Terdetik untuk berkongsi apabila pengorbananku menjaga suami yang sakit, positif covid, namun dia tidak dihargai.
Beginilah agaknya perasaaan para fronliners.. Berkorban masa, tenaga, perperjudikan nasib dan kesihatan, namun tidak dihargai.
Aku berkahwin 10 tahun dan dikurniakan dua orang anak, berusia dua tahun dan 9 tahun.
Tahun lalu suamiku disahkan positif covid. Tahun ini pula dia mengalami radang pankreas dan baru menjalani pembedahan.
Setelah sembuh dari pembedahan dia kembali kepada tabiat asalnya, keluar meronda sesuka hati.
Memang dia tidak boleh duduk lama di rumah, bosan katanya.. ada saja alasan yang diberikan untuk keluar.
Sebulan lalu aku menegurnya jangan keluar jika tidak perlu. Jaga SOP. Dia marah dan mengatakan aku isteri derhaka.
Jika ada mana-mana ustaz atau ustazah terbaca luahan ini… tolonglah jawabkan.. DERHAKAKAH AKU? Setelah banyak pengorbanan yang aku lakukan.
Sepuluh tahun berkahwin, hanya RM50ringgit duit nafkah yang diberi setiap bulan.
Susu pampers, makan pakai, kami anak beranak aku yang tanggung. Termasuk kereta dan bil-bil aku yang tanggung. Duit gajinya habis diberi kepada ibubapanya.
Sudah 3 tahun aku tak pulang ke kampung. Dia pulang ke rumah ibu bapanya sesuka hati.
Tahun lalu, dikala pkp, tidak dibenarkan merentas negeri, suamiku pulang ke rumah ibubapanya selama 2 minggu.
Mentang mentanglah boleh merentas daerah. Pulang dari sana dia dapat covid. Malangnya dia tidak mahu kuarantin di rumah ibu bapanya.
Elok saja dapat result, dia pulang ke rumah kami. Kuarantin 2 minggu di rumah kami. Dia amat risau sekali mak bapak adik beradiknya dijangkiti Covid.
Tapi dia tidak risau langsung akan kesihatan aku dan anak2.
Cuba bayangkan bila aku bawa anak pergi swab test. Anakku yang 2 tahun menangis2 kesakitan. Segala beban menjaga anak2 jatuh kepada ku. Yang dia fikir dia ok, dia tak sakit teruk.
Sepanjang kuarantin akulah yang bersusah payah mengurus keperluan dirinya, mengurus anak2, dengan anak sulung PDPR, serta kerja online ku.
Setiap hari ku pastikan ubat ubatannya cukup, pakaiannya bertukar. Belum lagi menguruskan makan minum dia dan anak2.
Dia hanya tahu minta. Dia tak pernah fikir pun dalam suasana kuarantin tu, mana lah aku nak cari makanan, susu pempers anak.
Memanglah ada bantuan. Tetapi bukanlah semua benda yang kita dapat dari bantuan tu dapat menenuhi keperluan. Susu pampers anak boleh la dibeli secara online.
Tapi kalau duit tiada di dalam bank, nak beli online apa. Aku sampai berhutang nak beli susu pampers anak. Dia tak pernah ambil tahu semua tu.
Dalam dua minggu tu kadang2 anak2ku makan maggi dan roti. Dia pula tekak memilih. Penatku masak kadang kala dia tak mahu makan lalu terbuang.
Untuk beli barang barang basah nasib baik adalah kawan2 sekitar yang membantu.
Cuma semuanya aku urus dan beli dengan bantuan kawan-kawan.
Memang dia tak tahu apa langsung kerana sepanjang 10 tahun berkahwin tak lebih dari 20 kali pun dia pergi ke pasar membeli barang dapur.
Aku rasa sangat kecewa bila bersusah payah menjaganya, ini balasan yang aku dapat hanya kerana menasihatinya agar jaga SOP.
Rasa penat, habis masa, habis duit, dan barang-barang kemasku habis tergadai untuk bantu merawatnya selama dua tahun ini.
Beginilah juga rasa fronliners agaknya. Berkorban macam macam tapi tak dihargai. Suruh jaga SOP pun susah.
Ada juga kawan2ku yang positif covid dan terlalu sensitiftidak bertempat. Sama seperti suamiku, bila dinasihati cepat terasa.
Sebenarnya bukanlah orang awam menyingkirkan bekas pesakit covid. Cuma kita semua perlu berhati2. “Jangan biarkan ia berulang”itu yang sepatutnya ada pada minda mereka.
Ada yang kata “aku tak tau pun dapat dari mana, aku tak salah.” Yes, kalau dah tau dapat dari mana, maksudnya lain kali perlu lebih berhati2 dan menajga SOP. Ini tidak, bila dinasihati dia pula terasa hati.
Dan ada juga yang kata, dah takdir kene redha. Yes, kita kene redha dengan apa yang Allah dan tentukan. Cuma setiap apa yang kita buat perlulah berusaha dahulu.
Berusaha lindungi diri dan orang lain, berdoa dan tawakal. Jangan degil langgar SOP.
Dah kalau awak dah positif, takkan nak anak2 atau orang sekeliling pula menimpa nasib yang sama. Sebab tulah perlu menjaga SOP.
Sebenarnya banyak lagi yang aku nak kongsi.. tapi penat dah menulis. Cuma apa yang aku nak beritahu aku rasa sangat kecewa dengan apa yang telah aku korbankan, suamiku balas sebegini.
Moga apa yang dibuat kepadaku akan Allah balas pula kepada adik-adik perempuannya. Moga adik adik perempuannya merasi apa yang aku rasa, dengan tujuan moga suamiku dapat hidayah.
Dan yang paling aku nampak antara fronliners dan pesakit, sebenarnya fronliners yang lebih sengasara.
Pesakit tunggu dirinya untuk dirawat. Fronliners pula perlu menjaga dan merawat pesakit, selain itu fronliner juga kene pastikan dia dan orang-orang lain tidak dijangkiri.
Korang nampak tak sebenarnya siapa yang lebih susah?
Sekian.
Semoga Allah beri hidayah dan buka mata hari suamiku dan suami suami orang lain. Hargailah pengorbanan isteri.. Aamiin..
– Farisha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit