Hi pembaca semua. Terima kasih admin kalau luahan aku ni disiarkan.
Nama aku Febreeze, 32 tahun this year dan pernah sekali dua bercinta tapi tak lama. Semuanya mesti sekejap-sekejap. Aku rasa salah sendiri sebab pilih mangkuk-mangkuk jadikan boyfriend.
Kenapa aku cakap macam tu? Bayangkan aku pernah couple dengan orang Myanmar. Hahaha, mana nak bertahan. Dia balik ke Negara dia, tinggallah aku.
Hurmm… Rupa paras aku biasa jer. Aku ada mix so lebih ke arah macam hindustan sikit muka aku. Jadi nak dapat atau rapat dengan lelaki melayu tu kadang aku sendiri takut-takut.
Mungkin sebab dulu masa sekolah selalu kena ejek dengan diorang jadi aku rasa aku ni bukan taste lelaki melayu la kan.
Tapi ex aku yang terakhir melayu dan dia baik. Cumanya dia tak ada niat nak kawin dalam masa terdekat dan dia fikir lepas kawin aku akan harapkan dia sahaja, buat aku hilang minat, kecewa dan rasa diperlekehkan. Jadi aku tak teruskan dengan dia.
Aku nak minta pendapat atau pandangan mengenai seorang lelaki yang aku baru kenal. Aku ni pandai tau tapi bab-bab lelaki ni aku bodoh. Jujur aku cakap sangat bengap. Jenis lurus bendul. Orang tu jujur ke tipu pun tak tahu. Mungkin sebab asyik kena tipu dengan lelaki jer.
Okay cerita dia macam ni. Aku bukan kerja biasa-biasa aku ada jawatan. Aku seorang perokok.
Ada satu hari, ada pekerja baru masuk syarikat aku kerja, dia ni department lain. Dia suka tegur lama-lama kita jadi rapat sampai boleh pergi hisap rokok sekali. Syarikat ada sediakan tempat merokok untuk staff.
Aku memang perokok tapi seumur hidup, aku hanya merokok kat rumah jer kat luar memang tak. Aku sebagai perempuan malu. Cuma dengan si Kumbang ni aku selesa kawan dengan dia sebab dia tak hakimi aku, jadi aku pergi merokok dengan dia sembang hal-hal kerja.
Aku akan pergi merokok situ kalau tak ada staff lain sahaja. Jadi kami dua orang saja la. Dia ni pun laki orang. Not my taste. Dia mengayat pun aku ignore. Tapi dia lelaki melayu yang baik la. Cuma kaki ayat. Hahaha.
Satu hari tu, dia ajak pergi merokok. Aku ikut la dia dah sampai kat tempat merokok sebab dia naik lift dulu. Sampai kat tempat merokok, aku terkejut sebab ada kawan dia si Radio.
Mula-mula aku segan tapi sebabkan aku pernah jer bertegur dengan radio ni dan kami pernah berbalah mulut jadi aku buat biasa dan hisap rokok sama. Tiba-tiba Kumbang ni kenenkan aku dengan si Radio. Aku gelak jer laa sebab banyak gaduh jer aku dengan Radio ni.
Lepas hisap rokok kami balik ke department masing-masing, Radio WhatsApp aku. Dia cakap, “ko suka aku ke jujur jer.” Aku tergelak lepas tu aku balas, “mana ada. Kumbang buat cerita jer tuu.”
Dia balas, “alaa kalau betul pun tak apa kan?” Aku balas dengan hahaha saja. Aku pelik laa kenapa dengan dia.
Mula dari situ, dia selalu balas story WhatsApp aku dan dia akan WhatsApp ayat bunga-bunga. Jujur aku terkejut. Ini kali pertama aku tengok sisi lembut si Radio.
Untuk pengetahuan, dia ni seorang yang serius. Kalau berbual pun dengan department dia sahaja. Kalau dengan department lain hanya atas dasar kerja. Kawan aku ada dalam department dia. Kawan aku ni tengah cari jodoh, jadi aku tanya kawan aku tak berkenan ke dengan Radio.
Kawan aku cakap tak nak sebab Radio muda lagi. Terkejut la aku. Sebab aku tak tahu umur dia. Aku agak mungkin 20-an. Sampai hari ini kami masih sembang melalui WhatsApp dan akan pergi merokok sekali.
Kenapa aku luah dekat sini ialah aku nak tanya, dia ni sebenarnya nak ambil kesempatan dekat aku ke?
Yer laa aku dah ada kereta, dia pergi kerja naik pengangkutan awam kemudian dari segi gaji, gaji aku lagi besar. Aku takut aku ni hanya dipergunakan dan diberikan harapan palsu. Aku tak mencari. Dia yang tiba-tiba muncul.
Kemudian dia pernah la cakap nak kenalkan dengan mak dia. Dia nak bawa aku balik kampung dia sebagai calon menantu mak dia. Aku macam okay saja la tapi tak ambil serius sebab dia bercakap sahaja.
Depan bos dia kan dia akan buat-buat tak ada apa-apa dengan aku. Aku tanya kenapa. Dia jawab dia segan. Aku tak faham yang tu. Segan ke malu dengan aku?
Bos dia ni boleh tahan jugak la. Banyak kali jugak mengayat aku. Tapi maaf aku tak pandang sebab laki orang.
Apa yang aku takutkan ialah aku takut dia ni bukan lelaki yang jujur dan serius ke arah langkah seterusnya. Aku penat nak patah hati.
Mana tak aku fikir bukan-bukan sebab selalu kan lelaki nak cari bini yang bukan merokok ni semua. Dia macam okay pulak. Pelik laa aku. Aku tak boleh faham yang dia ni betul2 ikhlas atau sebenarnya nak gunakan aku jer.
Hari tu aku pos akaun bank aku kena sekat tapi tak ada pun caring. Walaupun aku tak harapkan duit dia, cuma setidaknya tanya laa kan. Tapi tak ada. Mana tak aku fikir dia ni sebenarnya nak gunakan aku jer. Hurm entah laa labu.
Korang kan lagi bijak tolonglah bagi saya input dan pendapat.
Terima kasih pembaca. Maaf kalau ada tersalah kata.
– Febreeze (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Aku cadangkan kau berhenti merokok untuk kebaikan kau juga. Lepas tu mungkin ramai lelaki baik2 akan datang pada kau.
please jangan bercinta dengan rakan sekerja, incase sesuatu terjadi, hubungan tak berpanjangan ke akan timbul rasa tidak selesa ditempat kerja.
Rasanya dia tak serius tu sis, saja nak test market lah kot. Klu sis dh ter fall in love, boleh la try istikharah, mana tahu betul2 jodoh hehe
berenti merokok.. too many underlying risk.. sebb ade beberapa kenalan perempuan di office yg merokok and susah nak dapat anak..
mane ade llki nak wife/ ibu kepada anak2 dia seorg perokok.. unless kalau llki tu mmg xtau kau sorg perokok.. rase dia nak amek kesempatan je tu
saya rasa dia nak ambil kesempatan jee.. lagi satu awak..cari la yang setaraf, bukan memilih tapi tu lah kenyataan nyaa jangan la pulak timbul isu tanggung biawak hidup. Saya tahu susuh nak cari yg setia dan serius dgn kita, tapi cuba kita cermin diri kita jugaa.. kita perempuan awakk, merokok tu bahaya untuk kandungan kita akan dtng. If jumpa jodoh one day pun tapi kita tak dpt nak bgi zuriat kepada pasangan kita sbb kesilapan kita kan sedih.
Jadi, sayang lah diri dulu okayy.. perbetulkan diri dulu sbelum nak kearah yang lebih serius.
Semoga awak terus istikomah
saya rasa dia nak ambil kesempatan jee.. lagi satu awak..cari la yang setaraf, kita bukan nak memilih tapi tu lah kenyataan nyaa jangan la pulak timbul isu tanggung biawak hidup pulak nnti. Saya tahu susuh nak cari yg setia dan serius dgn kita, tapi cuba kita cermin diri kita jugaa.. kita perempuan awakk, merokok tu bahaya untuk kandungan kita akan dtng. If jumpa jodoh one day pun tapi kita tak dpt nak bgi zuriat kepada pasangan kita sbb kesilapan kita kan sedih.
Jadi, sayang lah diri dulu okayy.. perbetulkan diri dulu sbelum nak kearah yang lebih serius.
Semoga awak terus istikomah