Untuk Kita Yang Bergelar Manusia

Bermacam-macam perkara aneh berlaku sejak akhir-akhir ini. Ayuh kita berhenti sejenak, dan renung kembali cara kita menggunakan media sosial.

Saya percaya, ramai yang menggunakan media sosial dengan matang, dan tahniah saya ucapkan kepada mereka.

Namun, masih ramai yang mengaibkan diri sendiri dengan memuatnaik kandungan dan komen yang tidak sepatutnya di media sosial.

Ya, benar setiap daripada kita ada kesakitan emosi tersendiri. Namun, usah musnahkan segalanya dengan tindakan sebegitu.

Bukankah maksud manusia menurut kamus dewan itu, makhluk yang mempunyai akal budi? Adakah kita bukan manusia di media sosial?

Ya, ada kalanya teguran itu penting, tetapi ada caranya, kerana tujuan sebenar teguran itu membina, bukan memusnahkan.

Bukankah elok sekiranya media sosial digunakan untuk pembangunan dan kemajuan insan, bukan kemusnahan?

Mari kita amalkan berhenti sejenak sebelum memuatnaik apa-apa sahaja (termasuk komen) ke mana-mana media sosial.

Bukan sahaja untuk keselamatan, amalan ini penting agar kita terselamat daripada daripada memalukan diri sendiri atau lebih dahsyat, terjerat dengan kes undang-undang.

Akhir kalam, suka untuk saya tulis di sini, jangan menyuruh orang untuk berfikiran terbuka, jika kita sendiri tidak cukup terbuka dalam kebaikan dan berfikir sebelum buat mengelakkan penyesalan di kemudian hari.

Jika saya diminta untuk mengabaikan yang negatif, jawapannya tidak.

Saya tidak mahu perkara negatif ini berterusan, dan saya ingin menyelamatkan kita daripada kancah binasa hanya kerana tulisan kita di media sosial.

– Effen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Terima kasih Effen.. ya, saya pun rimas bila baca komen2 negatif.. kenapa perlu utk kecam, perlu ke komen2 negatif? adakah ianya membantu secara tak langsung? dan mereka2 ini adalah penakut, yg menggunakan fake account semata2 untuk tulis komen2 yg buruk, yg memporak perandakan keharmonian manusia sejagat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *