Assalamualaikum,
Coretan ini adalah untuk Anis (Develop Diri Semula) dan pembaca wanita kat luar sana yang mungkin mempunyai sebarang insecurities atau low self esteem.Reader lelaki mungkin boleh terus ke post yang lain. Maaf kalau pandangan aku ni tak boleh diguna pakai sebab aku menulis hanyalah berdasarkan pengalaman semata. Untuk pengenalan cukuplah korang tahu aku pun seorang perempuan yang mengalami berat badan berlebihan (berat 90kg, tinggi 1.67 cm) dan pernah mengalami fasa dipulaukan dan dipinggirkan.
Pada pandangan aku cantik tu subjektif. cis. post cliché lagi. Tapi aku serius mengangap yang cantik tu subjektif lagi-lagi bila teringat kat mak dan ayah aku. Ayah aku kerjanya memerlukan dia selalu outstation tapi aku peratikan kalau jarak setakat 300km dari rumah, walaupun penat sekalipun ayah aku tetap akan berusaha untuk drive balik untuk jumpa mak aku. Agak apalah rahsia mak aku padahal mak aku tu dari segi luaran biasa je. Biasa sangat. Dekat luar rumah cuma berjubah dan tudung labuh kalau dekat dalam rumah tu kadang baju kelawar pun pakai yang koyak je. Haha. So, perkahwinan yang happily ever after tu masih wujud bagi aku. Korang kat luar sana jangan putus asa mencari kay.
Kalau aku cerita macam mana mak aku bahagia pun takot menimbulkan keraguan pula sebab korang tak boleh nampak depan mata ye dakk. Bagi aku contoh terbaik yang semua orang boleh Google adalah Syapa daripada Thinker Studios. Aku pernah beberapa kali je tengok video-video daripada Thinker Studios ni tapi dalam beberapa orang yang bercakap dalam video-video tu mata aku mesti banyak focus kat Syapa waktu dia bercakap dan dalam bahagian comment pun netizen banyak cakap pasal Syapa padahal kalau kira BMI si Syapa n aku rasa mesti lebih daripada 20. Tu bukti dia yang berat badan bukan punca korang dipinggirkan. Nak kata sebab gelap pun, aku tengok Khoudia Diop yang model tu pun gelap jugak tapi boleh je jadi confident siap jadi model siap ada orang puji ‘the most beautiful woman I have ever seen’ lagi. So ni satu lagi bukti yang cantik tu bukan juga diukur dengan kecerahan kulit.
Ingat lagi tak yang aku pernah juga dipulaukan dan dipinggirkan? waktu tu aku sekolah menengah. Bila aku dah masuk U , self confident aku dah naik sikit. Aku dah mula ramai kawan waktu ni. So, terkesan dengan kejadian silam yang aku dipinggirkan tu, aku pun banyak bertanyalah kat kawan-kawan aku ‘kenapa korang kawan dengan aku dank orang tak malu ke kawan dengan orang gemuk macam aku?’. Kawan aku terdiam sekejap dan dia cakaplah ‘ Entahlah, selama aku kawan dengan kau aku tak pernah terfikir pulak yang kau gemuk ke apa. Mungkin sebab kau tinggi kot. Lagi satu sebelum aku masuk U aku tak pernah pulak buat plan nak kawan dengan orang kurus ke gemuk ‘ . Papp. Haa masa nilah aku sedar yang kau tak dipinggirkan sebab fizikal kau tapi sebab sikap korang.
Korang pernah tengok tak cerita yang memaparkan kisah buli di sekolah? Korang perhatikan betul2 apa ciri2 orang yang dibuli dan apa ciri2 orang yang membuli. Setiap cerita watak2 yang dilakonkan tu hampir sama. Budak yang dibuli tersebut mesti membawa aura gloomy, pendiam, takot untuk buat eye-contact, suka bersendiri. Dan sekarang aku nak tanya korang, kalau korang jumpa dengan orang yang ada ciri2 tesebut dengan orang yang orang yang membawa aura ceria dan selalu tersenyum, agak-agak kau pilih nak kawan dengan yang mana. jujurlah dengan diri sendiri. Berhenti salahkan takdir dan berubahlah.
Harini jugak jangan bertangguh, aku nak korang fake kan korang punya confident tu. Fake it till you make it bak kata orang putih. Langkah pertama korang listkan apa kelemahan yang korang rasa ada kat diri korang. Tapi jangan pulak bende yang takde di ada-adakan. Aku tahu golongan macam kita ni suka overthink.
Kalau korang tak berani nak bermasyarakat , embrace the fear dan pergi bermasyarakat. Jumpa setiap lapisan masyarakat. Yang tua, muda, anak kecil, yang manis senyumnya, yang busuk hatinya, yang gaji kecil, yang gaji besar dan banyak lagi. Banyakkan bertukar pendapat dengan golongan2 macam ni (kalau hati jenis tisu atau mudah terkesan please don’t go too deep to personal matter). Kalau boleh setiap hari kau jumpa dengan orang yang lain-lain. Praktis. Jangan tutup diri korang. Aku bagi contoh, kalau kau masuk pejabat atau kelas pagi-pagi please bagi salam atau greeting bukanlah terlalu kuat tetapi cukup untuk buat orang sedar kehadiran kau. Bukan menonong terus pergi duduk buat kerja. Naik lif contohnya, senyum dan greet orang dalam lif macam tu bende yang hari- hari kau buat. Kalau boleh pandang mata dia. Dan untuk buat ni semua jangan pernah harapkan balasan (orang tu nak greet balik contohnya) buat for the sake of diri kau sendiri. Pergi kedai masa tengah bayar tu kau create la small talk sikit dengan cashier tu. Tanya la banyak customer ke harini? contohnya. Nak balik tu kau doakan la dia sejemput dua, semoga adik dapat sambung belajar atau semoga murah rezeki ke apa depends on apa conversation korang tadi. Aku tahu yang korang tak boleh buang malu tu dalam masa satu hari sebab tu aku suruh korang practice. Believe me, walaupun usaha ni macam kecik je korang akan rasa lebih ceria dan confident.
Sesedap mulut je kadang2 ustazah atau counsellor cakap jangan berdendam, buang sikap buruk tu. Tapi yelah, kita pun manusia, dah orang tu buat buruk kat kita takkan kita nak sayang pulak. Mestilah buah dia benci ye dakk. Aku mungkin ada cara untuk korang sayang orang yang korang benci. Caranya adalah korang doakan orang yang korang benci tu hari-hari lepas solat. Kau tengok dia ni miskin takde duit, kau doalah supaya dia murah rezeki. Kalau yang mulut busuk ni takde anak, hari-harilah kau doa supaya dia ada anak. Biar sekalipun tak ikhlas. Kau doa je hari-hari. Kan aku dah cakap praktis. Lama-lama kau buat macam tu, percayalah kau mungkin tak boleh sayang orang macam ni tapi lama-lama kau dah tak boleh benci orang-orang ni. Percayalah cakap aku. Yang tak percaya tu acuba try tengok. Orang takde empati macam ni mungkin sebab hidup dia tak lengkap. Manelah tahu kalau mulut korang masin, lengkap hidup deorang ni takde masa lah deorang nak kacau hidup korang. Kalau tak jalan jugak, tengah si polan ni membahan kau lah dengan tenangnya(dengan suara sestabil mungkin) kau cakap kat dia ‘Hari-hari saya doakan akak taw’ contohnya. Kalau tak diam jugak, paling-paling koman mesti balik terpikir jugak. Dalam pada masa yang sama elakkan jumpa dengan golongan-golangan ini supaya tidak terjangkit aura negatif.
Kalau korang rasa tips aku boleh pakai aku akan menulis lagi.
salam ayang :)
– Min
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit