Untuk Em4k

Emak, dia bukan sorang yang boleh tunjuk kasih sayang, atau aku je kot yang dia tak sayang.

Emak, dia keras, tak peluk anak, payah nak menangis, sebab tu anak dia keras, tak lembut, tak ada kasih sayang.

Emak, tak pernah tanya hal sekolah, yang anak dia ni dibuli, tapi mak ayah orang lain yang datang marah kan anak dia, macam kita yang buli anak diorang.

Sebab apa, sebab kalau cerita dekat emak diam, buat tak tahu, alasan hal budak, tapi, emosi aku cedera emak.

Emak, tak pernah peduli bila dah masuk remaja, bau badan, jerawat, orang ejek anak emak, busuk, pengotor,

Anak emak, kumpul duit sekolah, cari deodarant sendiri, pewangi sendiri walaupun pewangi itu bau untuk tokong. Aku benci diri aku emak.

Emak, tak pernah ambik tahu hal sambung belajar, lulus ke, gagal ke, makan atau tidak, duit cukup, mengheret la anak emak cari kerja, part time, makan sisa di pinggan pelanggan.

Aku la manusia jijik kutip makanan tepi longgokan pinggan emak.

Emak, tak pernah peduli hal rawatan, padahal sakit ini bukan kah dari genetik emak, ada duit, pergi la hospital, tak ada, pandai pandai la, ye, sebab anak emak ni berpenyakit, tak boleh kerja, penglihatan dan pergerakan terbatas.

Saya sakit emak, walaupun menumpang dirumah emak, saya tak mampu nak buat kerja rumah, dalam sakit saya gagah memasak, dalam buta mata saya gigih memotong bahan masakan.

Ada hari saya tak mampu nak bangun, saya cuma nak emak faham.

Berbelas tahun saya hadap penyakit ni, nak putus asa tak boleh, satu kata semangat pun tak ada dari mulut emak, cukup la cakap saya kena kuat, cukup, tak minta banyak.

Selalu saya bercerita dengan emak, macam mana kalau saya mati, jawab emak, mati, mati la, nak buat apa lagi. Mungkin mak tak suka wujudnya saya disini, nak dihalau, mana saya nak pergi.

Yang emak tahu, kesian sidia, sidia itu ini, kesian anak saudara aku, susah, anak emak yang payah didepan mata ni? Yang dirai sidia, sidia balik masak itu ini. Makanan kegemaran saya pun emak tak tahu.

Yang emak peduli, cerita kan buruk pasal saya dihadapan saudara, puji anak diorang melambung, saya? emak injak maruah.

Yang emak tahu, lantak kau la, emak tahu kenapa saya kekok nak salam emak? kenapa saya tak boleh nak peluk emak? emak tak pernah suka dan rimas.

Maaf tak macam emak harapkan, Nanti, saya akan jalani pembedahan, seorang, takut, saya ada kawan, kawan yang akan bawak saya pergi ke hospital yang hampir 2 jam perjalanan.

Selepas pembedahan, siapa nak tengok saya? tak ada saudara mara, adik beradik.

Kalau saya cerita kan pada emak, saya takut, mesti mak akan balas, mengada ngada, macam sebelum ini tak pernah jalani.

Betul, kali ini saya takut, seorang, tak siapa yang pujuk saya sebelum masuk bilik bedah, tak siapa tunggu saya bila saya keluar bilik bedah. Saya penat seorang, saya penat sakit, saya penat miskin.

Emak, pernah doakan saya murah rezeki, sihat, tak susah, dilancarkan urusan? Bukan kah mati saya nanti berbinti kan emak?

– Anak emak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *