Orang kata, kalau kau menulis, at least kau puas sebab dah luah.
Kalau kau sekarang dalam keadaan yang sangat sangat serabut,
Pejam mata kau seketika and bayangkan apa yang kau nak
Kalau kau nak bebas dari masalah, kau takleh setakat petik jari and puf ! Semua hilang.
Tak.
Realiti tak akan berlaku macam itu.
Kau cuba renung, apa yang buat kau jadi stress,
Bila kau meluah pada orang lain, kau boleh senaraikan 1001 punca kau stress tapi mesti ada that “one thing” yang kau takkan admit pun, and tanpa sedar sometime punca stress tu sebenarnya dari that “one thing”. Lain orang lain “one thing” dia. Masing masing sendiri tahu.
Tak, aku tak salahkan kau. Cuma kau kena realize pasal benda ni and start working on the solution.
Tayah la masa serabut kau pergi dengar lagu lagu motivasi atau baca quote quote yang inspiring, sebab benda tu akan buat kan kau motivated dalam beberapa saat atau minit je.
Dan tambah tambah jika kau dengar lagu atau baca tu dalam keadaan kau masih berbaring atas katil, bilik kau masih bersepah, baju tak basuh/ lipat lagi, sampah tak buang lagi — lagi lagi lah tak berhasil.
Orang nasihat supaya jaga solat, kena khusyuk,baca Quran, faham makna dll — ini semua benar belaka, sebab ketenangan sebenar itu hanya akan dapat bila kita dekat dengan Allah, kalau selain tu semua hanya lah ilusi kau, TAPI—-
DARI– keadaan kau yang masih serabut,
Dengan keadaan environment kau yang macam aku highlight kat atas.
KE– terus bangun mencapai khusyuk solat.
Benda tu amat amat amat amat payah. Trust me, aku pun dah lalui fasa keserabutan dan untuk terus jump ke fasa khusyuk itu tidak semudah menuturkan ayat nasihat itu.
First thing first. Benda ni sangat practical.
Kau nak reset and refresh balik kan, ikut. bangun dari katil sekarang atau kat mana atau apa posisi kau sekarang, BANGUN dulu dan sambil baca, sambil literally buat step bawah ni :
1) Ambik satu plastik sampah, buang dulu semua sampah dalam bilik kau. Kau takpayah lah beriya nak sapu sampah /mop/buang sawang bagai tu dalam first step ni. Cuma ambik and buang masuk plastik.
-Takpayah nak jadi sentimental masa ni – tiba tiba teringat plastik coklat ni orang bagi la apa la— TAKPAYAH! buang je.
-Bahagian kemas ni, mula dengan bilik kau dulu. jangan terus satu rumah, nanti kepala kau serabut pulak fikir nak kemas dapur lah ruang tamu la apa la – yang ni semua kemudian.
Dan bahagian bilik ni termasuk lah kalau kau ada bilik air dalam bilik. botol shampoo kosong,berus gigi yang dah kembang, shaver yang dah berkarat – SEMUA B.U.A.N.G !
-Kalau ada bag/dompet, buang semua kertas resit/kertas/tisu/segala sampah yang tak guna.
-Dalam laci, kalau ada barang skin/haircare atau apa segala mak nenek yang dah tinggal setitis dua/ yang jarang sangat pakai (dan kau tak tahu bila lagi kau akan pakai)/ yang dah expired – BUANG ! JANGAN SAYANG !
Especially kalau benda tu banyak lagi tapi kau pun pakai setahun 3 kali pastu kau pun terlupa akan kewujudan barang tu — takpayah sayang. nampak sangat benda tu tak penting dan kalau tak ada pun, kau masih boleh hidup dengan normal.
2) Ambil satu lagi plastik atau kalau kau ada bakul kain, ambik bakul kain tu, kalau boleh buat tiga kategori. Baju belum basuh, baju dah basuh tapi belum lipat, baju taknak pakai dah/ jarang pakai.
-Kau kumpul and campak je dalam plastik. Yang dah basuh tapi belum lipat pun tayah rajin nak lipat sekarang, campak je dalam plastik dulu. Ni untuk pastikan momentum kau untuk kemas ni maintain, taknak lah masa kau tengah lipat kain, tetibe kau rasa macam malas nak sambung pulak.
-Sekarang kau bukak almari baju kau, first cari baju yang paling jarangggggggg sekali kau pakai and apa reason kau tak pakai? dan bila last time kau pakai / apa kekerapan kau pakai.
Antara ambik pakaian dalam almari dengan ambik pakaian dari timbunan baju bersih yang tak berlipat tu, yang mana kau paling kerap ambik?
Kalau kau rasa dah lama tak bukak almari and usually recycle pakai baju dalam timbunan tu je ( cuci-guna-cuci-guna, hence kenapa kau malas lipat, makanya kau dah boleh buang kot semua pakaian dalam almari tu.
Again, JANGAN NAK EMOTIONAL! Kalau kewujudan pakaian dalam tu pun kau dah almost terlupa dan masih boleh hidup normal tanpa perlu pakai dorang, maknanya kau dah cukup dengan pakaian yang kau usually recycle tu.
Kalau baju elok lagi, sayang nak buang/ bakar — maka cari orang yang nak atau pusat pusat yang menerima pakaian masih elok/ atau buat pre-loved.
Tinggalkan sedikit baju formal seperti (e:g baju kurung/baju melayu) untuk event event penting walaupun kau jarang pakai. Sekurangnya ada prepare. Takdelah macam tetibe kau kena pakai baju formal, kau baru gegas nak cari baru.
TAPI — if kau sejenis always nak up to date, taknak pakai baju lama. Maka get rid saja la. Jangan fikir dah.
Dah settle semua ni. Keluarkan plastik plastik ini dari bilik kau atau dari pandangan kau sementara.
3) Sekarang, tengok katil kau. Berapa lama tak tukar cadar? kalau dah lama, BUKAK! asing masuk dalam plastik baju belum basuh tu.
Kalau kau rasa tak nak ganti lagi sebab kau takde cadar lain — kau make up lah katil kau. Susun bantal. Lipat selimut elok-elok. Jangan landing pulak sebab penat mengemas tadi.
4) Kemas working space kau. Kalau ada meja study ke meja buat kerja ke, susun kemas kemas. Kosongkan. Pen mana takde dakwat dah, buang ! Stationery mana dah takleh guna, buang!
-Kalau rasa meja kau serabut amat and takde laci or almari nak tempatkan barang barang kau ni. Kau sabar jap. Nanti kau beli lah satu box, or container legap untuk simpan barang2 kau. Kenapa aku cakap legap?
Semua bila kau dah masukkan dalam tu, either kau susun elok or kau campak berterabur pun dalam container tu, kau takkan nampak dah bila kau tutup container tu. Thus, keserabutan tadi boleh lenyap in few seconds.
5) Bila semua perkara atas ni dah settle dan bilik kau dah kemas, pasti masa ni kau pun dah berlengas berpeluh dan selekeh. Haha! Soooooo —- ambik towel sekarang dan mandi !
-Kau basahkan seluruh inci tubuh kau. Dari rambut sampai kaki. Tak payah nak “tak nak lah basahkan rambut” bla bla. Basah kan je semuaaa.
-Kau sabun badan, kau shampoo rambut. Kau gosok gigi. Kau cuci muka, tenyeh sikit mata, buang segala tahi mata, tahi telinga, tahi hidung kalau perlu.
-Jangan lupa buang kuku kalau kuku panjang. Kuku tangan kuku kaki, dua dua potong.
-Kau shave/trim lah semua bahagian yang perlu di shave/trim bagi kemas.
-Kalau kau sejenis suka potong rambut sendiri dan tak sayang rambut, aku sarankan engkau untuk potong rambut kau. Kalau kau taknak korbankan rambut kau, takpe la.
-Mandi yang ni biar berlama sikit. Bagi kau feeling seolah kau “cuci” semua negative vibe. Masa ni kau akan fresh sangat.
6) Lepas mandi, ambik pakaian bersih dan yang kau selesa, kau pakai. Pastu jangan biarkan rambut kau terlepas masa ni. Ambik tuala, kau bungkus dulu semua rambut kau. Bagi muka kau, leher kau bebas dari rerambut.
Or if kau nak keringkan pakai dryer, lepas kering, sikat rambut kau kemas kemas ke belakang or kalau rambut kau panjang, ikat tinggi tinggi, even better kau sanggulkan.
-Kalau aku personally, aku suka pakai legging atau pakaian yang “pegang body” aku lepas aku dah siap mandi dan badan masih fresh.
Sebab aku rasa seolah olah “okay, i got myself ” “i got everything in place now, i’m ready for next move”, aku rasa badan aku fit and bersemangat. Aku rasa macam ada sense of belonging, haha.
If tak, dalam keadaan serabut, aku rasa macam semua anggota badan,minda aku semua menerawang keluar. Macam takde control. Abaikan kalau korang rasa aku je over lebih ni. But it does help me, really.
-And as for kenapa aku suruh ikat rambut bagai tu, sama jugak reason dia, supaya kau rasa semua in place now, takdela rambut kau terumbang ambing. Kau akan rasa lebih kemas dan terkawal.
(Tapi ni dalam rumah je tau ! tak kira lelaki or perempuan – sila menutup aurat/berpakaian sopan kalau keluar dari rumah atau jika korang nak menghadap orang lain, tak kisah lah family sendiri pun)
7) Ambik satu kertas, tulis besar besar,kau senaraikan semua to do list kau termasuk barang barang yang kau nak beli. Buat check box sekali. Lepastu kau try untuk settle kan dulu benda benda yang senang dan tak ambik masa yang lama untuk buat.
Kau cepat settlekan time tu and tick check box kau. Buat as much as possible dalam masa segera. Dan after tinggal yang macam susah sikit, kau atur ikut turutan, set deadline and mana satu main priority.
8) Bila semua all these dah selesai atau kau dah tak seserabut before this, bila masuk waktu solat, kau terus solat.
Dengan keadaan kepala kau dah ringan sikit,dah organize, ia sangat sangat membantu korang calm down a bit, otherwise dalam kepala kau akan berfikir macam macam masalah hal dunia yang tidak berkesudahan.
-Try untuk get on track balik untuk solat on time and even set kan sehari wajib baca 1 mukasurat Al-quran berserta maksud.
-Kau jangan pulak target terus “aku nak berubah, aku nak buat solat solat sunat, aku nak habis 1 juzuk sekali sehari, aku nak bangun tahajud everyday etc. ” — sebab kau ni macam pokok yang baru disemai, baru nak tumbuh pucuk.
Kalau kau bagi baja setiap hari, kau bagi air banyak, kau terus expose dia pada matahari sebab kau fikir semua ni untuk kebaikkan, tapi kalau untuk pokok yang baru nak start bercambah, kau terus bagi banyak, inshAllah dia tak lama. dia taktahan.
Tapi kau set lah untuk gradually increase amalan amalan tu.
Amalan sikit tapi istiqamah tu lagi baik dari amalan banyak tapi awal awal je berkobar.
Paling paling penting, jangan rasa takde harapan.
Jangan rasa diri kau teruk.
Jangan compare langsung diri kau dengan orang lain. Kurangkan sos**l media. Ini punca utama banyak perbandingan berlaku.
Jangan ikut orang.
Jangan hidup untuk puas kan hati orang.
Jangan hidup untuk try to look better than anyone.
Jangan letak expectation terlampau tinggi.
Jangan terlampau banyak expose kehidupan kau pada orang lain.
Gi mampus dengan expectation orang. Selagi dorang tak kacau kau, selagi dorang tak bagi kau duit untuk suruh kau buat itu ini. Tayah kisah!
Always always asingkan antara keperluan dan kehendak.
Kalau kau rasa kau perlu kereta misalnya, tengok kemampuan kau.
Bukan tengok kereta apa yang boleh impress orang.
Kalau kau pakai kereta murah kecik sekali pun, ia masih akan membawa kau ke destinasi yang kau nak tuju.
Kalau kau dapat rumah murah kecik sekalipun, ia masih boleh melindung kau dari hujan panas.
Even kalau kau masih menyewa sekali pun, tidak pulak rumah sewa sebabkan kau dibaham haiwan liar atau kau jatuh sakit sebab berhujan panas.
Jangan complicatedkan perkara perkara asas, dunia ni sementara geng. Always focus apa yang kau perlu.
-Kau perlu kenderaan —untuk bawa kau bergerak ke destinasi
-Kau perlu tempat tinggal —untuk kau berlindung
-Kau perlu pekerjaan—untuk kau menampung hidup
-Kau perlu pakaian—untuk tutup aurat kau
Yang kau perlu sebenar benarnya ialah ayat yang terkemudian,
Jika kita tak mampu, jangan stress memikirkan kehendak kita
Bas pun boleh bawak pergi destinasi yang kita nak.
Rumah sewa pun boleh bagi kita berlindung.
Any pekerjaan halal walaupun tidak popular pun boleh bantu menampung hidup.
Baju RM10 pun kalau menepati syarat boleh tutup aurat.
Takde siapa cakap, kalau pakai mercedez je boleh pergi mana mana.
Takde siapa cakap, kalau rumah banglo tanah lot sendiri je boleh buat tempat kau berlindung.
Takde siapa cakap, kalau kerja CEO je boleh sara hidup.
Takde siapa cakap yang pakaian menutup aurat mesti harga RM100 ke atas.
Hidup ni tak lama. Macam mana kita uruskan hidup kita, itu lebih penting. The choice is yours.
Lastly, kau mungkin akan jatuh balik dalam keserabutan. Cycle tu normal.Tapi jangan rasa dah takde harapan pulak sebab asyik jatuh je. Kau repeat je balik step step atas ni setiap kali kau down. Allah tengok effort, geng.
– Struggler (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit