Assalamualaikum wbt. Terima kasih diucapkan kepada admin kalau admin siarkan confession ni. Bila baca dilema Pn R (https://iiumc.com/dilema-anak-seterusnya/), Ya Allah aku rasa mcm aku tengah baca skrip diri sendiri. Pernah hantar confession jalan cerita sebijik mcm Pn R, tp mungkin admin rasa confession aku tak cukup best utk disiarkan kot? Haha.
Okay berbalik kepada confession Pn R, sesungguhnya aku sgt2 memahami apa yg confessor rasa. bezanya confessor dah pun ada 2 org anak dan dlm fasa ‘berehat’, just nak focus utk besarkan anak sedangkan aku tgh mengandung anak kedua skrang ni dan InsyaaAllah klu diizinkan pertengahan bulan 12 ni keluarlah putera kami yg kedua.
Okay sedikit pengenalan tentang diri aku, berumur awal 30an, bekerjaya dan memiliki seorg putera berumur 3 tahun. Dan ya, waktu dapat tau mengandung anak kedua, si sulong sudah pun masuk usia 3 tahun. Klu nak ikutkan semua org kata, just a perfect time utk bagi ‘kawan’ dekat si sulong. Tapi, walaupun si sulong dah besar, sungguh aku tak bersedia nak mengandung anak kedua waktu tu.
Bila suami aku tau dia memang happy la, tapi terus bertukar sedih bila dia tengok aku kemurungan. Aku punya kemurungan tu bukan main2, sampai kan aku menangis siang malam sambil cakap dengan suami aku tak nak anak ni!! Suami cuma mampu tenangkan aku, suruh aku mengucap dan nasihat. Ye la, apepun lagi dia boleh buat kan? Orang kata terlajak perahu boleh diundur. Hmmm.
Untuk pengetahuan pembaca semua sebelum aku dikecam, background family aku sama dengan Pn R. Adik beradik ramai (8org), membesar dalam broken family, segala benda tak cukup, dapat pulak bapak yang tau derma sperma je (untuk pengetahuan ibu dan ayah aku bercerai ketika kami masih kecil). Penyebabnya ayah aku kahwin lain senyap-senyap right after ibu aku lahirkan adik bongsu. Syabbas daddy, syabbas!! Dah la dia jarang balik, balik pun cuma untuk buat ibu aku mengandung je so keluar la kami beramai-ramai mcm anak ayam. Aku tak salahkan ibu, ye la masa zaman 70-80an ni pengetahuan tentang merancang tu agak limited.
Lagipun ibu tak berpendidikan tinggi, so apa yg dia tau kena taat dengan suami. Suami balik kena layan selayaknya. Oh, lupa nak bagitahu. anak2 sebelah isteri baru pun boleh tahan ramainya, ada la dalam 9 orang dan hidup diorg pun kucar kacir, sebijik mcm zaman kami membesar dulu. Sebab tu aku kata ayah aku ni pandai derma sperma je, anak-anak dia yg ramai ni memang dia tak peduli. Setiap anak tu ada rezeki masing-masing katanya. .aduhhh.
Okay, berbalik kepada cerita pasal aku, masa trimester pertama mengandung ni, aku diberi ujian, mungkin lebih kepada kifarah agaknya sbb tak bersyukur dengan rezeki yg tuhan bagi ni, aku menjalani operation utk buang appendiks. Lepas operation, dapat Hyperemesis Gravidarum pulak (Alahan muntah-muntah yg sangat teruk sampaikan kau dengar org cakap pasal nama makanan pun kau boleh muntah).
Bayangkan, luka bekas operation belum baik, kau muntah hampir 30kali sehari. masa tu aku bertambah-tambah benci dengan anak dalam kandungan ni (Ya Allah,ampunkan aku. ) Dengan suami aku sekali la aku benci masa tu. Bila kandungan membesar pulak dengan kaki cramp, berat naik, jalan terkedek-kedek, follow up check up lagi. Aku check up dekat KK sbb lebih detail, tapi aku tak boleh follow schedule diorg yg nak aku datang 2 minggu sekali sbb HB aku agak low. Sudahnya aku proceed dekat klinik swasta, sebulan sekali je kena datang. Dalam masa yg sama HB aku terus okay.Alhamdulillah.
Tapi pengalaman mengandung kali ni buatkan aku sangat-sangat serik nak mengandung lagi lepas ni. Tak tahulah bahagian bersalin nanti pulak macam mana. Tapi tiap kali suami urutkan kaki aku yg cramp ni, aku merayu dekat dia janganlah mintak nak tambah anak lagi. Aku tahu tahap kekuatan aku dekat mana, sungguh aku tak mampu nak beranak ramai-ramai. Ada masa si sulong tantrum sikit aku dah naik darah.
Berdasarkan pengalaman aku membesar dengan serba kekurangan lebih-lebih lagi kasih sayang, aku rasa betapa tak adilnya aku marah si sulong cuma kerana dia tantrum. I mean, memg perangai dia bersesuaian dengan umur dia sekarang kot, tapi sbb badan aku penat, aku tak boleh sabar. Dan yg peliknya, entah kenapa aku macam tak bersedia nak bahagikan sayang & cinta aku pada si sulong ni pada adiknya nanti. Normal ke semua ni? Aku takut aku terpilih kasih nanti. ya Allah sungguh2 aku takut.
Jadi bila aku suarakan pada suami yg aku aku nak ‘tutup kilang’ lepas bersalin anak kedua ni, dia macam tak happy. Dia kata paling sikit nak 4 orang. Dalam hati aku ada rasa marah, sbb aku rasa dia sendiri tengok aku punya pregnancy journey kali ni teruk, langsung tak rasa kesian ke kat aku ni? Suami aku memang la byk membantu uruskan anak, kerja rumah pun dia tolong buat, tapi ada masa dia leka main game dekat phone, sumpah aku rasa macam nak pijak perut dia. Sudahnya aku ambil keputusan lepas je anak kedua ni keluar aku nak pasang implanon. Lantak lah, aku rasa kami ni macam tak layak nak ada ramai-ramai. Cukup la ada 2 org ni nanti.
Semoga Allah sihatkan tubuh badan kami dan anak-anak kami sehingga ke akhir hayat. Jadi takdelah org duk mengata itulah kau taknak beranak ramai-ramai bila sakit anak tak boleh jaga sbb masing-masing sibuk. Bukan ke ada org yg anggap anak-anak ni sebagai pelaburan? Dah tua nanti berharap sangat anak yg akan sara dan jaga kita sampai ajal tiba. Aku tak boleh hadam mak bapak yg berfikiran mcm ni. kau yg sedap-sedap berdua sampai budak tu lahir, boleh pulak kau mintak diorg balas segala penat lelah kau besarkan diorg. Haaa. ada la pembaca kecam aku ni nanti! Huhu.
Apepun kepada Pn R, saya doakan urusan puan dipermudahkan. Tambahlah zuriat bila Puan bersedia dari segala segi, bukan sebab nak penuhkan kuota yg suami puan nak. Jgn peduli dengan kata-kata org yg cakap puan overthinking lah, puan byk sgt fikirlah. Ye lah, sebelum anak lahir la kena fikir semua consequences ada ramai anak, klu budak tu dah lahir nak fikir apenya? Hadap je la kot sampai nak besar. Lagipun mereka mungkin ada support system yg cukup dalam membesarkan anak-anak yg ramai, tapi puan lebih faham keadaan diri puan. Kita juga tak tahu apa yg akan terjadi pada masa akan dtg, mungkin suami puan akan lebih concern bersama-sama mendidik anak-anak, boleh jadi puan diuji dengan perangai suami yg mula berubah sbb dia pun penat nak jaga anak ramai-ramai.
Sudahnya dari rasa ikhlas nak penuhi impian dia untuk anak-anak yg mengusung jenazah dia suatu hari nanti bertukar menjadikan puan seorg isteri yang hilang taatnya. Saya ada terbaca satu komen ni yg menegaskan, dalam berumahtangga, yg dikejar adalah ibadah, bukan bilangan anak. Jadi kalau mungkin pn R rasa ragu-ragu dengan apa yg puan rasa sekarang ni, ketahuilah puan tak berseorangan. Ramai yg tak bersedia sebenarnya nak beranak ramai-ramai, cuma mereka tak meluahkan disini ataupun mereka memg dah redha dgn ketatapan anak itu rezeki, jgn dipertikaikan.
Akhir kata, tepuk dada tanyalah hati. Sesungguhnya mendidik anak yg berkualiti itu lebih baik dari mementingkan kuantiti. Wassalam.
– Mrs A
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit