah yang sudah berusia, Ibu Ayah berumur lewat 60an, pesara dan tinggal di kampung.

Sebabkan saya selalu baca tips parenting dan tips menjaga anak kecil, saya saja nak share sebuah artikel yang dibaca tentang “LATE ADULTHOOD” iaitu ibu ayah kita,

Semoga penulisan ini mampu memberi kefahaman dan motivasi buat anak yang menjaga Ibu Ayah lanjut usia, kerana saya sangat faham struggle dan kesabaran yang Tuan/ Puan/ Cik alami.

“LATE ADULTHOOD” adalah fasa untuk mereka berumur 60 tahun dan ke atas, di mana ada dua perubahan besar yang berlaku dalam diri mereka.

1) Perubahan fizikal.

2) Perubahan mental.

Saya share tentang PERUBAHAN FIZIKAL terlebih dahulu, antaranya tubuh badan menjadi lemah, immune system rendah, pendengaran kurang jelas, mata semakin kabur dan macam macam lagi.

Manakala bagi PERUBAHAN MENTAL berlaku permasalahan intelektual dan kognitif which is mak ayah kita ni akan berubah dari segi emosi, kurang kefahaman dalam sesuatu isu, lebih sensitif (cepat marah atau merajuk) dan sebagainya

Inilah yang berlaku pada Ibu Ayah kita yang kadang kita terlepas pandang, kita anggap mereka masih seperti Ibu Ayah dahulu yang masih muda bertenaga,

At the same time kita juga sedang membina diri dan berkerja, banyak cabaran bila menjaga Ibu Ayah, malah emosi dan pembinaan diri sendiri pun susah kita nak bina, apatah lagi menjaga Ibu Ayah pula.

Jadi saya share sedikit antara solusi bila menjaga orang tua bagi sudut anak yang masih bujang,

Pertama jaga emosi dan fizikal diri terlebih dahulu, cipta work life balance seperti bersenam, menambah ilmu dan mencipta circle yang baik untuk kehidupan yang positif.

Dengan mental dan fizikal yang sihat, barulah kita ada kekuatan untuk menjaga Ibu Ayah yang lanjut usia, sama konsepnya seperti menjaga anak kecil, kadang merajuk, kadang terlebih aktif dan kadang sunyi menyendiri.

Pastikan Ibu Ayah kita mendapat fasiliti yang baik, rumah yang kemas, check kereta atau motor yang mereka gunakan, seterusnya dari emosi selalu berbual dengan Ibu Ayah kita,

setiap minggu bawa ke pasar atau menziarahi saudara mara, selalu temankan Ibu Ayah untuk lakukan hobi yang mereka minat,

Kalau Ibu Ayah dalam fasa sensitif, cuba rasionalkan diri, jangan bantah atau melawan, buat saja lawak ke, buatkan kopi ke supaya mood nya bertambah baik.

Kalau tiba tiba mereka tanya “best ke hotel ni?” haa maknanya dia teringin, jadi cuba bawa dia ke hotel tu kalau mampu.

Ya hal ini tak mudah seperti saya yang hanya menulis, tapi kita cuba,

Saya sendiri terpaksa korbankan hobi hiking demi menjaga orang tua, dan tak sempat nak berkenalan atau bersosial (baca : lepak bersama rakan) sebab perlu banyak spend masa dengan orang tua.

Bagi saya inilah sebuah pengorbanan untuk ibu ayah kita, komitmen ini hanya sedikit berbanding kasih sayang dan kesabaran yang mereka curahkan untuk membesarkan kita,

Jadi salam kasih sayang dan ketabahan dari saya buat semua anak anak yang menjaga ibu ayah lanjut usia

Semoga asbab menjaga ‘syurga’ dunia ini Allah akan berikan ‘syurga’ akhirat yang terindah buat kalian.

– Anak Harapan Negara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *