Untuk Para Pemberi Komen Tentang TTC

Sebelum tidur semalam, saya baca confession ‘7 tahun tanpa anak’. Memang kebiasaan saya akan belek komen-komen di FB, kut-kut la ada sharing yang bermanfaat daripada commenters. Disebalik komen-komen positif dan husnuzon, terbaca lah 2-3 komen yang cakap confessor cuma memberi alasan untuk sembunyikan kesedihan takde anak, confessor kena berhati2 takut tiba-tiba ada madu dan sebagainya. Rakan-rakan FB yang baik, carilah kebaikan dalam hati sendiri dan komen la yang murni-murni. Sedapkan hati manusia lain pun dapat pahala jugak.

Adakah awak-awak ni berperasaan bitter sebab suami awak sejenis yang balik rumah hadap handphone je dan tak memperdulikan awak dan anak2? Atau sebab awak punya anak ramai dan suami tetap cari madu untuk awak? Ataupun awak tak mampu beli rumah, takde savings, terpaksa pulak tanggung suami? Mungkin jugak awak tak mampu nak travel dan cuma mampu duduk dirumah, comment yang buruk2 je di alam maya.

Ada ke orang dalam dunia ni yang tak tersentuh hatinya bila tengok budak-budak kecik? Do you really think that there are people in this world who does not want to bear their own child? Kenapa tidak kita bersikap baik sesama kita, the least is between us women. Takde wanita yang akan menolak hakikatnya yang bahawa dapat mengandung, bersalin, melihat anak dari rahim dan benih sendiri membesar depan mata adalah nikmat dunia paling berharga. Beruntunglah kalian dapat merasa nikmat menjadi seorang wanita.

Upon reading the confession, saya rasa semua yang geng Trying-To-Conceive (TTC) boleh relate dan faham isi kandungan confession ni. Kebanyakan masanya kami bingung kenapa ada orang mudahnya dapat anak. Kenapa unprotected sex kami ni takde hasil langsung? Itu belum lagi bila tengok orang yang anak no 1 belum cukup setahun dah pregnant anak no 2. Apatah lagi bila tengok yang mengandungkan anak luar nikah lepas tu buang anak merata-rata. Nak jumpa pakar, takde masa & komitmen kedua suami isteri. Nak buat rawatan IVF, takde duit.

Bukan menyembunyi kan kesedihan, tapi sebab kami selalu cuba mencari hikmah disebalik rahsia Allah ini. Ye la, kenapa nak fokus pada apa yang kami takde berbanding dengan apa yang kami ada? Kenapa nak terus hidup dalam kesedihan kalau boleh cari bahagia? Bukan golongan TTC je, rasanya semua hambaNya perlu cari hikmah dan bahagia disebalik segala ketentuan Allah sebab ketentuan Allah adalah sebaik-baik ketentuan. Anak ramai, anak satu, takde anak, ada suami, ada madu, suami meninggal, suami muda, suami tua, keluarga mentua gila harta, keluarga mentua baik-baik, semuanya Allah beri bersebab. Kita sendiri pun kena sedar adilnya Allah dalam memberi kebahagiaan hidup kita, tapi pada masa yang sama, Allah uji kita dengan ujian yang mampu kita tanggung. Takde setiap satu pun yang terlepas daripada pandangan Allah.

Anak, jodoh, harta cuma kebahagiaan sementara. Takde yang salahnya dalam memiliki salah satu, semuanya atau takde satu pun antaranya. Yang salahnya kalau benda ni puncanya kita dihumban ke neraka.

– Salmon

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *