Assalamualaikum dan hai. Nama aku Dahlia umur lewat 30-an. Kerja makan gaji dan hidup di kota metropolitan dengan suami dan 4 orang anak. Sebenarnya aku nak share macam mana aku manage perbelanjaan bulanan aku daripada teruk kepada tenang.
Sebelum tu aku nak cerita kehidupan aku sebelum ni. Aku seorang manusia yang boros. Tak kira ada berapa banyak duit pun dalam akaun, mesti aku akan habiskan. Aku jadi macam alergik kalau ada duit dalam bank. Selagi tak habis selagi tu aku tak tenang. Dahsyat betul tahap boros aku ni.
Ada je benda aku nak beli. Kalau masuk kedai yang harga barangnya RM2.40 setiap satu pun boleh habis ratusan ringgit. Kesannya, aku memang takde simpanan. Hampir sepuluh tahun aku kerja tapi duit simpanan aku tak sampai seribu pun.
Prinsip aku pada waktu tu ialah, guna selagi ada. Yela kita kan tak tau kita boleh hidup berapa lama, jadi aku nak nikmati hasil titik peluh aku aku tu betul2. Singkat betul pemikiran aku waktu tu.
Bila hujung bulan aku sentiasa akan kesempatan duit sementara nak tunggu dapat gaji seterusnya. Sampaikan ada masa nak isi minyak kereta pun cukup2 je. Berdoa semoga cukuplah minyak tu nak pergi kerja sampai gaji masuk.
Aku ada juga buat potongan gaji ke tabung haji RM100 sebulan tapi bila terdesak korek balik untuk tampung ketidakcukupan tu. Senang je nak keluarkan duit sebab akaun TH aku link kan dengan online banking yang ada. Semua di hujung jari kan.
Korang rasa tabiat yang dah bertahun2 disemai ni boleh diubah ke tak? Aku tak nak bagi jawapan terus. Meh aku ceritakan.
Takde rahsia sangat pun tapi semuanya mesti dimulakan dengan langkah pertama. First aku senaraikan komitmen aku tiap2 bulan menggunakan Google sheet. Kalau ikutkan, takde perubahan sangat sebab hampir setiap bulan komitmen sama je.
Aku dan husband ada agihan masing2 untuk bayar komitmen masing2. Aku terus buat list perbelanjaan setahu mengikut bulan. So senang nak track duit pergi kemana.
Kedua, aku berhenti main kutu. Tak kisah la kutu apa pun. Kutu cash, iron, pinggan Corelle, periuk batu etc. Semua aku stop.
Dulu kononnya main kutu cash untuk dibuat simpanan. Membongak je semua tu. Bila dapat duit kutu habis gitu je buat bercuti atau tetiba ada barang yang perlu dibeli ‘urgent’. Aku tak mengata org lain tau. Ni diri aku yang tak pandai urus duit.
Ketiga, aku kurangkan keluar makan dengan kawan2 kat tempat kerja yang suka ajak makan kedai hipster. Mahal weh makan kat kedai hipster ni. Sekali makan paling kurang RM40-RM50 sehari. Nak reward diri konon. Jenuhlah kalau hari2 reward diri. Badan pun jadi makin gedempol.
Aku bawak bekal dan cakap aku diet full stop. Aku tak layan dah pujuk rayu dorang untuk menghasut aku balik ke tabiat lama. Pergi la korang menggemok dan habiskan duit masing2. Kalau tak bawak bekal pun aku limitkan belanja paling banyak RM20 je untuk makan kat tempat kerja.
Next, step ni panjang sikit. Aku rancang balik duit belanja bulanan aku. Aku peruntukkan duit belanja aku 1K sebulan. Jadi aku akan bahagikan 1K tu kepada berapa minggu yang ada sebelum dapat gaji seterusnya.
Aku tengok kalander kuda sama ada 4 atau 5 minggu untuk next gaji. Kalau 5 minggu, aku akan dapat RM200 seminggu. Kalau 4 minggu aku akan dapat RM250 seminggu.
Duit tu untuk beli apa je? Ikut suka aku nak beli apa pun within that limit. Aku guna cash. Maksudnya aku keluarkan 1k secara cash dan masukkan dalam budget planner (beli dekat TT shop). Simpan RM200/250 dalam satu envelope.
Total envelop dalam budget planner aku ada 6. 5 envelope untuk duit belanja mingguan dan yang keenam akan diterangkan kat bawah ni.
Setiap hari Isnin aku akan dapat duit baru. Macam ko main game, bila nyawa ko dah nak habis, ko akan dapat nyawa baru. Jadi aku tak sabar2 nak tunggu hari Isnin untuk dapat duit belanja baru. Dah takde Monday blues dalam hidup aku tapi tak sabar2 nak tunggu hari Isnin yeeeha.
Budget planner aku tak selalu tengok tau. Guna untuk masukkan duit dan ambil duit je. Lepastu simpan dalam almari solek. Suprisingly, aku boleh follow method ni. Aku boleh belanja tanpa bersalah ikut suka aku (tapi masih berhemah). Tu termasuk dengan isi minyak kereta tau.
Duit yang tak habis belanja aku akan masukkan dalam envelope belakang sekali (envelope keenam) sebagai reserve money. Biar je dia kat situ. Duit tu untuk disimpan? No no no.
Duit tu untuk dibelanjakan di kemudian hari. Boleh guna untuk bergi bercuti, belanja mak bila balik kampung, makan sedap2. Eh apa2 jela.
Aku punya style bercuti pun tak sama macam dulu dah. Dulu takde plan. Rasa serabut je terus ajak husband bercuti mana2. Gunakan je duit yang ada. Duit habis, sama2 termenung. Hahaha.
Sekarang ni Kalau nak berjalan, aku akan bagitau bajet aku. Contohnya, “abg, Syg ada RM150 ni. Jom kita berjalan. Lepastu husband aku pun cakap, “Abg pun ada RM200. Kita nak pergi mana ek?”. Maka kami pun rancanglah nak berjalan dengan bajet RM350.
Kalau bajet besar boleh bawa anak2 jalan jauh sikit dan check in hotel atau homestay yang ada swimming pool. Kalau tak, kami pergi mandi pantai, berkelah atau bawa anak2 mandi kolam awam je. Yang penting mesti dalam bajet yang ada.
Aku bersyukur sebab ada suami yang bertanggungjawab. Barang2 dapur husband aku akan belikan contohnya barang2 basah macam ikan, ayam, bawang dan sayur-sayuran. Ini termasuk dalam komitmen dia.
Kalau aku nak yang lebih daripada tu, aku akan belikan untuk family contohnya anak aku nak makan cheese, Fresh milk, cereal, buah2an, spaghetti atau beli bahan2 baking.
Eh ko ni kak asik belanja je kerja ko. Takde simpanan ke? Mesti korang tertanya2 benda kan? Baik ngaku. Hahaha.
Jawapannya, simpanan aku masukkan dalam senarai komitmen. Ingat tak dulu aku cakap duit tabung Haji yang aku simpan RM100 sebulan pun aku korek balik. Alhamdulillah sekarang dah boleh simpan secara konsisten.
Awal2 dulu dapat simpan RM200 sebulan, lepastu bila ada kenaikan gaji aku tingkatkan simpanan. Sikit Takpe yang penting konsisten. Bak kata omputeh, consistency is more important than perfection. Tak perlu target tinggi sangat sampai terbeban.
Personal loan dan kereta pun dah habis bayar jadi duit aku sepatutnya dah makin banyak tapi aku kekalkan belanja macam biasa dan tambahkan simpanan dan sekarang aku berjaya simpan RM1500 sebulan. Ok lah kan. Syukur sangat hidup pun makin tenang. Takde serabut2 dah.
Aku pernah dengar ada ustaz cakap, kaya tu bukan pada apa yang kita miliki tapi dengan apa yang kita dapat nikmati. Ko paham tak?
Lebih kurang gini la, kalau ko kaya tapi sentiasa rasa tak cukup maksudnya itu bukan kaya yang sebenarnya. Tapi walau ko tak berapa kaya tapi berada cukup dengan apa yang ada maksudnya ko kaya lah tu. Haaa gitu.
Ok tu je, terima kasih kerana sudi membaca. Aku cuma share dari pengalaman hidup aku yang tak seberapa ni.
– Dahlia yang pernah boros (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Thank you share tips ni sangat bermanfaat! Saya pun saya jenis suka korek tabung balik bila dah simpan. Suka tips budget planner tu.