Untuk Isteri Pertama Yang Terluka

Kepada mereka Si Isteri Pertama yang dimadukan “secara mengejut, terkejut, paksa rela” dan yang sewaktu dengannya…

Kepada mereka Si Wanita hebat yang sedang memendam rasa… memujuk hati sendiri dan memilih untuk bertahan dalam rumah tangga yang dibina sekian lama… post ini untuk anda…

Saya masih sangat baru berpoligami… permulaan yang sangat menyakitkan, tapi saya punya alasan untuk pertahankan rumah tangga saya ini… walaupun diakui memang payah.. jatuh tersungkur, tersembam then bangun sendiri…

Saya bukan nak kongsi tentang bagaimana kisah poligami saya ini bermula… tidak perlulah saya membuka aib suami, saya mahupun madu… tapi saya ingin berkongsi pendapat tentang GILIRAN.. dengan giliranlah saya percaya anda wanita hebat dapat merawat hati yang sakit itu…

Sewaktu mula berpoligami, saya banyak mencari ilmu dari golongan mereka yang sudah berpoligami… tak kira lah isteri keberapa pun… saya join berbagai support group… terlalu banyak cerita, sedangkan kisah monogami pun bermacam ragam apatah lagi poligami.. poligami isu yang sangat taboo dalam masyarakat kita… dan saya pun tak pernah terbayang inilah takdir saya!

Dibeberapa group, saya selalu terbaca post tentang isteri muda yang mengadu tentang kakak madu yang tak bagi suami buat giliran dengan adil… KEBANYAKAN kes begini, sebab mereka dimadukan dengan mengejut, bukan dengan prosedur sebenar… yang jenis kahwin terus berbulan madu di negara jiran…

So, people tend to treat you the way u unconciously treat them.. selalunya, ini tindak balas isteri pertama untuk lepas geram.. so, nak salahkan isteri pertama semata? sapa suruh pergi vacation kat negara gajah putih tu tak ajak dia? hihi.

Saya bukan nak komen tentang bagaimana seorang suami tu sepatutnya memulakan poligami atau bagaimana isteri muda seharusnya berperangai seperti isteri baru… saya bukan isteri kedua… kasut kita berbeza, hanya sendiri faham keselesaan kasut masing-masing.. jadi, fokus saya hanyalah untuk si ISTERI PERTAMA yang terluka…

Wahai isteri pertama,

Kita senasib…. jadi izinkan saya meluah pendapat… baca & hadam lah wahai isteri yang seangkatan dengan saya..

Tak perlu halang suami balik rumah isteri muda dia… risau mereka beramah mesra? Memang lebih dari tu mereka dah buat… tak luak apa pun…

Tak biasa suami tiada? 1 hari suami memang akan tinggalkan kita bila jodoh dah sampai penghujung, cerai @ mati… baik kita bersedia dari sekarang…

Kerana tidak mahu suami balik rumah sana, kita paksa beliau duduk rumah sini… badan suami ada dengan kita… tapi hatinya berada ditempat lain… 24 jam feeling insecure risau sangat suami contact isteri baru…. hakikatnya memang beliau akan buat begitu.. sebab itu memang isteri dia pun…bahagiakah isteri yang depan mata suami tu?

Rasa kalah kalau suami asyik bersama isteri baru? Kita memang dah “kalah” waktu suami berjabat tangan tok kadi.. terima akad isteri baru.. tiada siapa yang acu senapang, letak parang dileher suami ugut beliau untuk bernikah…. memang beliau sendiri yang nak sangat… it takes 2 to tango… tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi….

Pedih sebab cinta suami bukan hanya untuk kita…. perlu ingat… cinta suami pun bukan hanya untuk madu… jika isteri baru seorang sudah cukup sebagai isteri suami… beliau boleh lepaskan kita so that kita boleh move on dengan bergaya… tapi hingga ketahap ini… kita masih isteri suami… berbuih mulut minta cerai tapi kita masih isteri beliau.. sebab apa ye???

Jika suami masih gigih kesana kesini melengkapkan giliran… bersyukurlah… at least dia berusaha memenuhi tanggungjawab dia. Kalau dia mengeluh.. biarkanlah sebab dia yang pilih kehidupan itu.. great power come with great responsibilities.. kan?

Jika suami sejenis yang dah kerumah isteri baru then hilang ingatan tentang kewujudan isteri lama… bila sudah cukup masa, buatlah pilihan.. jika mampu sabar, sabar… jika dah tak tahan MOVE ON! itulah gunanya mahkamah syariah… hidup ni penuh dengan pilihan sis… semua orang layak untuk bahagia!

Rasa “tertipu”… sebab selama ni bersusah payah untuk suami… akhirnya dibalas macam ni?… so, nak “kacau” giliran mereka..

Jom kita tukar niat kita… kita buat untuk dapatkan pahala dari Allah… kerja kita dah semakin ringan…dulu balik kerja terus kedapur, maghrib pun pukul 8… anak tak sempat diajar mengaji… harapkan ustazah KAFA je…. sebab dok fokus sangat pada suami… now suami tiada dirumah, goreng ayam makan dengan kicap pun dah sedap sangat untuk si anak.

Tentang suami, biarlah isteri baru yang jaga… bagilah peluang isteri baru pula jalankan tanggung jawab dia…. kahwin bukan untuk sedap semata, realiti perkahwinan sangat berbeza dengan bercinta. Jadi, tak perlu sibuk nak jaga “suami orang” time bukan giliran kita….

Tanya balik diri, adakah kita akan betul2 bahagia jika suami ceraikan isteri baru demi kita?? Hancurkan masjid lain demi masjid kita berdiri gah kononnya? Lepas tu suami kahwin lagi dengan wanita lain…sakit hati lagi dan berulanglah cerita yang sama… tarik nafas, relax… berilah “tugas” menjaga suami ini pada adik madu pula.. kurang dah 1 tugas kita nak stalk suami selalu, huhu.

Lagi pun, kaca yang dah pecah… tak kan boleh bercantum seperti asal… baik kita cari bahagia cara kita….suami bukanlah asbab utama untuk bahagia.

Sewaktu suami saya bercerai dengan isteri baru entah sebab apa, suami berada dengan saya dan tak balik kesana.. adakah saya happy mereka bercerai? saya tersedar yang saya tidak happy langsung! saya terdiam… saya jadi cuak… otak ligat berfikir… “aku tak mahu jadi satu-satunya isteri suami, setelah bermacam yang terjadi, setelah bermacam yang dirancang untuk upgrade skill diri, aku tak mahu kembali ke kehidupan dulu…” Alhamdulillah, jodoh mereka masih panjang…

Jadi, berhentilah berebut suami time bukan giliran kita… kita sebagai isteri ada maruah… apa nak direbut tubuh yang 1 tu?? Sometimes, it is okay to use your ego in certain situation.

Pegang prinsip ni…. mereka dah kahwin, kena buat cara dah kahwin… bukan jumpa sorok2… buat macam skandal… siang hari mereka berseronok, sebab malam hari kena duduk rumah kita… dia balik kita sediakan makanan, air mandi, layan macam raja dengan harapan dia lupakan yang disana…

Please stop all this stupid thing, berhentilah memenatkan badan sendiri… berhentilah menyakitkan hati sendiri sebab kita pun tau hakikat yang mereka sebenarnya bebas berjumpa… please love yourself first.. Allah dah bagi “rehat”, layan lah anak2 jika selama ni mereka kurang perhatian kita… pamper & relax yourself dengan aktiviti2 yang tak dapat buat jika suami ada…

Saya post ni…. Sebab saya tak suka…. saya rasa sedih marah bila isteri pertama disalahkan sebab suami culas bab giliran…. tapi kalau suami tu sendiri yang culas… dia pun tau apa yang ditanggung “di sana” nanti…. tak kan kita pun nak ambil share tu sekali kat “sana”… sama-sama jalan senget bahu nak teman dia.. sehidup semati kononnya!

“Tapi yang sana pun meroyan, asyik call suami time disini”… dah tu kite pun kena ikut rentak yang di sana? Takde kelas langsung! pandang suami time dia jawab panggilan, senyum dan blah…. suami yang memang niat nak adil akan letak handphone.. fokus pada kita, apa nak kisah sebab esok dia balik sana…pandailah dia pujuk isteri baru yang terlupa suami ada isteri lain tu… Allah sentiasa tau niat seseorang…

Jom rawat hati kita…. hidup masih panjang untuk dibazirkan pada manusia…

Maaf kalau post ni macam kasar, bajet bagus…. macam ego… dan sebagainya….. terpulang…. saya tak bagus, selalu kecundang… tapi bab giliran… saya firm dengan diri saya.. kita ada maruah nak dijaga… tak perlu rendahkan diri untuk berebut2 suami… mudahkan urusan suami bab giliran ni…. Allah mudahkan urusan kita…

Mudah sangat bercakap tapi payah nak buat…saya paham sangat sis…Orang boleh suruh redha, tapi realitinya redha itu tidak semudah ABC…

Jika belum mampu redha, buat semua ni untuk diri sendiri, BUKAN UNTUK SUAMI, buat semua ni demi hati sendiri!… demi dapat ketenangan.. alah bisa tegal biasa, mula2 paksa diri tapi lama2 terbiasa…

Satu yang saya tersedar dengan selalu yang terjadi pada saya… Usah terlalu bersandar pada suami, suami bukan hak milik… suami hanya jambatan untuk buat banyak pahala…. lepaskanlah dia pada tadbir Allah… jika dia masih berusaha untuk pertahankan kita bersyukurlah… jika sebaliknya.. please ingat, lelaki yang tidak berjuang untuk kita tak layak untuk kita..

– E.Eman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *