Pernah tak dengar, ustaz atau ustazah kata, buat jahat apa pun, solat. SOLAT. SOLAT. SOLAT. Sebab, solat tu satu hari akan menyebabkan kita berhenti buat kejahatan.
Orang baik, solat.
Orang yang banyak buat dosa, SOLAT.
Dia solat, baca Quran, tapi sanggup buat dosa. Sanggup teruskan dosa tanpa rasa bersalah.
Cuba kita terbalikkan.
Dia solat, baca Quran, sebab dia faham, yang itu akan bantu dia berhenti buat dosa satu hari nanti.
Hari ini dia gagal.
Esok, dia cuba lagi.
Makin kuat usaha nak taubat, makin kerap buat dosa, makin gagal.
Lepas buat dosa, cuba taubat lagi.
Kita ni manusia. Tak lut dari dosa. Cuma mungkin, aib dan dosa kita Allah lindung dari dilihat manusia lain.
Baca dengan lapang dada, confession Perempuan Dengan Dosa. Apa beliau cakap, betul. Terlebih lagi untuk yang terus buat dosa tanpa rasa bersalah.
Macam mana dengan mereka yang buat dosa dengan rasa bersalah?
Hal ini ialah ADDICTION. KETAGIHAN.
Baik lelaki, mahupun perempuan.
Saya pernah baca, kita hanya akan declared sebagai bebas ketagihan, selepas sekurang-kurangnya, 5 TAHUN tak melakukan perbuatan tersebut. Sila betulkan jika silap. Saya dengan rendah hati akan belajar.
KETAGIHAN ini penyakit.
Perlu terapi. Perlu sokongan. Perlu istiqomah. Perlu diperhatikan.
Kadang kala, bukan orang tak tahu dosa pahala. Kadang kala, sebab banyak dosa lah, dia cuba untuk lebihkan ibadah.
“Sebab aku kurang solat ke?”
“Sebab aku kurang baca Quran ke?”
“Sebab aku kurang sedekah?”
“Sebab aku kurang lakukan sunnah?”
Makin banyak lah ibadah dia buat, sebagai usaha untuk hentikan dosa dan ketagihannya.
Kasihani lah mereka yang melakukan dosa dengan penuh rasa berdosa. Siapa tak rasa, dia tak tahu. Siapa tak tahu, dia tak faham.
Put yourself in their shoes.
You will feel how horrible they think they are.
Bahkan ada yang rasa suicidal, depressed, sebab nak sangat jadi manusia yang tak berdosa sebegitu, tapi masih tak mampu.
Akhirnya rasa hopeless, useless, worthless, dan jatuh ke dalam lubang dalam depression.
Jangan main-main dengan ketagihan.
Tolong lah mereka. Kasihani mereka.
– Perempuan Yang Banyak Dosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit