Untuk Confessor Isteri Bekerjaya

Assalamualaikum. Pertama sekali maaf kiranya pandangan ini mengguris hati confessor”isteri yang bekerjaya”. Ada beberapa pendapat confessor yang saya tersentuh untuk ulas.

Pertama, ayat confessor “Sedih sebab di tahun 2018 ni masih lagi ada yang fikir, tempat perempuan di dapur, di rumah untuk jaga anak”. Ayat begini memandang rendah wanita yang prefer menjaga rumah, memasak untuk keluarga dan menjaga anak. Jangan sangka kita di zaman moden, semuanya perlu berubah. Belajar sejarah, hayati Al Quran. Dari zaman dahulu manusia sudah capai kemodenan dan kehebatan tamadun, lalu musnah tamadun tersebut kerana manusia semakin meninggalkan norma-norma dan pegangan yang baik. Kerana fikiran “kita sudah moden dan maju, maka cara dulu tak lagi relevant”. Semakin maju dan moden sesuatu bangsa, semakin penting untuk kita mengetahui sejarah dan berpegang dengan pegangan yang baik. Suatu hari nanti, akan datang zaman Dajjal. Manusia yang tidak ada pegangan agama yang kuat dan terlalu mengejar kebendaan dalam zaman yang moden ini akan tewas dengan fitnahnya.

Kedua, point confessor “Tapi Allah sendiri suruh kita berusaha untuk ubah nasib kita. Jadi tak salah kalau si isteri berusaha untuk membantu menambah pendapatan keluarga. Malah memang ada suami yang berharap si isteri dapat sama sama membantu ringankan beban, supaya kelengkapan rumah dan anak anak lebih selesa. Untuk siapa tu? Untuk masa depan anak anak mereka jugak”. Saya secara umumnya setuju. Ada isteri yang terpaksa bekerja kerana bebanan hidup. Suami tak mampu menampung seorang. Mulianya isteri yang terpaksa bekerja untuk membantu beban suami. Apa yang saya tidak setuju ialah melihat masa depan anak-anak hanya pada kebendaan seperti kelengkapan rumah dan keselesaan. Lihatlah anak-anak di zaman sekarang. Mana perginya adab, malu dan kasih sayang. Siapa diharap untuk mendidik adab dan malu kepada mereka jika bukan ibu bapa. Jika bapa sibuk bekerja, ibulah tempat mereka mendapat pendidikan pertama. Inilah tugas yang dipikul oleh surirumah yang tempatnya didapur. Iaitu mendidik anak-anak menjadi manusia, generasi yang beradab dan berilmu. Jika dahulu orang kata “carilah isteri yang baik supaya boleh didik anak-anak dengan baik”, sekarang orang kata “carilah isteri yang bekerja supaya hidup lebih selesa”. Alangkah peliknya tujuan berumahtangga bukan lagi membina ummah dan modal insan yang berkualiti tetapi keselesaaan dan kebendaan semata. Ingin juga saya ingatkan banyak confession yang berkaitan gejala sosial berpunca kerana ibu bapa yang sibuk bekerja.

Ketiga, point confessor berkaitan harapan mak ayah yang tak benarkan berhenti kerja dan harap anak perempuan bekerjaya, ada asset sendiri, ada masa depan. Tidak salah berharapan begitu, Tapi bila ibu atau bapa tinggal sendirian dan sakit, mereka tak lagi pentingkan anak yang ada asset dan bekerjaya. Mereka harapkan anak yang boleh menjaga mereka. Dalam keadaan ini ada surirumah yang menggalas tugas menjaga ibu atau bapa yang uzur. Ada juga isteri yang bekerja tetapi sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibu dan bapa. Kerana bagi mereka masa depan bukan semata didunia, tapi melangkaui ke alam akhirat. Point saya ialah, ibu bapa hanya nak yang terbaik untuk anak-anak. Kita yang menilai apa yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan masa depan.

Keempat, pendapat confessor “Bagi yang masih fikir dapurlah tempat perempuan, sebenarnya mentaliti anda lah yang masih lagi level dapur”. Pendapat saya, mentaliti confessor sendiri masih di level kuli atau pemakan gaji. Lihatlah wanita zaman sekarang, mereka bukan sahaja hebat di dapur, malah mereka pandai menjana ekonomi dengan berniaga dan ada yang menjadi entrepreneur yang berjaya. Ada wanita yang memilih berhenti kerja untuk menjayakan idea yang boleh memberi impak kepada masyarakat. Sesetengan mereka juga menghargai kebebasan masa dan tidak terikat dengan majikan, malah dapat meluangkan masa yang lebih dengan keluarga.

Saya seorang lelaki. Saya tidak setuju jika di tempat kerja semua lelaki. Perlu ada wanita yang hebat-hebat untuk menjadi guru, pensyarah, doktor, peguam dan sebagainya. Perlu juga ada wanita yang berada di rumah dan perlu juga ada wanita yang bekerja sendiri atau menjadi entrepreneur. Kita semua ada tugas yang perlu di pikul dan akhirnya akan dibawa untuk diadili oleh Allah.

“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.”
(Surah al-Kahfi, 18:46)

– Bakal doktor, entrepreneur dan bisnesman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *