Untuk Sis Yang Merasa Kurang Kasih Sayang

I totally feel you, saya pun tak tahu nak start dari mana, ini semua dah berlaku selama 35 tahun lebih. Kalau buat sinetron dah banyak kali season dah, sorry kalua cerita ni berterabur sikit :p

Saya boleh rasakan sepenuhnya apa yang sis rasakan kerana saya pun ada dalam posisi itu jugak. Dulu Ayah saya kasar, dia sering bentak mak. Dulu dia tak sayangkan kami, jarang pedulikan kami. Dia lebih sayang ke keluarganya (his sister in law and his nieces and nephews). Mak saya hampir tak pernah rasakan gaji ayah saya yang ada banyak ribu jugak tiap bulan, dan bahkan ayah saya sendiri pun tak nikmati wang tu. Sebab wang tu semua dia bagi dekat diorang.

Semua orang pikir kami sangat beruntung, keluarga harmonis, pandai-pandai, sekolah bagus, wang ada, semua ada. Tapi orang tak tahu kalua kita dapat semua kemewahan ni dari wang mak saya sahaja, except for school fees. Mak saya cek gu je pun, tapi dia berniaga. Mulai berniaga dari dekat gudang rumah, sampai Alhamdulillah sekarang dah ade boutique yang lebih dari cukup untuk bayar wang kuliah saya disini (note that I am an International Student here).

Ayah saya pun ada baiknya jugak, he is willing to give EVERYTHING for our education. Alhamdulillah saya dan kakak saya dulu boleh belajar dekat sekolah international yang mahal, mungkin korang Tanya untuk apa? Tak sayang duit ke? Sebab kami tak nak wang ayah jatuh ke keluarga dia semua dan kami tak punya apa apa disini. Yang membuat saya lagi marah ialah orang tu bukannya keluarga dekat pun. Dari ayah saya kecik, dia dah menjadi tulang punggung keluarga, dia kerja hari-hari kerja kasar cari duit untuk keluarga dia dan sampai ayah dah menikah dengan mak saya pun diorang masih kacaukan ayah saya untuk mintak duit, padahal diorang pun dah besar, dah kerja, tapi tak pernah cukup.

Ayah saya kena santet dengan orang dari dia muda lagi masa baru kahwin dengan mak, dan orang itu adalah keluarga dia sendiri. Mak saya cakap dulu, masa mak saya muda lagi Keluarga ayah saya (including nenek) memperlakukan mak macam pembantu :/ Diorang mencuba jauhkan kitaorang (anak dan istri) dari ayah kami. Sebab diorang nak harta! Macam dekat sinetron kan?! and diorang jugak letak benda-benda buruk dekat makanan biar mak saya bodoh. Mak jatuh sakit ada dalam 2 tahun jugak lah masa saya kecik dulu. Dia sakit fisik dan jiwanya, she consulted psychiatrist every week for years yang Alhamdulillah boleh menguatkan jiwanya.

Masa ayah saya dah bersara, family dia kacaukan dia gila-gila. Sebab ayah baru je dapat wang yang sangat besar pada masa tu dari perusahaan ayah saya bekerja. Cukup untuk beli 2 ke 3 rumah. Tapi sayangnya, sampai sekarang kita tak punya rumah lg, masih tinggal dekat kedai mak saya. Ayah saya tak pernah nak dengar apa mak saya cakap. If my mom is saying A he would go for Z. something yang sangat bertolak belakang dengan apa yg mak saya nak. And they always fight over small things. Ayah saya try banyak bisnis pakai wang tu sampai habis dan tak ade yg berhasil, ayah tak pernah support mom's bussiness because of his ego.

Wang ayah yang banyak tu dah habis, korang ingat keluarga ayah taknak kejar-kejar ayah lagi kan?
Korang salah, diorang masih kejar lagi ayah, suruh ayah jual hartanya, diorang buat ayah sering amik wang berniaga mak masa mak tak tengok dan cuba untuk buat mak dan ayah bercerai sampai mak tak bawa apa-apapun harta dari rumah. Ayah dibuat macam boneka guna santet tu. Tu lah kalau agama tak kuat, benda buruk mudah masuk dekat badan kita.

Dari masa saya duduk dekat sekolah rendah lagi, saya dah redha, saya dah bayangkan mungkin saya akan jadi anak dari keluaga broken home, mungkin orang tua saya akan bercerai dalam waktu dekat. Mungkin ayah saya akan kahwin lagi. Tapi saya tak sanggup bayangkan kalau dia punya keluarga baru dan langsung tak pedulikan kami lagi. Alhamdulillah, semua yang ada dalam bayangan saya ini tak terjadi. Semua ini berkat mak saya, doa beliau tak pernah putus untuk kami semua. Dia mesti bangun untuk tahajud, tahajud dah macam solat wajib dah. Bab ngaji dan sholat ni memang mak tak pernah tinggal dari masa gadis lagi, tak boleh bayangkan kalau agama mak pun tak kuat macam ayah.

Kami pun salah jugak, kitaorang tau ayah kita sakit santet tu. Kami bukan tolong dia, kami jauhi dia. Kami semua pergi study dekat luar bandar dan tinggalkan mak dengan ayah je di rumah. And almost every year, there are times where they don’t speak to each other for months. Boleh bayangkan tak, suami istri yang semestinya selalu bincang. Kita percaya Allah, tapi kita tak ada usaha. Kita biarkan je diorang tarik ayah kita macam tu. Kitaorang tak tau macam mana nak lawan, tapi sekarang kita semua dah besar. Setelah 35 tahun dalam kondisi macam ni, kami baru start cari ubat untuk ayah. Kami pergi ke ustaz-ustaz untuk ubati Ayah. Alhamdulillah sekarang ayah dah perlahan lahan membaik. Dia belum sembuh total, sebab dia dah banyak sangat makan benda-benda tak elok tu dan dah lama sangat benda tu ada dalam tubuhnya. Alhamdulillah saya dah boleh start rasa rindu dekat ayah, dah terasa macam punya ayah.

Mak saya sangat takut mengenai masalah partner hidup ni. Sebab mak taknak kami pun dapat hidup yang macam mak jalani ni, karna kami takkan sanggup. Akak dan Abang saya pun dah menikah, Alhamdulillah Allah bagi partner yang baik untuk diorang. Tinggal saya sahaja yang tak berkahwin lagi, and she has started worrying around now for my future. Mohon doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga :)

Alhamdulillah saya boleh nampak sis Redha akan jalan yang Allah bagi ni, saran saya ialah sis dan keluarga jangan putus-putus berdoa untuk ayah sis, ingat Allah. Allah tak akan mencuba seorang hamba di luar batas kemampuannya kan? :)

Semoga sis dan keluarga akan dimudahkan secara keuangan, dan satu mesej untuk semua perempuan di luar sana, Berkerjalah! Tak semestinya kerja dekat ofis. Cari uang dimana-mana yang halal, kita tak pernah tau macam mana suami yang kita akan dapat nanti. Tapi semoga kita semua dapat yang baik-baik belaka, amiiiin 0:)

And lastly, semoga diberikan yang terbaik untuk masa depan hubungan keluarga sis. Kalau memang mak sis nak divorce, pikirkanlah baik-baik. Biasanya perempuan yang terlibat dalam affair ni nak wang je. Sis sayang ayah sis kan? Sis tak nak dia tua nanti dah takde wang lagi dia dicampakkan kan? Kalau ayah sis susah, sis jugak yang sakit kan? Jangan lepaskan ayah sis, dah 20 tahun lebih kalian boleh bersabar, takkan kedepan ni tak mampu? Show him that you care, sis jangan bosan bosan call ayah sis, tanyakan khabarnya, dah makan ke belum. I know, it may be hard in the beginning sebab nak call je pun macam tak sudi kan? Tapi cobalah, sambil doakan ayah sis agar terbuka dan lembut hatinya. Ingat sis, dan yang inipun pasti akan berlalu :)

– A (21)

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *