Untuk Semua Pelajar Internship

Hai. Assalamualaikum. Thank you to admin if siarkan confessing session aku kali ini. Thank you for providing a platform untuk sesi meluah perasaan bagi seorang yang suka pendam seperti aku.

Nama aku Hana (bukan nama sebenar). Aku baru sahaja tamat my internship journey dalam salah satu syarikat yang agak gah di pandangan masyarakat. Aku tahu rata rata yang pernah study diploma/degree pernah jadi seorang pelajar intern seperti aku.

My intern journey tak sehebat kawan kawan lain. Walaupun intern dalam company besar, but i do not learn much sebab segala galanya adalah pnc. Staff ramai, so kadang kadang task yang diberi dekat aku ialah random, salah satunya ialah menjadikan aku operator kilang.

My lecturer once said, sometimes industri macam ni memang suka ambil student intern, as a cheap labour, haha. Kadang kadang, company sendiri downgrad budak intern. Ada trust issue sebab tak yakin dengan budak intern. So, bagi task yang tak masuk akal. Sabar jela.

However, you need to stay positive till end of your internship. And i survived! Alhamdulillah. So, here is my tips untuk kekal positive walau kadangnya dilayan seperti hamba, haha.

Firstly, untuk company besar macam tempat aku yang ramai staff ni, untuk diabaikan memang satu kebarangkalian yang tinggi. Sv aku sendiri tak kisah pasal aku, haha. So, pandai pandai bawak diri.

Sepanjang semester kau dekat university, kau dah belajar kan theoretically. So, sambil kau pusing pusing dekat company kau, sambil sambil tu kau boleh tengok tengok few things.

Kadang kadang kau boleh tanya je bangla nepal yang ada dekat situ. So kat situ ada la input of the day yang kau boleh dapat.

Secondly, rajin bertanya. Dalam company macam ni, for sure ada yang pengalamannya dah lebih 10 tahun. Approach them. Ask and ask.

Tanya soalan simple pun takpa, macam aku suka tanya jenis soalan job interview untuk kos aku, and certificates yang boleh aku ambil as an added value for myself. Perhaps it is useful for your future.

Third, kita ikut adat melayu. Masuk rumah orang, kena sopan santun. Yes macam kita masuk company orang. Kau bawa nama university. Kena buat baik sentiasa, dan peramah.

Kalau kau nampak ada akak staff tengah mengutuk belakang member member dia, jangan join. Let them be. Jangan berminat langsung ya ambil hal orang. Paling penting, jadi baik! Senyum selalu.

Next, apa apa task yang diberi. Terima jela dengan hati yang terbuka. Aku pun pernah cakap dalam hati, “takyah ada degree pun aku tahu kalau nak bagi benda simple macam ni”.

But trust me, boleh jadi benda simple macam tu pun kau tak tahu sebenarnya haha. Contoh, packing makanan. Kau nampak benda tu simple, cuba kau buat, banyak kerenahnya. Plus, aku pernah tolong makcik operator sambil sambil tu berbual.

Umurnya lebih kurang emak aku. Tapi masih kuat berdiri lama. Satu ayat dia aku ingat sampai sekarang, “nak duit, kena la kerja. Takda kerja, takda duit nak makan”. My heart shattered to pieces kot dengar ayat dia.

Aku yang hari hari pergi intern drive 10 minit dari rumah pun masih merungut tiap kali nak bangun. Makcik tadi tu pukul 6 pagi terpacak depan rumah hari hari tunggu van kilang. Allahu. Kuat betul semangat makcik tu. Semoga Allah jaga makcik.

Aku rasa itu jela antara confession plus sharing session aku untuk kali ni. Kepada yang tengah intern, sedih, putus asa, bosan, sabar untuk hari ini, InsyaAllah something good waiting for us.

Semoga Allah permudahkan segalanya untuk saya dan para readers sekalian. Oh ya, mohon doa kalian juga ya semoga saya cepat cepat dapat kerja. Thank you.

Freshgrad,

– Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *