Assalamualaikum.Tujuan saya tulis ni untuk balas luahan daripada saudari Ina.
Dulu saya pun pernah melalui situasi yang agak sama dengan saudari. Ibu saya meninggal ketika saya berumur 12 tahun.
Jiwa saya rasa tersangatlah kosong. Saya hanya berfikir bagaimana hendak membantu ibu yang sudahpun berada di alam barzakh ketika itu.Malangnya saya tidak tahu bagaimana untuk bermula.Walaubagaimanapun saya mempunyai sedikit ilmu asas iaitu sekadar membaca alftihah untuknya atas tunjuk ajar daripada keluarga.
Ketika ibu masih ada bersama, saya memang liat bersolat apatah lagi menjaga lima waktu sehari semalam. Ilmu fardhu ‘ain masih pada tahap yang lemah.Ibu bapa saya sendiri pernah ajar saya tatacara solat tetapi tidaklah secara mendalam dan perihal solat seperti solat di awal waktu serta secara berjemaah juga tidak diambil berat sangat.Salah diri ini jugalah kerana tidak berusaha untuk memahami erti nikmat solat itu .Sekarang apabila saya imbau kembali, saya tidak pernah menyalahkan mereka atas kekurangan ini.Moga Allah ampunkan mereka.
Saya bermula berjinak-jinak untuk bersolat apabila ibu saudara mendidik saya cara-cara untuk melakukannya.(Oh ya, saya tinggal bersama ibu saudara selepas ibu meninggal.)Daripada berwudu’ hinggalah selesainya solat.Alhamdulillah saya sekarang pun sudah reti tunaikan solat secara sempurna.
Saya pun manusia dan tertewas jua dengan godaan hawa nafsu.Memang malu untuk mengaku tetapi saya tidak dapat nafikan bahawa saya pernah tinggal solat secara sengaja lagi-lagi solat fardhu subuh.Bak kata pepatah bumi mana tak ditimpa hujan.Moga Allah beri saya kekuatan dalam mengqada’ solat-solat yang lampau serta mengampun dosa-dosa saya ini.
Ketika saya hendak belajar solat, saya pun mula bertatih-tatih dalam pelajari ilmu membaca alquran.Alhamdulillah juga saya pun sudah pandai membaca alquran dengan cukup lancar sekarang.
Apa yang hendak saya nasihatkan kepada saudari Ina ialah saudari perlu bermula dengan yang asas dan secara sedikit demi sedikit tetapi secara berterusan.Walaupun saudari kata perkara ini agak sukar untuk saudari lakukan.Percayalah bahawa inilah dikatakan ujian dalam berhijrah.
Jika saudari rasa sudah hendak putus asa ingatlah bahawa Allah sudah berpesan di dalam surah Az Zumar ayat yang ke 53 agar tidak berputus asa dari rahmatNya.
Wahai saudari,kunci dalam masalah ini ialah doa.Berdoalah dengan sepenuh hati dan yakinlah bahawa doa saudari akan dimakbulkan Allah.
Ini satu tip peribadi yang saya hendak kongsikan bersama.Setiap kali jika saya hendak putus harapan dalam berdoa ,saya akan pejamkan mata dan terus membayangkan wajah arwah ibu dan akan berjanji untuk sentiasa mendoakan kesejahteraannya di sana.Moga-moga dia dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.
Kedua,setiap kali saya mula rasa bosan dan terbeban untuk melakukan ibadah,saya akan pujuk hati untuk menikmati nikmat beribadah tersebut ketika melakukannya.Takkan pula saya hendak mendustakan nikmat ibadah yang Allah sudah izinkan saya pelajari.
Sekian sahaja curhat saya.
– Ahmed
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit