Kadang, seseorang itu datang, hanya sebagai pengajaran dan kenangan, bukan sebagai teman sepanjang perjalanan.
Siapa sangka, Allah pernah makbulkan doa aku suatu ketika dahulu . Doa supaya Allah hadirkan rasa hati yang sama . Dan sehingga kini, rasa hati aku masih sama, cuma tidak pada dia.
Dulu, aku pernah berdoa , mohon supaya aku tahu rasa hati dia, supaya aku bisah tahu, apakah penantian aku ini bakal sia-sia , atau penantian ini bakal bermakna? Tuhan tunjukkan bahawa rasa hati ini turut ada pada dia.
Aku berdoa lagi, benar-benar di hadapan rumah Allah yang mulia, jangan hilangkan rasa hati ini, kerana aku ingin belajar setia . Mohon untuk didik diri ini, Setia kepada pencipta, sebelum setia kepada dirinya.
Bertahun aku simpan rasa hati ini dulu, hanya Allah dan warkah istimewa menjadi tempat aku coretkan segalanya . Saat diri ini dilamar dia, insan yang aku letakkan dia di tempat istimewa, istikharah itu menjadi rujukan utama . Ibu ayah juga gembira , puteri kesayangan bakal menjadi pemaisuri sang putera. Cumanya, janji dan amanah perlu aku tunaikan dahulu untuk bersama berjuang di medan ilmu.
Seorang yang tidak pernah bercinta, cuba untuk bertanya khabar sang putera, sihatkah dia? Itu juga setelah beberapa bulan tidak bertegur sapa . Sang putera membalas perkhabaran dengan sihat-sihat saja . Sekali lagi, diam tanpa bicara. Aku tidak tahu mahu bicara apa . Tiada keperluan untuk aku bertanya lebih perihal dirinya.
Aku masih berusaha untuk menggenggam segulung ijazah , di bumi gersang, aku berkelana. Setiap malam, dalam sujud dan doa , selain doa buat kedua ibu bapa, doa untuk dirinya, tak pernah aku lupa. Moga dia setia dalam penantian penuh bermakna . Tika rindu menyapa, warkah istimewa selalu aku baca , menyedari bahawa Tuhan sangat baik memakbulkan doa , aku yang selalu berdosa.
Aku kira pengakhirannya bakal baik-baik saja , tapi ternyata , dia telah menoktahkan segalanya. Seorang yang mulanya berkata , mampu untuk menunggu kau menggenggam segulung ijazah, tiba-tiba berkata, maaf , mungkin tiada jodoh antara kita . Ternyata, ibu bapanya juga punya pilihan yang berbeza . Dia cuba, cuba untuk menjadi anak yang taat buat mereka, lantas dia memaksa aku lupakan segalanya . Lupakan segala rasa yang aku cuba untuk belajar setia. Bagaimana bisah?
Kamu, aku semakin membaik, walaupun sering tersenyum di hadapan teman lain, aku menangis mencari sedikit kekuatan untuk bekalan keesokan hari . Aku sedang sibuk , sibuk kerana ingin melupakan segalanya . Tetapi tiada lagi warkah istimewa , kerana tujuan asal ingin beri kepada kamu warkah itu saat lafaz akad diucapkan, akhirnya warkah itu menjadi sampah yang perlu dikitar semula.
Kamu, terima kasih membawa aku sekuat ini . Aku kuat kerana Allah , juga kerana aku juga perlu taat kepada kedua ibu bapaku . Walaupun masih punya sisa air mata di malam hari . Tapi aku yakin, dengan air mata itu, aku bakal bangkit , sehingga nanti, aku mahu kamu tahu, aku kuat begini kerana kamu.
Moga kamu baik-baik saja dengan pilihan kedua orang tua mu. Siiru ‘ala barakatillah
– Aku
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit